Mai Lepak Sini Jadi Pengikut Setia

MENARIK DALAM BLOG NI

Memaparkan catatan dengan label Nuffnang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nuffnang. Papar semua catatan

Selasa, Februari 01, 2011

1st CEK DARI NUFFNANG TAK SAMPAI LAGI TAPI EARNINGS TERUS BERTAMBAH





  
      Salam sejahtera buat semua,,, salam bulan baru,,, post entry kali ni adalah sebagai laporan tentang earning nuffnangku... last aku tulis pasal nuffnang pun pada 12 hb Jan haritu cerita pasal cash out earning nuffnang. Tapi aku bersyukur pasal tak sampai sebulan dari tarikh tersebut earning terus bertambah. Biasa la,, walau tak banyakpun janji ade nampak bertambah tu jadi seronok la...
   Seronoknye kalau earning ni bertambah2 setiap hari,,, camne la blogger2 yang dah bertaraf otai,,, mesti hari2 masuk beribu2.. bile lah boleh cam diorang ye.... apa-apapun tak lupa nak ucap terima kasih kat semua peminat dan pembaca setia blog ni,,, terima kasih juga kat nuffnang...





Rabu, Januari 12, 2011

Hasil 4 Bulan Bersama Nuffnang










          Salam buat semua,, Lame gak tak update kan blog ni.... tak lame lagi nak kene outstation lagi,, kurang lagi la masa nak buat post entry... Post kali ni,, cam biasa laporan earnings aku bersama nuffnang... Seperti post sebelum ni tentang nuffnang semuanya aku letakkan peningkatan earning dari nuffnang, so kali ni buat pertama kali ni aku telah berjaya mencapai jumlah minimum yang membolehkan aku untuk menebus pendapatann aku ini dari pihak nuffnang...... Rasa teruja juga lah capai jumlah minimum dalam masa 4 bulan.. Klau ikutkan memang la hasil nya brapa sangat,, tapi kalau difikirkan balik ada ke orang senang2 nak bagi duit camtu.. Dari menullis saja2 ni ade la gak hasil... ye ndak....

Earning nuffnang terakhir sebelum cash out.


Terima e-mail dari nuffnang selepas cash out dibuat.


Earning selepas cash out dibuat...

  Sekarang ni tunggu la cek dari pihak nuffnang... rasenye sebulan baru dapat kot.. Ntah la ni baru 1st time aku claim dari nuffnang... klau nak lagi kene la usaha lagi... kene usaha mencari pengunjung setia,, blog kene update selalu,, post entry pulak kene yang mantap2 baru la orang syok nak bace... ok laa... stakat ini sahaja buat semua.. terima kasih di ucapkan pada semua pengunjung dan pembaca yang sering melawat di blog ini,, harapan saya semoga anda semua tidak jemu untuk terus datang melawat ke blog saya ini... Terima kasih juga buat Nuffnang...


Khamis, Disember 23, 2010

BIRTHDAY SURPRISE DARI NUFFNANG










          Salam buat semua,,, post kali ni aku nak cerita pasal nuffnang...slalu klau post nuffnang aje cerita pasal earning tapi kali ni aku nak kongsi pada kengkawan tentang apa yang nuffnang bagi kat aku untuk hadiah birthday tahun ni... Aku pun tak sangka leh terima email dari nuffnang, apa yang terkandung dalam email tu leh tengok kat bawah ni..

              Seronok rasanye dapat 4 complimentary passes untuk tengok wayang kat TGV Cinemas,, email ni pun aku dapat pada 2 hb Disember,,, tapi sibuk punye pasal tak sempat aku nak gi amik pass ni kat nuffnang office... Baru semalam dapat gi amik itu pun itu pun rase cam kelamkabut skit,, mane taknye semalam aku singgah tempat keje aku untuk settle kan keje skit pastu dok check email aku bile baca balik email  ni tarikh last untuk claim pass ttu sebelum 23hb Disember pastu tengok jam dah pukul 3 lebih klau ofis aku kat kl takpe gak ni aku kat Shah Alam jauh lak rase nye lagi satu nak meredah jem kat kl tu.. Nak tak nak kene gi amik gak... Ofis nuffnang ni plak dok kat jalan Yap Ah Shak aku pun tak tahu kat mane jalan tu kene la pakai GPS... Time drive plak memang hujan turun ngan lebatnye pastu jalan memang jem giler masuk NKVE jem, pastu try LDP jem jugak..pastu masuk lak federal highway lagi jem.. last2 aku keluar kat NPE pastu gi Sg Besi lalu kat terowong SMART keluar ke Bkt Bintang...
             Sampai pun lam kul 4.45ptg.. Rupenye Jalan Yap Ah Shak dok kat kat ngan Jalan Doraisamy,, tapi takpe la janji selamat sampai...

Heritage House Jalan Yap Ah Shak
 
 
             Sampai je kat nuffnang ofis aku pun bagitau la staff kat situ aku datang nak collect birthday gift dari nuffnang.. Aku tengok ramai gak senarai nuffnanger yang dapat gift dari nuffnang.. Memang best tul la Nuffnang ni... Thanx Nuffnang n TGV Cinemas..
 
 
 
            Pass tengok wayang percuma dah dapat,, valid pun sampai 31 Disember ni,, tinggal brape hari je lagi.. so skang ni tengah dok pikir nak gi tengok ngan sape,,bile, crite ape ye.... Seronok btul rasenye.... Terima Kasih sekali lagi buat Nuffnang,, Nuffnang memang best...

Khamis, November 25, 2010

EARNING NUFFNANG KU BERTAMBAH KERANA PELAWAT SETIA










 
                 Salam pada semua pembaca setia blog Kulat76... Aku dok menulis post entry ni semasa tengah rehat tengahari,, harini leh tahan penat gak kat tempat keje...Balik umah nak jenguk ibu aku yang sibuk menjaga anak-anak aku kat rumah pasal orang rumah kene berkursus kat Johor sampai minggu depan..  Terpaksa la minta bantuan ibuku untuk membantu menjaga cucu-cucu nya itu... Terima Kasih ibuku... Dulu masa aku kecik ibuku jaga aku,, bila dah besar kene jaga anak aku pulak... Memang aku akui aku tidak mampu membalas jasa ibuku itu...

                Bila sampai kat rumah,, anak kecil ku yang berusia 6 bulan tengah tido cuma abang dia je yg sibuk bermain ngan barang mainannya... Aku pun ape lagi mengambil kesempatan untuk membuka blog sambil check earning kat nuffnang untuk minggu ni dengan harapan pendapatan bertambah lagi... Bila buka je akaun nuffnang aku tu,, fuhh sungguh tak menyangka minggu ni la rase nye paling banyak aku dapat.... Kalau nak banding ngan earning yang aku dapat dalam post entry HASIL NUFFNANG TERUS BERTAMBAH yang lepas jumlah minggu ni bertambah sebanyak RM16 menjadikan jumlah sekarang sebanyak RM34.25... seronok pulak rasanya.. Hilang skit rase penat aku tengahari ni...


          Inilah hasil pendapatanku sepanjang 2 bulan bersama ngan Nuffnang,, Terima kasih tak terhingga aku nak ucapkan pada para pelawat setia blog aku ni.. Taklupa juga pada geng2 Myred Eye yang sentiasa datang melawat sambil mengomen kat setiap post entry aku.. Pada yang nak tahu pasal Myred Eye Team dan yang nak join leh la tengok kat sini.....


          Sekarang ni tinggal RM15.75 yang nak kene kumpul untuk aku nak claim kat nuffnang.. Terima Kasih gak kat nuffnang... Sekian la saja post entry untuk kali ni.. Entry ni aku taip bukan la untuk menunjuk-nunjuk pada semua kerana aku tahu  pendapatan aku ni takleh nak tanding ngan earning para blogger2 yang dah lama dan jumlahnye berkali2 ganda banyak dari jumlah yang aku dapat. Ni sekadar untuk memberi semangat pada blogger2 baru macam aku ni... Terima Kasih pada semua..

Ahad, November 21, 2010

HASIL NUFFNANG TERUS BERTAMBAH










            Salam buat semua pembaca blog KULAT76 ni,, terima kasih kerana terus memberi sokongan dan sentiasa datang melawat ke blog aku ni terutama pada geng-geng Myred Eye .. bulan ni rasanya post entry dalam blog ni kurang sedikit kalau dibandingkan dengan bulan2 sebelum ni.. Dah nak hujung tahun ni sibuk la pulak.. nak mencari info-info untuk dimuatkan dalam blog ni pun tak sempat rasanya ditambah pulak dengan kelembapan line broadband yang amat terhegeh-hegeh,, bila time bersemangat nak online time tu la broadband buat hal..
          Walaubagaimanapun aku tetap akan terus berusaha untuk memuatkan info-info yang berguna untuk para pengunjung semua disamping memastikan blog ni sentiasa dikunjungi dan dapat menambah jumlah pelawat dari masa ke masa.. Rasa risau jugak kalau blog ni dok berabuk tak update orang pun camna nak datang jenguk.. kalau datang melawatpun dok tengok benda yang sama aje lelama terus tak datang, Earning kat nuffnang pun susah la nak bertambah..huhuhuhu..
         Sebut pasal Nuffnang aku tak sangka pulak dalam kurang dok buat post entry bertambah jugak earning nuffnang aku ni,, Alhamdulillah,, biasa la walaupun sedikit tapi bertambah juga dari takda lansung..



        Kesimpulannya kalau nak dapat banyak kena la usaha lebih dan bersungguh-sungguh macam otai-otai blogger yang jumlah pengunjungnya mencecah ribuan pengunjung setiap hari... Kalau setakat blog KULAT76 ni, time ade post entry yang menarik baru la banyak sikit pengunjung, itu pun takda la sampai 100 orang sehari.. Time ni dah kurang buat post baru, nak dapat 10 orang pengunjung seharipun payah.. sabar aje la.. tapi kalau sabar aje tak usaha mana leh jadi ape,, ye dak...





Khamis, Oktober 28, 2010

HASIL NUFFNANG KU BERTAMBAH LAGI

        Alhamdulillah,, hasil blogku bersama nuffnang bertambah lagi hari ni.... malam tadi check akaun nuffnang baru RM4.00 tapi pagi ni check balik tengok sudah bertambah lagi walaupun jumlahnye ciput aje... Walaupun ciput tapi aku tetap bangga kerana ini menunjukkan ada peningkatan yang paling memberansangkan stakat ni..


    Ni menambahkan semangat aku lagi untuk berblog,, Tapi untuk beberapa hari ni mungkin aku kurang untuk menambah post entry yang terkini kerana outstation... Kalau ada kelapangan lagi,,aku akan memuatkan post2 yang baru untuk tatapan semua..Aku juge nak ambil kesempatan untuk mengucapkan berbanyak terima kasih pada kengkawan myred eye team dan pengunjung2 setia blog aku ni yang sentiasa datang melawat blog ni.. 


Isnin, Oktober 25, 2010

HASIL SEBULAN BERSAMA NUFFNANG






    
     Salam pada semua rakan-rakan dan pelawat setia blog aku ni.. entry kali ni aku nak berkongsi pada kalian semua hasil yang telah aku dapat sepanjang aku join nuffnang ni... aku join pun baru je sebulan,,, klau tak caye check balik 1st entry blog aku ni,, aku buat blog ni pun pada 21hb Sept 2010 n join nuffnang pada keesokan harinya ia itu 22 Sept 2010....





    Mungkin ada diantara pembaca yang tengok post ni rasa macam biasa je dan takde ape yang boleh dibanggakan,, Silap2 ada yang terbahak2 tgk hasil aku yang secoet ni.... Lagipun hasil yang aku dapat pun bukan la sehebat blogger yang bertaraf otai,,, Bagi diri aku yang dok menulis blog ni tak kira la cedok or dari idea aku sendiri,, aku rase bangga dengan usaha aku ni walau hasilnye ciput aje... Aku juga rase bersyukur walaupun sedikit tapi kalau nak bandingkan usia blog aku ni yang baru menjangkau usia sebulan. Ada juga diantara member2 blog yang dah lama tapi tak dapat apapun... So,, entry kali ni juga aku tulis adalah untuk menaikkan semangat aku dan juga rakan bloger2 kat nuffnang ni supaya meneruskan usaha untuk memantapkan lagi blog yang kita bina ini. Dan aku yakin hasilnya akan bertambah dari hari kehari...  Dengan berkat usaha yang berterusan semoga kita akan beroleh kejayaan...Insya'allah....... Bukan senang nak senang..