Mai Lepak Sini Jadi Pengikut Setia

MENARIK DALAM BLOG NI

Memaparkan catatan dengan label Petua. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Petua. Papar semua catatan

Rabu, Oktober 19, 2011

PETUA MERAWAT SENGUGUT








Salam sejahtera buat semua.. Post entry kali ni saya ingin berkongsi petua berguna kepada kaum hawa. Sebahagian wanita mengalami kesakitan sengugut ketika datang bulan. Untuk mengatasi masalah ini, cubalah mana-mana petua di bawah ini:

Petua 1
Ambil sembilan biji pinang tua, dibakar tanpa minyak hingga menjadi arang, dan kemudian ditumbuk hingga halus. Campurkan serbuk pinag bakar itu dengan secawan air suam dan minum selama sembilan hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.


Petua 2
Ambil segenggam halia, tumbuk hingga lumat dan masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap minum air tadi didahulukan dengan selawat.


Petua 3
Minum air rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih
padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.


Petua 4
Campurkan serbuk halia atau halia yang ditumbuk lumat dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan. Isikan dalam kapsul kosong. Makan 2 biji selepas makan tengahari dan malam 2 minggu atau seminggu sebelum haid.


Petua 5
Semasa sakit ketika haid, minumlah air teh pahit tanpa gula. 

Khamis, Julai 28, 2011

CARA BERPUASA YANG BERKESAN UNTUK KESIHATAN








Assalammu'alaikum,,, Dalam tak diam hanya tinggal beberapa hari sahaja umat Islam akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak. Bulan Ramadhan adalah bulan yang terlalu banyak kelebihannya. Di dalamnya terdapatnya malam lailatul Qadar iaitu malam kemuliaan yang lebih baik dari 1000 bulan. Pada bulan tersebut Allah membuka pintu syurga, menutup pintu neraka dan mengikat syaitan-syaitan untuk memberi peluang kepada manusia membersihkan diri mereka sebersih-bersihnya.

Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :

a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah.

b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.

c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.

d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnya kerana Aku.

e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)

Selain itu juga amalan berpuasa ini amat baik untuk kesihatan sekiranya diamalkan dengan cara yang betul. Kebiasaannya ketika berpuasa, kita akan menjaga perbuatan dari perkara yang membatalkan puasa selain menahan lapar dan dahaga. Namun kita sering mengabaikan cara pengambilan makanan ketika waktu bersahur dan juga berbuka. Berikut adalah beberapa panduan pemakanan yang boleh diamalkan sepanjang menjalankan ibadah puasa.


Cara berbuka dan bersahur yang berkesan:

(i) Berbuka dengan buah (kurma) dan air kosong.

(ii) Solat Maghrib terlebih dahulu bagi memberi peluang perut mencerna makanan

(iii) Makan makanan yang senang hadam dan kurangkan masakan berminyak, berempah dan pedas. Seelok-eloknya makan sayur, tauhu dan kekacang.

(iv) Kurangkan kadar makanan dari biasa.

(v) JANGAN minum air sambil makan. Insya-Allah jika makan secara perlahan-lahan, masalah tercekik tidak akan berlaku.

(vi) Minum air putih atau teh herba atau minuman yang mengandungi getah anggur, buah kembang semangkuk dan biji selasih sebanyak yang terminum.

Waktu sahur elok makan buah dan susu atau sebarang makanan cecair.


Cara berpuasa yang tidak berkesan:

(i) Makan terlalu banyak (waktu sahur dan berbuka).

(ii) Makan makanan yang pedas dan berempah serta payah hadam.

(iii) Makan terlalu banyak daging binatang terutama bagi pengidap batu karang, gout dan alahan.

(iv) Mengulangi makan sepanjang malam.

(v) Kurang minum air pada malam hari atau lebih minum air semasa makan.

(vi) Tidur selepas kenyang makan.


Makanan yang menjejaskan khasiat puasa kerana mengandungi bahan kimia:

(i) Kopi dan teh.

(ii) Air paip masak yang tidak ditapis.

(iii) Makanan yang ada bahan pengawet, pewarna, perasa tiruan seperti burger, sosej, mee segera, air tin & kotak, air squash, nugget dan seumpamanya.

(iv) Makanan masin perlu dielakkan semasa berpuasa kerana ia menyebabkan air bertakung dalam badan (water retention)

(v) Merokok


Fasa-fasa puasa yang berjaya:

Fasa pertama (2-3hari):
Perut akan terasa lapar, badan cepat letih, cepat marah kerana kadar glukosa dalam darah rendah

Fasa kedua (3-14 hari):
Kurang selera makan, senang gelap mata, nafas berbau, lidah menjadi putih atau berdaki manakala badan menjadi lesu.

Fasa ketiga(14-akhir puasa):
Lidah menjadi bersih, nafas hilang bau, selera makan baik, tenaga mula pulih dan kadar glukosa menjadi normal kembali. Di fasa ini juga mental, emosi dan badan semakin optimum dan diri menjadi orang baru. Keadaan puasa begini hanya dicapai oleh mereka yang benar-benar mengawal makan dan minum supaya proses asidosis dan ketosis di dalam badan berjalan lancar.


Amalan hari raya yang merosakkan manfaat puasa:

(i) Makan banyak (terutamanya daging, berempah, berlemak dan berminyak)
(ii) Makan kerap
(iii) Kuih-muih yang payah dihadam
(iv) Air yang mengandungi pewarna, perasa tiruan


Manfaat puasa yang berkekalan:

(i) Kurang makan kerana perut dah kecut
(ii) Kesihatan bertambah baik

Semoga amalan puasa kita pada tahun ini mendapat keberkatan serta marilah kita menanam azam untuk merebut segala kelebihan Ramadhan yang dijanjikan Allah. Jika Ramadhan tahun lalu kita lalai dan leka sehingga tanpa disedari Ramadhan telahpun berlalu dan kita ketinggalan merebut kelebihannya, maka pada tahun ini kita diberi peluang sekali lagi oleh Allah. Maka janganlah sia-siakan peluang kali ini kerana entah-entah inilah Ramadhan terakhir buat kita.


Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:"Ada banyak orang yang berpuasa tetapi ia tiada memperolehi dari puasanya itu, selain dari lapar dan dahaga (yakni tiada mendapat pahala)."      

Khamis, Mei 12, 2011

DURIAN BELANDA PEMBUNUH KANSER





   
 Kenalkah anda dengan buah DURIAN BELANDA atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?

Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.

Pohonnya rendah, di Brazil dinamai ‘Graviola’, di Sepanyol ‘Guanabana’ bahasa Inggeris dipanggil ‘Soursop’. Di Indonesia, dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.  
Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor/kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.
 
Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh ‘pohon ajaib’, yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup. 
 
Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib” dan buahnya ini :

i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.

ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan
.

iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.

iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.

Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika. Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :

1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.

2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!

3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.
Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.

The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan. Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.

Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo! 
Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru. Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu.

Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute. Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan.

Selasa, Mei 10, 2011

PELBAGAI KHASIAT LABU





   
Buah ini adalah antara watak yang turut tersenarai dalam kisah dongeng kanak-kanak Cinderella. Ditukar oleh tukang sihir menjadi kereta kuda, buah labu ternyata sudah dikenali kebanyakan orang sejak zaman kanak-kanak lagi.

Jika tidak kerana kisah Cinderella, mungkin juga anda mengenali buah labu sebagai hiasan ketika orang Amerika Syarikat (AS) menyambut Helloween. Atau mungkin juga sebagai buah yang bijinya (kuaci) cukup popular dan enak dikudap ketika menonton wayang kuaci.

Namun begitu, jarang orang memperkatakan tentang khasiat buah comel berwarna kuning atau hijau kekuningan ini.

Baik Untuk Si Rabun

Biasanya bersaiz bulat, labu merah yang berasal daripada keluarga cucurbitaceace adalah sejenis sayuran yang kaya dengan dengan pelbagai sumber berguna untuk kesihatan tubuh.

Jika anda seorang yang berdepan dengan masalah rabun terutamanya pada waktu malam atau ketidakseimbangan gula dalam darah, anda mungkin patut mempertimbangkan labu merah sebagai menu dalam diet anda.

Ini kerana pakar dietetik mendedahkan vitamin A dan vitamin C adalah antara dua jenis vitamin yang paling tinggi dalam isi labu. Malah khasiat daripada tumbuhan ini boleh dibahagikan mengikut buah, biji, daun atau bunganya.

Selain vitamin A dan C, labu juga mengandungi sumber kalsium, fosforus, zat besi, beta karotin dan serat. Kajian yang dilakukan oleh Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) menyatakan sumber serat atau fiber yang tinggi dalam labu turut berfungsi mengawal nafsu makan.
Pelbagai Khasiat Labu

Dalam buku 'Vegetables : For Health and Healing' nukilan Ong Hean Chooi, isi labu yang direbus dikatakan baik untuk merawat tekanan darah tinggi dan penyakit kuning. Labu yang dimasak juga baik untuk mengawal diabetes manakala labu yang dikukur halus boleh merawat luka kecil seperti terbakar atau luka pisau.

Daun labu merah pula bagus direbus untuk dijadikan penawar cirit-birit atau demam. Boleh juga ditumbuk kasar untuk diletakkan pada otot yang sakit. Menariknya ramai yang menyangka menikmati kuaci labu sekadar bahan kudapan kosong. Kajian yang dilakukan oleh saintis AS pengambilan biji labu yang dimakan secara teratur dalam mencegah masalah batu ginjal. Kajian lanjut turut pernah dilakukan oleh saintis dari Thailand.
Mereka mendedahkan hanya lima hingga 10 biji labu diperlukan sehari untuk mencegah batu karang. Satu lagi kebaikan yang jarang didedahkan tentang ialah khasiatnya untuk kanak-kanak yang menderita kecacingan. Biji labu dikeringkan dan ditumbuk halus sebelum dicampur dengan air suam. Tapiskan campuran itu dan airnya diminum sebelum tidur. 

Untuk anak-anak yang kurang nafsu makan boleh diberikan isi buah labu. Sebaiknya ia dihidangkan secara menarik untuk menarik perhatian anak anda.


Isnin, Mei 09, 2011

Kegunaan Dan Khasiat Halia





   

Halia dikatakan ditanam di China sejak berkurun-kurun lamanya. Malah, tanaman itu dikatakan berkemungkinan berasal dari negara tersebut.

Masyarakat di China dipercayai telah menggunakan halia dalam amalan perubatan sejak 2,500 tahun lalu. Mereka bergantung kepada khasiat halia untuk mengatasi pelbagai penyakit seperti masalah kesejukan anggota badan terutama di bahagian tangan dan kaki. Gejala itu berpunca daripada gangguan atau masalah pengaliran darah.

PERUBATAN MODEN

Khasiat halia dalam merawat pelbagai penyakit bukan saja diketahui menerusi kaedah tradisional malah dibuktikan oleh pakar-pakar perubatan moden.

Menurut satu laporan, kandungan aktif dalam halia yang dikenali sebagai gingeroles memberi kesan apabila ia meresap ke dalam badan.

Halia atau nama saintifiknya Zingiber officinale dari keluarga zingiberaceae kaya dengan kandungan kalium (125 miligram), fosforus (63mg) dan kalsium tenaga (52 kilokalori) selain protein, karbohidrat, gentian, vitamin C dan niasin.


PERISA MASAKAN
Di kalangan masyarakat Malaysia, halia bukan saja berkhasiat malah menjadi perisa atau sebahagian daripada ramuan masakan.

Selain berbau harum, campuran halia dalam masakan menjadi pembuka selera makan. Selalunya halia ditumbuk atau dimayang halus, ditumis bersama perencah lain untuk masakan sup, kari, sambal, rendang dan tomyam.


BUANG ANGIN

Dalam perubatan alternatif, halia yang ditumbuk atau air rebusannya digunakan sebagai ubat minum atau sapu.

Seperti yang diketahui umum, air rebusan halia yang dicampur lada hitam boleh menghilangkan angin di perut. Air rebusan ini sesuai untuk wanita yang baru bersalin dan mereka yang mengalami masalah angin seluruh badan.


KEGUNAAN LAIN
Bagi mereka yang terseliuh anggota badan, halia tua yang ditumbuk halus dan dipupuk di tempat tersebut boleh mengelakkan angin memasuki bahagian berkenaan.

Halia juga boleh mengubati penyakit sendi, cirit-birit, kekurangan tenaga, pening kepala dan demam panas. Selain itu, halia membantu menghadam makanan, mengawal hati daripada kesejukan dan menghilangkan bau busuk mulut.

Pengambilan halia juga mencegah rasa pening dan mual atau motion sickness semasa menaiki kenderaan serta membuang kahak dan lendir yang melekat di halkum. Halia juga dipercayai boleh membantu menguatkan tenaga batin bagi kaum lelaki.

Rabu, Mei 04, 2011

BUAH KURMA BAIK UNTUK IBU MENGANDUNG





   

Sabda Rasulullah s.a.w "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."

Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin:

Adalah amat baik sekali jika wanita mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi. Ingat tak kisah di mana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa a.s. Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w. Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.


Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian".
Imam Ali a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi".

Imam Ali a.s. bersabda: "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa". Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa". Nabi Muhammad SAW bersabda: "Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan, menghilangkan lendir, menyihatkan badan, menguatkan saraf dan menghilangkan letih".

Khamis, April 28, 2011

RAWATAN ALTERNATIF UNTUK PENYAKIT ASMA





   

Perkataan ‘asma’ berasal daripada bahasa Greek yang bermaksud sukar bernafas. Ianya bukanlah penyakit berjangkit namun boleh menyerang sesiapa sahaja termasuk anak kecil. Antara simpton seseorang diserang asma adalah nafasnya berbunyi(wheezing) seperti bunyi siulan halus dan panjang disamping bunyi termengah-mengah didada, batuk dan sesak nafas. Gejala lain ialah berlakunya infeksi saluran pernafasan ,sinusitis (radang selaput ruang sinus) dan rasa pedih dibahagian tengah dada serta batuk pada awal pagi.

Antara faktor –faktor yang boleh mencetuskan serangan asma ialah:
 
- Debu rumah; serangga seperti lipas yang telah mati menjadi kering dan hancur menjadi debu yang akhirnya terapung di udara, kain bulu, kapuk bantal dsbg.

- Alahan pada binatang peliharaan seperti kucing, anjing dan arnab juga burung merpati. Alahan terjadi dari sejenis protein yang dikeluarkan bersama air liur. Jilatan binatang itu menyebabkan air liur dan protein berkenaan melekat pada bulu. Bulu dan daki dari keruping kulit kering itu menjadi ringan dan berterbangan diudara ketika bintang itu menggaru atau menggoyang-goyangkan badan terutama pada anjing dan kucing manakala bagi arnab dan merpati terdapat pada najisnya.

- Bahan toksik, asap rokok, pewangi, cat, bahan kimia rumah seperti pencuci lantai dan ubat nyamuk lingkar.

- Alat pendingin udara, kipas angin, udara sejuk dipergunungan, debunga dan perubahan cuaca mendadak.

- Terlalu banyak bersenam dan melakukan kerja berat disamping sering mengalami tekanan perasaan serta mendapat jangkitan pada paru-paru

Serangan asma mengakibatkan radang berikutan reaksi sistem pertahanan tubuh melindungi tubuh  daripada serangan, dengan itu akan terjadi kemerahan pada saluran pernafasan diperingkat bronkus.Ini berlaku kerana pembuluh-pembuluh darah membawa sel-sel radang iaitu sel-sel darah putih kesitu.Semasa proses ini berlaku kimia-kimia alergi dikeluarkan dengan banyaknya menyebabkan berlakunya konstriksi pada otot-otot lalu menjadikan saluran pernafasan sempit.Keadaan ini diburukkan lagi dengan pembentukan lendir yang berlebihan pada sel-sel dan kelenjar disepanjang saluran pernafsan semasa radang berlaku.

Semasa berlakunya serangan asma, otot pada organ tubuh yang berongga dan saluran iaitu usus,perut dan otot pada bronkus dan bronchial menjadi polos menyebabkan oto-otot kejang dan menguncup.Keadaan ini menyebabkan udara yang mengandungi karbon dioksida terperangkap dalam paru-paru mengakibatkan penghidap asma merasa sesak nafas dan ketat dada.
Cara terbaik mengatasi masalah ini adalah dengan cuba membendung agar asma tidak menjadi serius dengan mendapatkan rawatan dan penjagaan diri sebaik mungkin terutama dalam usaha mengelak diri dari bahan pencetus serangan asma atau boleh mencuba menggunakan kaedah rawatan herba sebagai alternatif. Dalam perubatan melayu tradisional, tumbuhan seperti sirih digunakan bagi merawat asma dengan cara; merebus pekat daun sirih bersama gula batu kemudian diminum ketika suam-suam. Bagi menerbitkan rasa lega ketika serangan daun sirih dilayur di atas api dan ditempelkan ke dada.
Sayuran seperti seleri juga digunakan dengan cara mengisar daun seleri bersama buah papaya untuk dijadikan jus kemudian diminum. Tidak ketinggalan ulam pegaga turut dijadikan penawar asma dimana daunnya dikeringkan kemudian direbus dan diminum airnya ketika suam. Lidah buaya memang terkenal sebagai penawar pelbagai penyakit dan tidak ketinggalan dalam merawat asma dimana dikatakan air perahan daunnya amat berkesan diminum oleh penghidap asma. Rempah ratus turut tersenarai sebagai penawar asma ialah bung lawang dimana ia direbus dan diminum airnya. Dalam rawatan Ayurveda, kunyit merupakan ramuan utama merawat pelbagai penyakit begitu juga masyarakat melayu menggunakan isi kunyit yang direbus sebagai minuman bagi merawat asma.
Dalam rawatan Homeopathy pula bawang merah dan bawang putih dikatakan paling mujarab dalam merawat penyakit asma dan pendapat ini disokong dan dibuktikan oleh banyak kajian dan hasil penemuan diterbitkan dalam journal perubatan oleh para saintis. Pengamal herba dunia pula mendapati ginkgo biloba dan madu lebah amat berkesan keatas pesakit asma. Walaubagaimanapun berbincanglah terlebih dahulu dengan pakar perubatan sebelum mencuba apa jua kaedah rawatan bagi mengelakkan berlaku sebarang kemungkinan yang tidak diingini.

Jumaat, Mac 18, 2011

KOLEKSI PETUA ORANG MELAYU PART 7





   

Petua-petua di bawah ini adalah petua turun temurun yang diceritakan oleh rakan-rakan. Mungkin ada yang dah pernah mengamalkannya. Apa salahnya kita berkongsi. Kalau tak yakin, jangan ikut. Petua-petua ini tidak mendapat pengiktirafan dari badan-badan kecantikan dunia. Hanya mendapat ‘pengiktirafan’ dari nenek moyang sahaja. Amalkan di bawah risiko anda sendiri.  

 Kurangkan peluh di wajah
Basuh wajah hingga bersih kemudian lap hingga kering. Seterusnya ambil ketulan ais dan lumurkan ke wajah anda hingga beberapa minit. Tunggu sehingga kering dan kenakan solekan pada wajah seperti biasa. Peluh di wajah akan berkurangan dan wajah anda kelihatan bersih berseri-seri.

 Buah pinang atasi kegemukan
Masalah gemuk dan badan berlemak memang merunsingkan. Ada cara untuk mengatasinya. Buah pinang muda yang lembut dibelah dua lalu dicuci sebersih-bersihnya. Masak air dalam belanga. Rebus pinang muda hingga mendidih. Biarkan air rebusan pinang muda sejuk sebelum meminum airnya. Kesannya anda rasa lebih mudah membuang air besar dan semua lemak di dalam perut akan keluar melaluinya.
 
 Melembabkan wajah
Sepotong tembikai yang masak dan sejuk diperah untuk mendapatkan jusnya. Tapis dan simpan jus tembikai di dalam bekas. Pupuk perlahan-lahan hampas tembikai ke seluruh wajah dan leher. Biarkan sehingga kering lalu percikkan sedikit air sejuk. Petua ini dipercayai dapa melambatkan proses penuaan dan menjadikan kulit awet muda.

 Nenas putihkan kulit
Ambil bahagian dalam nenas yang keras (palu) lalu digosokkan pada kulit badan. Bilas tubuh sebersih-bersihnya. Amalkan setiap pagi dan petang. Insya-Allah, kulit akan menjadi putih dan berseri.
 
 Rambut selembut sutera
Untuk memperolehi rambut selembut sutera serta mudah disisir, amalkan cara ini. Sekiranya anda bercadang membasuh rambut pada keesokan hari, lurutkan rambut dengan minyak bijan sebelum tidur. Keesokan harinya syampu rambut dan bilas sehingga bersih. Lap rambut anda sehingga kering lalu dirapikan dengan menggunakan minyak bayi atau minyak zaitun. Jika anda berambut lurus, anda boleh menyikat terus rambut anda sebaliknya bagi anda yang berambut kerinting biarkan seketika barulah disikat agar rambut tidak terputus dan bercabang.

Hilangkan bulu ketiak
Tumbuk lumat 15 biji jintan putih bersama lima butir kapur barus. Campurkan sedikit minyak tanah lalu disapukan pada bahagian ketiak. Lakukan beberapa kali. Insya-Allah, bulu ketiak akan hilang selepas mengulanginya beberapa kali.
 Kulit cantik dan putih
Inginkan kulit cantik dan putih? Anda boleh lakukan sendiri di rumah tanpa perlu ke salun kecantikan. Caranya sangat mudah iaitu dengan hanya mengisarkan 1 cawan kelopak bunga mawar, 1 cawan kelopak bunga melur, 1/2 cawan oatmeal, 1 cawan susu putih, dan 1/2 cawan badam sehingga halus. Campurkan bahan yang telah dikisar ke dalam air mandian dan mandi seperti biasa. Seterusnya bersihkan tubuh anda dengan menggunakan air suam.

Jumaat, Mac 11, 2011

MENGAPA DIET TAK BERKESAN






Berat dah bertambah? Dah ikut macam macam tips tapi berat tak turun turun jugak? Ini masalah normal untuk yang nak diet tapi tak tahu cara diet yang betul. Ramai yang  ingat kalau diet kena kurangkan semaksima mungkin total makanan yang kita consumed setiap hari. Ni ke cara diet yang betul? SALAH! Antara sebab kenapa diet kita tak berkesan:-

1. Kurangkan waktu makan, bukannya kuantiti makanan.
Cuba kita tengok, tak ramai yang berani makan 4-5 kali sehari kalau on diet. Matlamat diorang, kurangkan waktu makan seminima habis. Kalau dulu makan 4kali tapi time diet kena makan sekali je. Tapi menu kena betul betul mewah nasi ayam, chiken chop, mee kari, Big Mac & etc. Diet ke ni, kalau sekali makan dah macam 2hari tak jumpa makanan? Sebetulnya kita tak boleh skip waktu makan. Makan 4-5 kali sehari tapi dalam portion yang sikit.

 2. Katakan tak pada nasi
Nasi sumber karbo utama so, kalau kurang ambil karbo berat boleh turun. Tak ambil nasi,  tapi makan McD dan makanan tak berkhasiat lain, asalkan bukan nasi gerenti boleh kurus punyalah! Kurang karbo tak menjanji kan kurus. Bila tak ada sumber karbo dalam badan, protien yang akan dibakar bukannya lemak. So, tak semestinya tak makan nasi boleh kurus.

3. Pengambilan kalori yang terlalu rendah
Perempuan perlukan 1800 kalori sehari. Lelaki pulak perlukan 2200 kalori. Memang kalau kita makan kurang dari jumlah ni berat akan turun. Tapi lama lama metabolisma kita akan jadi rendah. Kalori payah nak terbakar. Lepas tu naik 10 kali atas penimbang pon berat tetap sama. Silap hari bulan berat makin naik. So, kena kurangkan kalori tapi tingkatkan metabolisma. Kalau metabolisma tinggi, once berat turun memang payah nak naik!

4. Tidak Bersenam
Diet tapi tak bersenam!. Normal lah tu kan? Puncanya, sebab sibuk, malas dan malu. Bersenam ni mempercepatkan proses kita nak kurus. Bila bersenam, kalori akan terbakar. Lagi banyak kalori yang dibakar lagi cepat badan kita toned up. Tapi kalau asyik bersenam depan tv sambil makan pringles & tengok slot akasia memang cepatlah berat naik. Bersenam one of the way nak tingkatkan metabolisma. Metabolisma tinggi, kalori mudah terbakar jadi berat akan turun. Tapi ingat, fitness tak boleh tinggal, kena konsisten. Kalau tinggal kemungkinan nak gemok balik tu ada.
  5. Makan Salad Semata mata
Bagi yang amalkan diet dengan hanya makan salad memang bagus & sihat cara korang ni. Tapi ramai yang tersalah langkah.Mereka lebih suka makan salad dengan Sos Thousand Island atau pon Mayonis. Korang kena tahu, kandungan lemak dalam 2 benda ni memang sangat tinggi. Sebetulnya, rebus atau stim je sayur sayur tu. Lepastu, taburkan secubit dua garam. Tak pon boleh try letak sos tiram sikit.


6. Makan ubat kurus yang tak di sahkan atau di daftarkan.
Semua orang nak kurus cepat kan? Tapi sekurang kurang nya refer lah doktor dulu. Kebanyakan ubat kurus ada pro and contra nya. Selalu ubat ubat kurus ni memang akan menampakkan kesan, tapi bila kita dah berhenti makan selera makan membuak buak. Badan pon bagai di pam pam jadinya. il diet ni banyak yang berunsurkan dadah yang ransang otak kita untuk tak rasa lapar dan tak rasa nak makan. Kalau terlebih makan, memang bahayakan diri and nyawa.

Bukan semua bernasib baik dapat badan yang kurus. Sebab kita datang dari lain lain genetik. Tapi bukan bermaksud, kalau dah gemuk, seluruh keturunan kita pon akan gemuk jugak. Depends dengan gaya hidup and pemakanan kita jugak. So, make sure diet dengan betul. Nanti berat tak turun sakit lain pulak yang datang.


Rabu, Mac 02, 2011

PELBAGAI KEGUNAAN CUKA




   
Cuka Buatan Jalen

CUKA sering digunakan sebagai  penambah rasa masam dalam masakan dan menghilangkan bau hamis. Selain itu juga ia boleh digunakan sebagai pembersih atau pencuci yang berkesan untuk menghapuskan bakteria berikutan paras asid yang terkandung di dalamnya.  Membersih menggunakan cuka adalah kaedah bijak untuk mengelak penggunaan bahan kimia selain ia mesra alam dan menjimatkan. Terdapat beberapa kegunaan cuka sebagai bahan pencuci yang hendak dikongsikan bersama dengan para pembaca: 

1. Buat sendiri bahan pencuci dengan mencampurkan 1/4 cawan soda bikarbonat, 1 sudu cecair pencuci dan cuka. Bersihkan permukaan dapur menggunakan bahan tersebut. 
  
2. Bersih dan harumkan tong sampah dengan campuran 1/2 cawan soda bikarbonat dan cuka. Biarkan selama lima minit dan curahkan air panas. 

3. Bersihkan ketuhar gelombang dengan campuran 1/2 cawan cuka dan 1/2 cawan air. Didihkan campuran tersebut dalam ketuhar gelombang, memudahkan kekotoran yang melekat tanggal dan menghilangkan bau. 

4.  Hilangkan kesan kopi pada cawan. Caranya gosok garam atau soda bikarbonat bersama cuka pada cawan tersebut dan bilas bersih. Hilangkan kesan hitam pada teko aluminium dengan didihkan campuran 1 cawan cuka dan 1 cawan air panas. Gunakan semburan cuka untuk elak semut di kawasan luar rumah terutama berhampiran jajaran pintu dan tingkap.

5. Hilangkan bau akibat makanan lama dalam peti sejuk. Mula-mula bersihkan bahagian yang berkenaan dengan sabun dan air. Sembur di bahagian permulaan dengan cuka dan lap dengan kain. Isi soda bikarbonat dalam bekas dan letak di dalam peti sejuk. Biarkan beberapa hari.   

6. Harumkan tandas anda dengan memasukkan tiga cawan cuka ke dalam mangkuk tandas kira-kira setengah jam, kemudian pam tandas. 

7. Untuk menjadikan mangkuk tandas bersinar, tuangkan secawan atau lebih cuka yang dicampur air, biarkan beberapa jam atau semalaman, bersihkan menggunakan berus tandas dan bilas.
  
8. Tanda pada permaidani boleh dihilangkan dengan campiran dua sudu cuka dan 1/4 cawan garam atau soda bikarbonat. Gosok bahan tersebut pada kesan kotoran dan keringkan.


Selasa, Mac 01, 2011

Perasaan Marah Dan Jantung Kita




   
APAKAH reaksi anda jika pemandu di depan mengambil masa lama untuk menggerakkan kenderaan apabila lampu isyarat bertukar ke hijau? Apa pula perasaan anda apabila selepas lama beratur, tiba-tiba seseorang memintas barisan dan berdiri betul-betul di depan anda? Adakah anda menjadi marah atau boleh mengawal perasaan?

Kemarahan ialah satu ekspresi perasaan yang ekstrem mengenai sesuatu yang anda tidak suka. Mempunyai perasaan marah bukan perkara buruk kerana ia menunjukkan kita manusia normal.Malah, ada pakar berpendapat kemarahan pada peringkat rendah atau sederhana tidak menjadi masalah kerana dalam keadaan tertentu ia boleh memberi kesan positif kepada kita. Contohnya apabila kita dapat memberitahu seseorang bahawa kita marah kepadanya secara tidak langsung boleh menenangkan fikiran kita.
 
Bagaimanapun, perasaan sangat marah boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan seseorang. Baik pada lelaki atau wanita, kemarahan boleh meninggalkan kesan yang jauh lebih mendalam berbanding kesan terhadap hubungan sesama insan. Kemarahan sebenarnya boleh membawa kepada penyakit kardiovaskular, iaitu pembunuh nombor satu di Malaysia dan seluruh dunia. Kemarahan ada kaitan rapat dengan penyakit jantung koronari. 

Menurut satu kajian yang diterbitkan baru-baru ini di dalam Jurnal Kolej Kardiologi Amerika, kemarahan meningkatkan kebarangkalian mendapat sindrom koronari akut seperti serangan jantung sebanyak 19 peratus jika seseorang itu tidak pernah ada penyakit jantung, dan sebanyak 24 peratus jika pernah mengalami penyakit jantung.
 
Kemarahan itu sendiri bukan faktor tunggal kepada risiko sakit jantung. Ada pakar berpendapat, perasaan negatif yang lahir akibat kemarahan itu juga memberi sumbangan yang menyebabkan seseorang berasa resah dan tertekan. Dua perasaan ini biasanya datang bersama kemarahan yang mungkin berlanjutan kepada emosi negatif lain.
 
Bagaimanakah kemarahan boleh menyebabkan penyakit jantung koronari?
 
Saintis mengatakan, kemarahan mungkin ada kesan langsung ke atas jantung dan salur darah (arteri). Emosi negatif seperti marah cepat meningkatkan tindak balas badan apabila menerima tekanan. Jika rangsangan sentiasa diberi, kesan ke atas jantung dan salur darah berlarutan. Apabila dalam keadaan tertekan, badan menghasilkan hormon tekanan. Dalam keadaan biasa, hormon ini diperlukan untuk menolong kita dalam jangka masa pendek jika menghadapi krisis. Bagaimanapun, jika kita kerap marah, paras hormon tekanan ini meningkat.
 
Hormon tekanan yang berlebihan mempercepatkan proses aterosklerosis iaitu pengumpulan plak lemak pada dinding salur darah yang akhirnya membuatkan salur darah tersumbat; yang seterusnya boleh mengakibatkan penyakit jantung koronari dan serangan jantung. Selain kesan biologi, kesan ke atas gaya hidup juga penting. Mereka yang mudah marah mungkin tidak dapat menjaga diri dengan baik.
 
Mereka lebih berkemungkinan untuk merokok, mempunyai pemakanan tidak baik dan seimbang, jarang melakukan senaman dan meminum alkohol berlebihan. Semua ini juga faktor yang boleh membuat seseorang itu lebih berisiko mendapat penyakit jantung koronari.
 
Cara mengatasi kemarahan
 
Ada banyak cara mudah untuk mengatasi kemarahan. Antaranya ialah dengan:
 
1) Menarik nafas panjang dan kira dari satu hingga 10
2) Membayangkan tempat aman untuk menenangkan minda
3) Beredar dari situasi atau persekitaran yang membuatkan anda marah (secara fizikal dan emosi)
4) Mendengar ayat-ayat Quran
5) Mengisi masa dengan hobi
6) Jangan meletakkan harapan dalam setiap situasi
7) Meditasi
8) Meningkatkan tahap spiritual melalui sembahyang, doa dan zikir
 
عَنْ أَبيِ هُرَيْرَةَ - رضي الله عنه - أَنَّ رَجُلاً قَالَ لِلنَّبِيِّ - صلى الله عليه وسلم - : أَوْصِنيِ . قَالَ : « لاَ تَغْضَبْ » فَرَدَّدَ مِرَارًا , قَالَ : « لاَ تَغْضَبْ » رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ .
Maksudnya : Daripada Abi Hurairah R.A, sesungguhnya seorang lelaki telah berkata kepada Nabi sallallahu alaihi wa sallam : Berilah pesanan padaku, lalu bersabda baginda,: " Janganlah kamu marah", maka diulangnya berkali-kali "Janganlah kamu marah". Riwayat Albukhary.
 
Paling penting, anda harus menerima hakikat bahawa kehidupan ini tidak selalunya adil atau sempurna, dan anda harus mengambil tindakan wajar di dalam setiap keadaan. Ingat, setiap kali anda melakukan tindakan positif, anda sebenarnya menjaga jantung anda. 

Jumaat, Februari 25, 2011

MINUMAN BERKHASIAT PENGGANTI AIR SUAM




    

    Rasanya semua orang tahu air masak merupakan kunci utama hidup sihat. Minum lapan  gelas air putih setiap hari dapat mencegah kita dari terkena penyakit.  Tapi kalau minum air masak je hampir setiap masa mesti tekak kita pon  jadi jemu. Selain daripada air masak, banyak lagi minuman sihat yang dapat mengekalkan kesihatan kita disamping menghilangkan dahaga. Antaranya:

TEH HITAM
Salah satu kebaikan teh hitam ialah dapat membantu menangkis kanser kulit. Kandungan yang terdiri dari flavonoid, iaitu antioksidan yang membawa zat antikanser. Kajian menunjukkan bahawa meneguk satu cawan teh atau lebih dalam sehari dapat menurunkan risiko penumbuhan sel karsinoma skuamosa iaitu sel kanser kulit di dalam tubuh. Panas atau sejuk, teh hitam adalah minuman yang bagus untuk merawat kulit.

JUS TOMATO
 
Jus tomato dapat menurunkan risiko kanser dalam tubuh kita kerana kandungan dalam buah ini sarat vitamin dan lycopene, yang mampu melindungi sel badan daripada dari kanser. Jus tomato boleh diminum dengan tambahan rempah-rempah dan batang seleri setiap hari.


TEH HIJAU
Teh hijau dikatakan membantu dalam mengawal berat badan. Tikus yang di uji minum teh hijau sebanyak 22%  turun berat badan daripada hari sebelum minum teh hijau. Menurut kajian di Jurnal International Obesiti  minuman ini dapat meningkatkan metabolisme kita dan menjadikan lemak dalam tubuh mudah terbakar. Selain itu, antioksidan dalam teh hijau juga dapat mengurangi risiko terkena kanser dan penyakit jantung.


SUSU COKLAT

Segelas susu coklat mempunyai tinggi karbohidrat dan protein, membolehkan kita segar selepas menjalani aktiviti harian.  Kajian dari American College of Sports Medicine di Seattle mengatakan atlet yang minum susu coklat selepas latihan dapat  mengurangkan kadar kerosakan otot setelah empat hari mejalani latihan berbanding mereka yang minum air masak atau minuman pemulihan lainnya. Bancuh susu dengan hanya 2 sudu coklat yang memiliki kurang dari 20 g gula dan minum.Selain dapat hilangkan dahaga, badan juga terasa lebih segar dan bertenaga.
JUS CRANBERRY
Segelas jus Cranberry dapat mencegah penyakit gusi dengan membunuh bakteria yang datang dari mulut. Jus Cranberry juga kaya dengan vitamin C, mengurangkan tekanan kolesterol dan menjaga saluran darah kita dengan baik.


TEH CHAMOMILE
Selain menghilangkan dahaga teh chamomile boleh membuatkan kita tenang. Orang yang meneguk ekstrak chamomile setiap hari selama dua bulan akan dapat mengurangkan kecemasan di dalam dirinya, (sebuah laporan ujikaji dari University of Pennsylvania di Philadelphia).

Bukan semua orang yang tegar jadikan air masak sebagai minuman rutin. Sesekali kenalah hadiahkan tekak kita dengan sesuatu yang lain jugak.