Mai Lepak Sini Jadi Pengikut Setia

MENARIK DALAM BLOG NI

Isnin, Oktober 04, 2010

Pramugari menari ala Lady Gaga dalam pesawat





MANILA - Beberapa pramugari dalam sebuah pesawat penerbangan Cebu Pacific Airlines menari ala penyanyi terkenal, Lady Gaga semasa membuat demonstrasi memakai jaket keselamatan, lapor sebuah akhbar semalam.

Pramugari-pramugari itu yang memakai baju T ketat menari mengikut irama muzik Just Dance dengan wajah yang tersenyum. Gerakan lincah dan lembut pramugari itu menyebabkan ramai penumpang melihat demonstrasi keselamatan tersebut.

Pramugari-pramugari itu turut menari mengikut irama lagu California Gurls yang dipopularkan juga oleh Katy Perry. Kedua-dua muzik itu mempunyai suara latar yang memberitahu penumpang apa yang perlu dilakukan oleh penumpang semasa pesawat membuat pendaratan cemas.

Naib Presiden Pemasaran Cebu Pacific Airlines, Candice Iyog memberitahu stesen televisyen GMANewsTV: "Cebu Pacific selalu dikenali sebagai sebuah pesawat yang menyeronokkan. Kami mahu memberitahu mesej kepada pelanggan kami bahawa demonstrasi keselamatan bukannya membosankan."











Jumaat, Oktober 01, 2010

SUPER SUNDAY CHELSEA VS ARSENAL




  Pertembungan antara 2 gergasi bolasepak dalam EPL... mesti syok tengok ni.. agak-agak sapa boleh menang??? kalau penyokong chelsea mesti la kata chelsea yang akan menang,, klau penyokong Arsenal pulak mesti kata diorang yang akan menang,, ye dak... apapun kita tengok diorang berentap hari ahad nanti.. Cuma nak tengok live kat rumah (Astro ) ke atau nak layan kat kedai mamak je... Good luck pada team yang menang...

Kesan Dari Radiasi Telefon Bimbit

             Kalau sebut je pasal handphone sekarang ni,, macam-macam jenis ada kat pasaran.. Cakap aje nak yang jenis apa,, nak yg original?? Yang AP ?? yang ada kamera ?? 3g ?? Wifi ?? Banyak la lagi jenis handphone yang canggih-canggih. Yang paling latest sekarang ni IPhone 4... Tapi aku bukan la nak sembang bab kecanggihan handphone ni... Cuma nak kongsi ngan kawan-kawan pasal ujikaji yang telah dijalankan ke atas Radiasi dan kesan yang dihasilkan dari telefon bimbit....

           Bahan yang digunakan dalam ujikaji ini adalah sebiji telur dan dua buah telefon bimbit seperti gambar di bawah:

            Panggilan di antara dua telefon diaktifkan untuk tempoh selama lebih kurang 65 minit. Hasilnya seperti berikut:

           15 minit - tiada apa yang berlaku.
           25 minit - telur mulai panas.
           45 minit - telur telah panas.
           65 minit - telur telah masak.

Gambar telur selepas selesai ujikaji dibuat :~


 

Kesimpulan: Jika radiasi dari telefon bimbit mampu untuk mengubah protein telur, cuba anda bayangkan apa yang ia dapat buat kepada protein otak anda apabila anda berbual untuk tempoh yang panjang menggunakan telefon bimbit.

Bagaimana pula dengan telefon bimbit yang disimpan di pinggang? Apakah ianya memberi kesan yang sama? Bagaimana pula dengan mereka yang menyimpan dua buah telefon, satu di kocek kanan dan satu di kocek kiri?   Lu pikir la sendiri....