Aku nak kongsi gambar ni ngan kengkawan... Tengok baju yang minah ni pakai.... Betapa kreatif nye orang yang dok mereka baju ni.. Bila pakai biasa nampak tulisan "CLEVER" tapi bila tengok dalam cermin bertukar plak jadi "STUPID".. Tu aje yang aku nak tunjuk... tengok tulisan tu je tau... bagi kaum lelaki plak jangan dok tenung yang kat bawah tulisan tu lelama.. lain plak terbayang nanti....
Khamis, Januari 06, 2011
Rabu, Januari 05, 2011
KOLEKSI PETUA ORANG MELAYU PART 5
1. SENGGUGUT
Sesetengah wanita akan mengalami senggugut ketika haid. Petua yang boleh dicuba dengan mengambil 2 sudu air asam jawa dibancuh dengan segelas air panas, campur 3 kerat gula melaka, kacau sehingga sebati kemudian tapis.. Minum segelas setiap hari anda akan merasa lega.
2. RESDUNG
Remdam kunyit ke dalam air kapur dan biarkan semalaman. Kemudian tumbuk kunyit tersebut sehingga hancur. Ambil airnya dan titiskan ke dalam lubang hidung sambil selawat 3 kali. Lakukan di waktu malam iaitu sebelum tidur. Anda juga haruslah berpantang dari memakan makanan laut seperti udang, sotong, kerang dan lain-lain selama sebulan. Amalkan petua ini insya'allah anda akan perolehi hasilnya.
3. BULU ROMA LEBAT
Masalah bulu roma lebat tentu mendatangkan kerisauan dan tidak selesa terutama pada kaum wanita. Bagi mengatasi masalah ini, sediakan 2 sudu besar air limau nipis campurkan dengan sedikit gula pasir. Kacau hingga sebati dan sapukan campuran tersebut pada bahagian yang ditumbuhi dengan bulu roma itu, biar kering selama setengah jam, setelah itu baru dicuci.
4. JERAWAT
Remaja sering mengalami masalah jerawat, kadangkala sukar untuk diubati. Cuba petua mudah ini dengan menggunakan tepung sagu yang dicampur sengan sedikit air. Sapukan tepung sagu yang bercampur dengan air tersebut seperti memakai bedak sejuk. Amalkan setiap malam dan pada keesokan harinya cuci muka dengan air suam.
5. MENJAGA KESEGARAN MATA
Ambil daun lobak merah, rendam dalam satu mangkuk air panas, biarkan dalam beberapa minit. Setelah itu minum air tersebut 3 kali sehari sebelum makan.
6. KELEMUMUR
Masalah kelemumur juga boleh menyebabkan rambut akan gugur. Untuk mengatasi secara tradisional, ambil semangkuk daun inai yang ditumbuk halus, kemudian dilumurkan pada kulit kepala yang dibasahi dengan air terlebih dahulu. Bungkus rambut dengan plastik pembungkus rambut dan biarkan selama setengah jam. Setelah itu cuci rambut anda dengan air sehingga bersih.
7. LEMBUTKAN RAMBUT
Ambil 10 helai daun bunga raya, tumbuk sehingga halus dan selepas itu sapukan pada rambut hingga ke akar rambut. Bungkus dengan plastik pembungkus rambut selama setengah jam. Kemudian cuci rambut dengan air bersih. Lakukan 2 kali seminggu anda akan dapat hasilnya.
Isnin, Januari 03, 2011
10 JENIS MAKANAN ANTI KOLESTEROL
SOYA
Kacang soya merupakan makanan popular yg diproses untk mendapatkan Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian.Ia juga Dpt menghidarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL).
KUACI
Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.
BUAH KERING
Antara pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko sserangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam the, brokoli, tomato, bawang serta delima.
EPAL
Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dankemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku kemak dlm badan.
IKAN TUNA
Ikan ini termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.
KACANG TANAH
Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.
MANGGA
Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dlm tubuh.
KISMIS
Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiap yg mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%.
OAT
Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.
JAMBU BATU
Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai.
Langgan:
Catatan (Atom)