Mai Lepak Sini Jadi Pengikut Setia

MENARIK DALAM BLOG NI

Jumaat, Disember 24, 2010

PENAWAR PENAT DARI RASULLULLAH









             Pada suatu hari, Fatimah mengadu kepada suaminya Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti.

             “Bapamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dengannya dan mintalah seorang hamba untuk membantu mu,” kata Ali.

             Lalu Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang hamba bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu.
              “Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam,” kata Rasulullah.

             Ini merupakan penawar ringkas yang diajarkan oleh Rasulullah kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan kehidupan mereka. Malah Ali terus mengulang kalimah yang di ajarkan ini. Katanya “Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku.”

Khamis, Disember 23, 2010

BIRTHDAY SURPRISE DARI NUFFNANG










          Salam buat semua,,, post kali ni aku nak cerita pasal nuffnang...slalu klau post nuffnang aje cerita pasal earning tapi kali ni aku nak kongsi pada kengkawan tentang apa yang nuffnang bagi kat aku untuk hadiah birthday tahun ni... Aku pun tak sangka leh terima email dari nuffnang, apa yang terkandung dalam email tu leh tengok kat bawah ni..

              Seronok rasanye dapat 4 complimentary passes untuk tengok wayang kat TGV Cinemas,, email ni pun aku dapat pada 2 hb Disember,,, tapi sibuk punye pasal tak sempat aku nak gi amik pass ni kat nuffnang office... Baru semalam dapat gi amik itu pun itu pun rase cam kelamkabut skit,, mane taknye semalam aku singgah tempat keje aku untuk settle kan keje skit pastu dok check email aku bile baca balik email  ni tarikh last untuk claim pass ttu sebelum 23hb Disember pastu tengok jam dah pukul 3 lebih klau ofis aku kat kl takpe gak ni aku kat Shah Alam jauh lak rase nye lagi satu nak meredah jem kat kl tu.. Nak tak nak kene gi amik gak... Ofis nuffnang ni plak dok kat jalan Yap Ah Shak aku pun tak tahu kat mane jalan tu kene la pakai GPS... Time drive plak memang hujan turun ngan lebatnye pastu jalan memang jem giler masuk NKVE jem, pastu try LDP jem jugak..pastu masuk lak federal highway lagi jem.. last2 aku keluar kat NPE pastu gi Sg Besi lalu kat terowong SMART keluar ke Bkt Bintang...
             Sampai pun lam kul 4.45ptg.. Rupenye Jalan Yap Ah Shak dok kat kat ngan Jalan Doraisamy,, tapi takpe la janji selamat sampai...

Heritage House Jalan Yap Ah Shak
 
 
             Sampai je kat nuffnang ofis aku pun bagitau la staff kat situ aku datang nak collect birthday gift dari nuffnang.. Aku tengok ramai gak senarai nuffnanger yang dapat gift dari nuffnang.. Memang best tul la Nuffnang ni... Thanx Nuffnang n TGV Cinemas..
 
 
 
            Pass tengok wayang percuma dah dapat,, valid pun sampai 31 Disember ni,, tinggal brape hari je lagi.. so skang ni tengah dok pikir nak gi tengok ngan sape,,bile, crite ape ye.... Seronok btul rasenye.... Terima Kasih sekali lagi buat Nuffnang,, Nuffnang memang best...

New Member Ikon





   

New Member Ikon





   

Kesibukan menjadikan aku kurang aktif.









                 Assalammualaikum dan salam sejahtera,, dah lama menyepi baru kini dapat kembali.. Alhamdulillah, kini dapat lagi aku meneruskan untuk terus berblog... kerana kesibukan tugas menyebabkan tiada post baru yang dapat dikongsikan bersama ngan para pembaca semua... Jumlah pengunjung blog ni pun berkurangan, so aku kena la memuatkan post entry dan info-info yang baru dan menarik...
                 Rasanya lama gak tak buat post,, sejak gi outstation kat seminggu lebih gak lamenye.. apapun diharap semua dapat bersabar,, nantikan post yang terbaru dan menarik untuk dikongsikan bersama... salam..