Salam buat semua pembaca blog ku yang budiman... Post entry kali ni adalah untuk menjelaskan bagi
persoalan
yang telah lama bermain di fikiranku... Mungkin juga ada diantara para
pembaca yang juga pernah mempersoalkan tentang perkara ini. Jadi post
entry ni akan cuba memberi jawapanya. dan berharap anda dapat membacanya sehingga habis bagi kebaikan bersama. Persoalan mengenai nombor 786 bermula setiap kali
bila pergi ke kedai mamak untuk pekena roti canai dan teh tarik mesti
terpandang padang lambang bulan sabit dan bintang pastu siap ada nombor
786. Bila aku tanya pada orang semua kata ianya adalah melambangkan
kallimah بسم الله الرحمن الرحيم ,bila ditanya
bagaimana 3 nombor itu sahaja boleh melambangkan kalimah tersebut ,
tiada seorangpun yang dapat memberi penjelasan bagi soalan itu..
Nombor 786 yang tertulis dalam lambang bulan dan bintang berasal dari
jumlah nilai nisbah huruf
" بسم الله الرحمن الرحيم " .
Penggunaan 786 ini dipercayai bermula pada zaman Abasiyyah. Melalui gaya penulisan arab baku, kalimah Bismillah...
mengandungi 21 huruf, iaitu 7 (Bismillah ), 8 (Al-Rahman) dan 6 (Al-Rahim ) iaitu
7+8+6=21.
Dengan menggunakan rumusan nisbah nilai nombor bagi huruf arab tersebut, maka ayat
بسم الله الرحمن الرحيم dapat digantikan dengan nombor
786. Manakala nama Allah pula dapat digantikan dengan
nombor 66 dalam penggunaannya sebagaimana rajah di bawah ini.
Nisbah bagi " Bismillahir Rahmanir Rahim " dikira sebagai berikut:
2 + 60 + 40 + 1 + 30 + 30 + 5 + 1 + 30 + 200 + 8 + 40 + 50 + 1 + 30 + 200 + 8
+ 10 + 40 = 786
Manakala nisbah bagi nama " Allah " dikira sebagai berikut:
alif + lam + lam + ha = Allah
1 + 30 + 30 + 5 = 66
Jadi dari nisbah inilah terhasilnya nombor yang boleh menjadi kekeliruan pada sesetengah orang.. Ada sesetengah pihak yang mempercayai dari nombor ini juga dapat memberi tuah dan bermacam-macam lagi fahaman yang boleh memesongkan akidah kita sebagai umat islam. Ayat dan tulisan dari Al-quran tidak boleh diubah-ubah.
Berikut adalah petikan fatwa yang mengharamkan penggunaan nombor 786 yang
dianggap sebagai Basmalah:
Tajuk : Kepercayaan Terhadap Angka 786 Bermaksud
بسم الله الرحمن الرحيم Isu : Hukum mempercayai dan menyakini bahawa No 786 adalah bermaksud بسم الله الرحمن الرحيم Keputusan : Alhamdulillah Fatwanya,
Kepercayaan terhadap angka 786 bermaksud
بسم الله الرحمن الرحيم , juga menyakini angka tersebut membawa tuah dan nasib yang sentiasa baik adalah satu kepercayaan yang salah dan bertentangan dengan aqidah أهل السنة والجماعة dalam syariah serta akhlak Islam.
Perbuatan ini juga termasuk didalam golongan mereka yang mentafsirkan
Al-Qur’an mengikut hawa nafsu dan tidak berdasarkan kepada ilmu dan
displin-displinnya dan tidak mendapat hidayah Allah S.W.T.
Semua pihak yang terlibat hendaklah menghentikan kepercayaan dan penggunaan terhadap perkara ini dengan serta merta.
Oleh : Jawatankuasa Lujnah Fatwa Negeri
Johor
Nombor 786 bukanlah salah satu ajaran Islam melainkan hanyalah semata-mata
bid’ah. 786 hanyalah sebuah nilai yang tidak membawa sesuatu maksud pun malahan
ia adalah satu bentuk penghinaan yang nyata sekiranya disamakan maksudnya dengan
kalimah suci Basmalah. Sebagai umat Islam yang beriman bertaqwa, sama-samalah
kita meninggalkan kefahaman karut ini yang dicipta untuk mengelirukan kefahaman
umat Islam terhadap Al-Qur’an.
Wallahua’lam.
|
Terima kasih di ats info ini...mmg patut disebar2kan krn ramai yg tertanya2 knp 786 ini sering digunakan.terutama di restoran2 mamak & juga pniaga2 yg berketurunan india muslim ini...di harap dgn paparan info ini dpt memberi jwpn kpd persoalan2 masyarakat di luar sana...Wallahua'lam...
BalasPadamyea?? x penah nmpak pun. sbb x mkn luar. heee...so, x penah nmpak. br thu de bnde mcm mne. terima kasih bg thu info ni ^_^
BalasPadamgood info....lama dah nk tanya apa maksudnya...tp nk tanya pd sapa ? baru kali ni dpt jawapannya
BalasPadam@~daknakaltomey~
BalasPadamjalan jalan tgk kulat. mau cepat nda sempat baca abis
mcm lagu alhamdullilah thoo phat tu..786 alhamdulillah syukurrrrr...kan?
BalasPadamYe x ye jgk.. Bru perasan.. 😊
Padamwah..dah keluar pun post 786..hehehe..sebenarnya pengiraan ni wujud di zaman jahiliah orang arab..mereka mencampurkan jumlah huruf ini untuk menentukan keserasian pasangan mereka.Tapi bukan lah mempercayai sebagai pembawa tuah.Pernah baca kitab tajul muluk?hehehe..
BalasPadamBaru tau.. Info yang bagus.
BalasPadamhaa,,, kalau nak tahu lebih lanjut leh tanye kat ustaz nizam omar... dia mungkin lebih arif tentang ni,,, hehehe
BalasPadamoo.... macam tu yer... emmmm post yang bagus,
BalasPadam@Masrom wah..saya dah naik pangkat jadi ustaz pulak..heheehe..jenjalan pagi2 ni..
BalasPadamyeke.. tak perasan la pulak.. takpa, nnt mamaG cr masa mkn kat kedai mamak, cb tgk kalau ada... good info la..memang bongok tak tau langsung psl nih.. hahaha
BalasPadam@Masrom singgah sebentar kat sini pepagi..jom makan kat kedai mama? tapi anda yakin ke semua tu islam?
BalasPadamVery good info!
BalasPadamgood info ....
BalasPadam@Masrom Kenapa diorang tak tulis bismillah je kat restoran mamak tu? dok nak nombor pulak, hehehe..lama tak nampak..buzy ke?
BalasPadamwah..lama tuan rumah tak da..hehehe..nuffnang dapat berapa?
BalasPadamADA KEJUTAN UNTUK ANDA SEMUA
BalasPadamjalan2 kat pagi ahad..oh..tuan rumah away ye..
BalasPadamsggh cni, happy besday en. masrommmmm
BalasPadamlupa nak wish..selamat hari jadi..dah makin tua en. masrom ni..heheheh
BalasPadamterima kasih buat semua,, tuan rumah masih out station,, dok kat doha lagi ni..
BalasPadamMYredEYE SUDAH BERPINDAH
BalasPadamSAYA JUGA BERPINDAH
good info masrom..
BalasPadamMYredEYEs: Sila Lapor Diri
BalasPadamalhamdulillah...sudah terjawab persoalan maya selama 3 hari ni....hehehe...hari tu makan kat kedai mamak...jadi tertanya apa itu 786...
BalasPadamTak boleh mempertikaikan number2 yang dibuat oleh sesiapa yang berkenaan islam ni, kadang budaya kita tak sama dengan budaya dorg tapi agama kita still sama dengan diorg. #Wallahua'lam
BalasPadamSaya rasa tidaklah dihukum ahlul bidaah bg yg menggunakan simbol ini. Sy merasakan ia satu alternatif bagi menggantikan kalimah bismillah pada papan tanda sbgai adab kita terhadap kalimah bismillah. Sy berkata demikian kerana papan tanda kebiasaan akan terkena najis burung. Tidakkah kurang adab terhadap kalimah bismillah. No 786 sebagai alternatif bukan menggantikan bismillah pd hakikat tp pd adab dan sbgai tanda kedai tu milik org islam. Wallahua'lam
BalasPadamMulanya saya tidak terperasan sekiranya ada restoran atau kedai mamak yang menggunakan kod 786 ini, namun carian dibuat setelah mendengar kuliah dari almarhum TGH Salleh Musa di link berikut untuk mengetahui apa kaitan kod 786 ini dengan kalimah basmalah.
BalasPadamhttps://www.youtube.com/watch?v=49XBPeG40dU
Mana datangnya 8? Ar rahman hanya 6.
BalasPadamKlu ikut pendapat sy, dia jd 8 sbb huruf ra tu bersabdu, jd asa 2 ra kt c2. Jd 7. Satu lg dkt ma tu. Ma tu kita baca 2 harakat. Jd ada alif kt c2, mad asli. So, jumlah semua 8. Wallahua'lam
Padamساي تموءي ايسو اين اڤبيلا مليهت ديو تيوب شرهن توان ݢورو حاج صالح موسى
BalasPadam