Mai Lepak Sini Jadi Pengikut Setia

MENARIK DALAM BLOG NI

Khamis, September 30, 2010

Idea...

Pagi ni hujan lebat,,, lewat skit hantar anak ke nursery... hari ni dok bukak blog aku ni pun tak tau ape yg nak di post kan... mula ketandusan idea.. stakat nak ceduk2 dari keratan akhbar pun rase tak best... nanti org pun malas nak bace post aku. Ape pun aku akan cube buat post yg menarik utk memantapkan lagi blog aku ni..

Rabu, September 29, 2010

Pembunuhan kejam Sosilawati: Siasat ke akar umbi


POLIS meneruskan usaha mencari bukti kes pembunuhan Sosilawati  dan tiga rakannya dengan terus menggeledah pejabat suspek utama di Banting,  selain di   lokasi    Ladang Gadong tempat disyaki berlaku pembunuhan lain.
KUALA LUMPUR: Polis memperhebatkan siasatan kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya serta kehilangan tiga ahli perniagaan lain bagi memastikan pembunuh terbabit tidak terlepas daripada hukuman.

Semalam, pasukan polis sekali lagi menggeledah pejabat peguam yang juga suspek utama kes di Banting dan membawa keluar lapan ikatan fail dipercayai boleh membantu siasatan.
Empat wanita dan seorang lelaki dipercayai pekerja firma guaman itu turut dilihat mengiringi empat anggota polis pada jam 11.15 pagi dan mereka dilihat keluar bersama pada jam 12.35 tengah hari.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, memberi jaminan, pasukannya berada pada landasan yang betul dan sentiasa bekerja kuat untuk mendapatkan hasil siasatan terbaik bagi memastikan pembunuh tidak terlepas.“Kita akan menyiasat sehingga ke akar umbi,” katanya selepas menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) di sini, semalam.

Beliau berkata, satu pertemuan akan diadakan antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Peguam Negara sebelum akhir minggu ini bagi menilai dan meneliti semua bukti yang dikumpul polis setakat ini.
Dalam pertemuan itu, kertas siasatan akan dikemaskini bagi memastikan kelancaran proses pendakwaan di mahkamah. Mohd Bakri berkata, pertemuan itu juga bagi mengenal pasti kelemahan dan kekurangan dalam proses siasatan dan bahan bukti.

“Dalam pertemuan itu, kita juga boleh menerima arahan baru daripada mereka (Jabatan Peguam Negara) jika ada yang masih belum mencukupi, terutama dalam memperkukuhkan bukti pendakwaan,” katanya.
Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail pula ketika ditanya jika beliau boleh meyakinkan orang ramai bahawa akan ada satu keputusan pada akhir siasatan kes itu berkata: “Setahu saya, dalam semua siasatan, sesuatu akan berlaku, iaitu sama ada kami dakwa atau tidak. Itu adalah sesuatu yang pasti.”

Mengulas kertas siasatan awal yang dikembalikan kepada polis, beliau berkata, tidak ada tarikh akhir untuk penghantaran semula.“Saya perlu menunggu mereka menghantarnya (kertas siasatan). Biar mereka siasat secara terperinci kerana ia membabitkan kepentingan awam. Banyak perkara yang perlu disiasat. Saya tidak boleh memberikan tarikh akhir kepada mereka, tetapi saya tahu mereka sedang bertungkus-lumus,” katanya.
Mengenai apa yang perlu disiasat semula, beliau berkata: “Banyak, tetapi saya tidak boleh memberitahu anda mengenai kelemahannya,” katanya.

Sementara itu, di Banting polis masih meneruskan siasatan, termasuk mengumpul bukti walaupun sudah lebih dua minggu kematian Sosilawati dan tiga rakannya disahkan.Bagaimanapun, tinjauan di lokasi Sosilawati dan individu lain dibunuh di Ladang Gadong dekat sini, mendapati tiada kawalan polis seperti kebiasaannya. Malah, orang awam juga dilihat keluar masuk ke ladang itu untuk melihat dengan lebih dekat ladang milik suspek utama kes berkenaan.

Di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat, isteri ahli perniagaan dari India, S Usharani, 24, dilihat memasuki IPD itu bagi menyambung keterangannya. Beliau tiba 9 pagi dengan ditemani pengawal peribadi menyambung keterangannya, iaitu hari keempat berturut-turut bagi membantu siasatan kes kehilangan suaminya, Muthuraja Allal Kathan, 34, yang hilang sejak Januari lalu. Dia keluar jam 6.45 petang.

~ BERITA HARIAN ~

Selasa, September 28, 2010

RAHSIA BLOGGER

            
    Post kali ni aku nak cerita skit pasal buku yang telah aku bace,,, aku bukan la nak jadi promoter untuk melariskan jualan buku ni,, aku tak dapat komisyen ape2 pun.. tukang tulis buku ni pun tak tahu yg aku dok promote buku diorg...

    Skang ni pun dok tgh syok membace buku yg bertajuk "RAHSIA BLOGGER". Buku ni ade bersangkutpaut tentang blogger...maklum la baru nak knal2 ngan blog ni kene la cari ilmu,, ... salah satu caranye ngan membace buku.. leh gak nak buat rujukan...

   Buku ni memang bagus untuk blogger2 yang baru macam aku ni... penulis buku ni ialah Mohd Suhaimy & Mohammed Farid (aku pun tak knal ). Kandungan lam buku ni plak berkisarkan pengalaman penulis selama mereka dalam dunia blogger dari mule2 diorg suke2 sampai la diorg berjaye... Buku ni pun ade bagi panduan untuk membina blog,, cara2 mempromosikan blog,, camne nak buat duit ngan blog,, tip2 blog yg hebat.. kire aku puas hati gak la beli buku ni... harge pun bukan nye mahal sgt.. aku rase buku ni mesti byk dijual kat kedai buku.... utk geng2 yg baru cam aku ni, aku rekomen buku untuk dibaca....




Isnin, September 27, 2010

Percubaan Mencuri Jasad Rasulullah

Di masa peperangan antara orang Islam dengan orang-orang kafir Kristian yang dikenali dengan perang Salib dan telah berlangsung sekian lama. Kemenangan dan kekalahan silih berganti pada kedua belah pihak. Umat Islam berjuang dengan habis-habisan menentang musuhnya. Segala kekuatan dikerahkannya. Kerana pada waktu itulah kesempatan yang paling baik untuk memperolehi syahid di medan perang sebagaimana yang diperolehi para sahabat Rasulullah dalam perjuangan menentang orang kafir yang cuba melenyapkan Islam.

Raja-raja dari semua kerajaan Islam memberikan sokongan padu kepada setiap panglima perang yang tampil memimpin para pahlawan Islam menentang kaum kafir Kristian yang datang dari Eropah. Salah seorang raja yang banyak jasanya dalam perang Salib ini adalah Sultan Nuruddin Zangki (Zenggi), keturunan bangsa Kurdi dan berkedudukan di Mosul. Baginda yang diputerakan tahun 1118 Masihi dan wafat 1174 Masihi, adalah seorang raja yang terkenal taqwa, wara’ dan adil. Kerana keadilannya pula hingga digelari Malikul Adil (Raja yang adil). Pada waktu malam baginda bangun untuk solat tahajjud dan berdoa agar rakyatnya hidup bahagia dalam keredhaan Allah dan terselamat di akhirat nanti. Pada sebelah siang beliau banyak berpuasa dan selepas solat, wiridnya sentiasa panjang.

Seluruh kekuatan yang dimilikinya adalah untuk menentang serangan tentera Salib agar tidak dapat menjajah negara Islam. Beliaulah yang membentangkan jalan kepada Shalahuddin Al-Ayyubi, panglima perang Salib di pihak Islam yang telah berjaya membebaskan bumi Palestin dari cengkaman kaum Salib. Baginda sentiasa tenang dan gembira melayan semua rakyat dan menteri-menterinya, sekalipun negara dalam keadaan darurat perang, kerana beliau sudah bermimpi berjumpa Rasulullah SAW pada suatu malam. Dalam mimpi itu Sultan Nuruddin melihat Rasulullah dalam keadaan gembira, menandakan perjuangan kaum Muslimin yang dipimpinnya dalam berjihad akan berhasil.
Selanjutnya, suatu hari Malikul Adil kelihatan tidak seperti biasanya, kali ini baginda nampak sangat risau, seolah-olah ada yang tidak kena pada dirinya. Menteri-menterinya menyedari hal ini, namun mereka tidak berani bertanya. Kerisauan dan kegelisahan tersebut berpunca daripada mimpinya beberapa malam yang lalu. Mimpi itu sangat mengerikan dan sukar ditafsirkan. Dalam mimpi itu, baginda memakai baju yang cantik gemerlapan dan berada di hadapan Rasulullah. Rasulullah memegang tangan Nuruddin dan menunjuk kepada dua orang lelaki yang berada di hadapannya dan bersabda: “Kenalilah aku. Bebaskan aku dari dua orang itu!” Nuruddin terbangun, namun wajah Rasulullah dan dua orang lelaki itu kelihatan jelas di hadapannya seperti bukan mimpi. Wajah kedua lelaki itu kelihatan kemerah-merahan.

Tidak seorang pun yang diberitahu tentang mimpi itu, dan beliau yakin bahawa yang datang itu benar-benar Rasulullah SAW. Kerana beliau sendiri telah bersabda: “Siapa yang melihat aku dalam mimpi, samalah ertinya dengan melihat aku di waktu bangun, kerana syaitan tidak akan dapat menyerupai aku.” Keyakinan Raja Nuruddin akan kesahihan mimpinya itu dikuatkan lagi oleh mimpinya yang dahulu sehubungan dengan peperangan. “Ketika itu Rasulullah kelihatan sangat gembira sekali. Tapi mengapa kali ini baginda kelihatan amat sedih? Dan siapakah gerangan dua lelaki yang ditunjuk oleh Rasulullah itu?” Nuruddin tidak habis-habis merenung dan berfikir: “Ah, ini tentu ada yang tidak mengena pada keperibadian Baginda yang mulia atau akan ada sesuatu yang mengancam maruah umat Islam,” kata Nuruddin dalam hatinya.

Dekat seminggu lamanya Raja adil itu memikirkan dengan risau. Tiba-tiba mimpi itu berulang lagi, peristiwa seperti mimpi yang pertama dan Rasulullah memanggil-manggil Nuruddin lagi: “Kenalilah aku dan bebaskan aku dari dua orang itu!” Baginda terkejut dan bangun kemudian langsung berwudhu’, terus bersolat tahajjud dan berzikir sebanyak-banyaknya di malam sunyi itu. Kerana terlalu lama berzikir, baginda tertidur dalam duduk dan wajah Rasulullah menjelma lagi. Dalam masa yang tidak seberapa lama, sudah tiga kali beliau berjumpa Rasulullah dalam keadaan muram. “Perkara ini benar-benar serius agaknya dan tidak boleh ku simpan seorang sahaja,” kata Nuruddin pada dirinya sendiri. Apabila baginda tergerak hatinya untuk memanggil orang kepercayaannya, baginda teringat akan sabda Rasulullah: “Bahawa apabila seseorang bermimpi buruk, hendaklah jangan diceritakan kepada sesiapa pun. Insya Allah tidak akan terjadi apa-apa.” Nuruddin berfikir sekejap. Sanggupkah dia menyimpan mimpi itu seorang diri? Tidak, mimpi itu sudah tiga kali datang, dan yang datang adalah manusia termulia.

Selepas solat Subuh di pagi hari Raja Nuruddin memanggil seorang menteri kepercayaannya, Jamaluddin Al-Mushly. Lelaki itu sangat wara’, taqwa dan amanah seperti Rajanya juga. Oleh kerana itu, dialah satu-satunya orang yang dipanggil oleh Nuruddin sehubungan dengan mimpinya. Kerana Nuruddin yakin, bahawa walau bagaimanapun Jamaluddin tidak akan membocorkan rahsia negara dan raja. Hari masih terlalu pagi, suasana masih gelap, di sana sini kedengaran kokok ayam silih berganti dan waktu kerja pun masih lama lagi akan bermula. Namun menteri Jamaluddin Al-Mushly sudah berangkat ke istana negara kerana menjunjung titah baginda.

“Engkau adalah orang yang paling ku percaya untuk menyimpan rahsia negara selama ini. Oleh kerana itu aku tidak merasa ragu lagi menceritakan mimpiku padamu,” kata Raja kepada Jamaluddin dan menceritakan mimpi yang dialaminya. Jamaluddin mendengarkan dengan serius. Ia sendiri turut merasa gerun mendengarkan cerita Rajanya. Kemudian Jamaluddin berkata: “Ini memang betul-betul mimpi yang benar wahai tuanku, kerana syaitan tidak akan dapat menyerupai Rasulullah.” “Betul itu. Aku pun ingat demikian,” kata Nuruddin menyokong pendapat Jamaluddin. Nuruddin bertanya: “Jadi, agak-agak apakah pendapatmu tentang mimpiku itu.” Jamaluddin menjawab: “Menurut pendapat hamba, ada rancangan jahat dari orang tertentu yang ditujukan kepada Rasulullah, dan Rasulullah tidak menyenanginya. Tuanku diberi tugas untuk menggagalkan rancangan jahat tersebut.”

Nuruddin seolah-olah dikeluarkan dari kebuntuannya setelah mendengar tafsiran daripada Jamaluddin. Baginda percaya bahawa pendapat menterinya itu benar belaka. Berkata Nuruddin: “Pendapatmu betul, sekarang ke mana dan bagaimana kita mesti mencari dua lelaki yang ditunjuk oleh Rasulullah itu?” Jamaluddin mengajukan usul: “Bagaimana kalau sekiranya baginda raja yang pergi ke Madinah Al-Munawwarah terlebih dahulu. Di sanalah tuanku dapat berdoa di makam Rasulullah yang mulia, memohon petunjuk kepada Allah di sisi kubur kekasihNya. Mudah-mudahan, di sana tersingkap rahsia mimpi paduka itu.”

Semua persediaan dan perbekalan segera dipersiapkan. Maka pada hari yang telah ditetapkan, beribu-ribu rakyat ibu kota berpusu-pusu di hadapan istana negara untuk mengucapkan selamat jalan kepada Raja yang mereka hormati. Berangkatlah Raja yang adil bersama beberapa pegawai tinggi negara menuju Madinah.

Di setiap kampung yang dilaluinya, baginda disambut mesra oleh rakyatnya. Baginda merasa puas dapat berjumpa dengan berbagai rakyatnya. Rakyat pun berasa gembira melihat Raja yang berjiwa rakyat dan tidak putus-putusnya tersenyum kepada semua rakyat. Namun, di sebalik senyuman raja yang dilepaskan kepada rakyatnya, ada perasaan risau dan ngeri yang menghantui baginda secara berterusan. Yakni wajah kedua lelaki yang dilihat dalam mimpinya selalu membayangi kemana sahaja baginda pergi. Tidak sesaat pun wajah itu hilang dari pandangan baginda. Baginda juga dapat menggambarkan dengan jelas tentang perwatakan kedua lelaki itu baik dari bentuk wajahnya, matanya, susunan giginya, mulutnya, janggutnya bahkan kesemua seluruh tubuh kedua mereka itu. Kalau, kedua lelaki itu melintas di hadapan baginda maka sudah pasti, baginda akan menangkapnya. Disebabkan baginda sentiasa asyik memikirkan tentang kedua lelaki itu, kadang-kadang baginda terpisah dari rombongannya. Baginda tidak putus asa untuk mencari kedua lelaki itu, baginda pergi secara persendirian mengembara antara bukit-bukit.

Para pengawal tidak berani menegur apa-apa sebaliknya mereka hanya memerhatikan Raja mereka dari jauh. Hanya menteri Jamaluddin sahaja yang sesekali mengingatkannya apabila beliau terpisah jauh dari rombongan. Setelah beberapa hari perjalanan, rombongan baginda sampai di sempadan Madinah. Jamaluddin memberitahu baginda: “Tuanku, sekejap lagi kita akan memasuki ke kota Rasulullah SAW, oleh itu bersiap sedialah tuanku.” Berkata Raja: “Apakah cara yang harus aku lakukan untuk memasuki kota yang mulia itu?” Berkata Jamaluddin: “Pertama hendaklah tuanku mandi dan bersuci, kemudian masuklah ke masjid Quba’ dan bersolat tahiyyatul masjid, ini adalah untuk menghormati masjid yang dibina dengan tangan Rasulullah SAW sendiri.” Kemudian Raja dan rombongannya mengikut arahan Jamaluddin, setelah selesai mengerjakan solat di masjid Quba’, rombongan diraja menuju ke taman Raudhah. Di taman yang mulia inilah jenazah yang teramat mulia Rasulullah SAW bersemadi.

Perasaan mereka yang berada di hadapan tempat jenazah baginda Rasulullah SAW disemadikan adalah amat berlainan sekali, mereka berasa seolah-olah berada di satu alam yang lain. Lalu Raja mengangkat tangannya tinggi-tinggi dan memohon kepada Allah SWT supaya rahsia di sebalik mimpinya itu di perlihatkan kepadanya sebelum kedua manusia jahat melaksanakan niat jahat mereka. Degupan hati Raja yang begitu khusyuk dalam doanya menyebabkan air mata mengalir tanpa disedarinya. Memang di sinilah salah satu tempat diperkenankan doa. Wajah Rasulullah SAW semakin jelas di mata Raja seolah-olah Rasulullah SAW menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Raja. Baginda terdengar suara dekat telinganya yang berbunyi: “Kenalilah aku, dan bebaskanlah aku dari kedua lelaki ini.”
Setelah baginda raja berdoa dengan penuh khusyuk di taman Raudhah, kemudian datang petunjuk dari Allah seolah-olah beliau dapat menyingkap tafsir mimpinya itu di kota mulia tempat bersemayamnya Rasulullah SAW. Oleh kerana Raja Nuruddin ingin segera mengetahui makna mimpinya yang menakutkan itu, lalu beliau memanggil gabenor Madinah dengan berkata: “Saya mahu kamu kumpulkan kesemua penduduk Madinah tanpa ada sesiapa pun yang dikecualikan, saya ingin bersalaman dengan mereka.” Berkata gabenor Madinah: “Baik tuanku, segala titah raja akan dijalankan.” Gabenor Madinah pun segera menyampaikan pesanan raja kepada penduduk Madinah dan penduduk yang berhampiran dengan kota Madinah.

Berkata gabenor Madinah kepada penduduk kota Madinah dan sekitarnya: “Atas perintah Raja Nuruddin, semua rakyat Madinah dan kawasan yang berhampiran denganya, sama ada lelaki atau wanita, tua atau muda dari berbagai jenis agama dikehendaki hadir di dewan orang ramai, kerana baginda Raja Nuruddin hendak bertemu dengan semua penduduk di sini.” Setelah berita disebarkan maka orang ramai bersama seisi keluarga segera pergi ke dewan orang ramai dengan perasaan gembira, tidak seorang pun yang tertinggal. Mereka yang tua dan uzur diusung sehingga banyak sekali usungan yang kelihatan dalam perjalanan menuju ke dewan orang ramai. Apabila seluruh penduduk kota Madinah telah berkumpul, gabenor Madinah pun melapurkan kepada Raja: “Tuanku, semua rakyat telah berkumpul dan mereka sedang menunggu kehadiran tuanku.” Berkata Raja Nuruddin: “Apakah kamu yakin bahawa semua rakyat telah datang untuk bersalaman dengan saya?” Berkata gabenor Madinah. “Insya Allah.” Setelah Raja mendengar penjelasan dari gabenor, Madinah, maka Raja pun segera pergi ke tempat orang ramai yang sedang menunggunya. Wajah kedua lelaki yang datang dalam mimpinya semakin mencabar di hadapannya.

Setelah baginda Raja sampai di tempat dewan orang ramai, maka baginda pun memandang kepada rakyat sebagai penghormatan. Mata Raja Nuruddin sentiasa mencari-cari wajah yang menjadi buruannya, tetapi tidak juga kelihatan. Raja Nuruddin semakin risau, beliau duduk sekejap dan berbincang dengan pegawai-pegawai dari Madinah. Berkata Raja, Nuruddin: “Apakah masih ada rakyat yang melepaskan peluang untuk bertemu dengan saya? Cuba siasat sekali lagi.” Kemudian para pegawai dari kota Madinah berbincang sesama mereka, mereka cuba mengingati wajah-wajah yang tidak hadir. Tiba-tiba seorang pegawai berkata dengan serius dan bersemangat: “Betul tuanku, hamba ingat masih ada dua orang kenamaan di Madinah yang tidak hadir di sini, mungkin kedua mereka tidak mendengar berita tentang ketibaan baginda tuanku ke sini.”

Raja Nuruddin berkata: “Di mana mereka berada, dan siapakah mereka itu?” Denyutan jantung Raja Nuruddin semakin cepat, tetapi beliau menahan perasaannya. Orang yang mengenali kedua lelaki itu berkata: “Mereka berdua adalah ahli tasawwuf dan ahli hikmah, sangat wara’ dan sangat banyak ibadahnya, sesiapa sahaja yang pergi kepada mereka akan menerima fatwa-fatwa yang menyejukkan dan menerima sedekah. Dan kedua mereka juga adalah dermawan dan telah banyak sekali membantu fakir miskin.” Raja Nuruddin sangat tertarik dengan huraian pegawainya dan beliau berkata: “Saya ingin sangat untuk bertemu dengan kedua mereka, jemputlah mereka sekarang juga.”
Tidak berapa lama kemudian kedua mereka itu pun datang ke dewan orang ramai setelah diundang. Kedua mereka berjalan dengan tunduk dan tawadhu’, sementara mulut mereka tidak berhenti-henti berzikir kepada Allah SWT. Apabila kedua mereka berdiri di hadapan Raja Nuruddin, Raja Nuruddin terperanjat kerana kedua mereka itulah yang muncul dalam mimpinya. Dalam hati Raja Nuruddin berkata: “Demi Allah orang inilah yang datang dalam mimpiku.” Walaupun kedua mereka itu berada di hadapan beliau, beliau belum pasti sama ada beliau bermimpi atau tidak, lalu beliau menggosok kedua biji mata beliau dan dibukanya mata beliau terang-terang. Ternyata kali ini beliau tidak mimpi, beliau kini berada betul-betul di hadapan orang yang menjadi buruan beliau. Raja Nuruddin memandang mereka dari semua segi, dari segi bentuk muka mereka, susunan gigi, mata dan lain-lain. Akhirnya beliau meyakini dengan seratus peratus bahawa memang sah kedua lelaki itulah yang muncul dalam mimpinya. Kalau ikutkan hati Raja Nuruddin hendak ditanya sahaja: “Siapakah kamu berdua ini.” Raja Nuruddin bertambah hairan melihat kedua mereka, ini adalah kerana kedua mereka itu begitu khusyuk dan tawadhu’, gerak-geri mereka tidak sedikit pun mencurigakan.
Segi rambut pula ikut sunnah, serban pula ikut cara Rasulullah. Sewaktu bersalaman menunjukkan adab seorang alim dan ahli tasawwuf, tutur katanya pula penuh hikmah dan selalu berasaskan Al-Quran dan Al-Hadith. “Tetapi mengapa Rasulullah minta dibebaskan dari dua orang itu? Apakah dosa yang telah diperbuat oeh keduanya? Begitulah pertanyaan yang keluar dari hati Raja Nuruddin. Beliau hairan dan tidak tahu apa yang hendak dibuat, namun demikian tidak seorang pun yang dapat membaca perasaan Raja Nuruddin. Raja Nuruddin serba salah kerana orang ramai mengenali kedua mereka sebagai orang yang alim dan menunjukkan sikap yang penuh tasawwuf, baginda Raja juga menghormati kealiman dan ketasawwufan mereka. Oleh kerana Raja Nuruddin tidak dapat membuat apa-apa keputusan maka majlis pada hari itu bersurai setelah baginda Raja bersalam dengan semua rakyatnya seperti yang dijanjikan. Setelah majlis perhimpunan yang pertama selesai, orang ramai pun bersurai dan mereka merasa puas hati kerana dapat bersalam dengan Raja mereka. Gebenor Madinah merasa sangat gembira kerana majlis itu mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan. Satu-satunya orang yang tidak puas hati ialah Raja Nuruddin, kerana teka-teki yang menghantuinya belum terjawab.

Selepas menunaikan solat Raja Nuruddin beristighfar dan berzikir banyak-banyak, kemudian beliau berdoa dengan doa yang amat panjang, dalam doa tersebut beliau meminta petunjuk yang lebih jelas dari Allah SWT. Ketika Raja Nuruddin duduk bersendirian, lalu datang menterinya Jamaluddin dengan berkata: “Wahai tuanku, sudahkah tuanku jumpa dengan dua lelaki yang tuanku cari itu?” Berkata raja Nuruddin: “Ya, sudah.” Jamaluddin bertanya: “Yang mana satu tuanku?” Berkata Raja Nuruddin: “Jemputan yang terakhir sekali, saya pasti itulah orang yang ditunjuk oleh Rasulullah SAW dalam mimpiku.” Jamaluddin diam sambil mengangguk-anggukkan kepalanya, pertanda dia sedang memikirkan sesuatu. Berkata Raja Nuruddin: “Tapi yang peliknya saya tidak dapat sesuatu yang mencurigakan pada diri mereka itu, keadaan keduanya memang seperti yang diceritakan oleh orang. Akhlaknya, gerak-gerinya dan tutur katanya semuanya menggambarkan keperibadian Rasulullah SAW. Inilah yang membuat saya rasa pelik sangat, entah dosa apa yang telah mereka lakukan?”

Setelah Jamaluddin mendengar kata-kata Rajanya maka dia pun berkata: “Tuanku, ketahuilah bahawa seseorang yang pada zahirnya menunjukkan baik, segalanya mengikut cara Rasulullah SAW belum tentu hatinya baik. Boleh jadi ia hanya berpura-pura supaya orang ramai tidak mencurigainya, padahal dia adalah musuh yang jahat.”

Berkata Raja Nuruddin: “Betul katamu itu, kerana memang ramai orang-orang kafir berpura-pura Islam, sedangkan tujuannya untuk menghancurkan Islam dari dalam. Allah SWT telah berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud: “Dan di antara manusia ada yang ucapannya tentang kehidupan dunia, sangat menarik perhatianmu, dan di persaksikannya Allah (atas kebenaran) isi hatinya, padahal ia sebenarnya adalah musuh yang jahat.”

Raja Nuruddin memang tahu tentang tipu helah orang-orang kafir yang sentiasa hendak merosakkan Islam dengan berbagai cara. Berkata Raja Nuruddin lagi: “Apakah yang harus kita lakukan?” Berkata Jamaluddin: “Tuanku mestilah mengadakan perisikan ke rumah orang itu secara sulit.” Raja Nuruddin dan menterinya Jamaluddin mengadakan perbincangan secara rahsia tentang cara yang terbaik untuk mendapatkan maklumat tentang pergerakan kedua lelaki yang disyaki. Setelah sekian lama mereka berbincang akhirnya mereka mendapat satu cadangan yang baik, yakni orang ramai dijemput untuk menghadiri rumah terbuka atas arahan Raja Nuruddin.

Kedua orang yang disyaki juga diundang sebagai tetamu kehormat. Rahsia ini tetap menjadi rahsia antara Raja dengan menterinya. Gabenor Madinah diberikan tugas untuk menjayakan majlis tersebut. Setelah saat yang dinantikan telah tiba, maka ramailah orang yang datang menghadiri majlis tersebut. Kedua lelaki yang disyaki juga awal-awal lagi telah berangkat menuju ke majlis diraja. Apabila Raja Nuruddin dan Jamaluddin melihat kedua lelaki alim itu telah keluar dari rumah mereka, kemudian Raja Nuruddin, Jamaluddin dan beberapa pengawal pergi ke rumah orang alim itu. Kesemua bahagian dalam rumah itu di periksa oleh Raja Nuruddin, malangnya tidak satu pun benda yang mencurigakan. Sebaliknya dalam rumah tersebut terdapat banyak ayat-ayat Al-Quran yang digantung dan juga hadith nabi. Dalam almari orang alim itu dipenuhi dengan kitab-kitab agama feqah dan juga tasawwuf, keadaan rumah itu menggambarkan seolah-olah pewaris Nabi SAW. Hati kecil Raja Nuruddin masih bertanya: “Apalagi yang harus aku syaki? Kenapa Baginda Rasulullah SAW minta pertolongan dariku supaya dibebaskan dari kedua lelaki ini?”

Setelah merasa puas dengan selidikan di rumah tersebut Raja Nuruddin mengambil keputusan untuk keluar dari rumah tersebut, tetapi apabila baginda Raja hendak melangkah keluar dari rumah tersebut, datang ilham yang membuat beliau teringin benar untuk melihat sebuah permaidani yang sangat indah terbentang di sudut rumah. Raja Nuruddin merasa sangat kagum dengan keindahan dan kehalusan permaidani yang di anggap cukup mahal itu.

Raja Nuruddin tidak puas dengan melihat sahaja kecantikan permaidani tersebut, tetapi beliau membelek-belek permaidani tersebut. Sewaktu membelek permaidani itu Raja Nuruddin terlihat di bawah permaidani itu terdapat papan dan beliau berkata: “Eh, ada papan.” Raja Nuruddin mulai curiga tentang papan itu, lalu baginda mengangkat papan itu perlahan-lahan, ternyata di bawah papan itu mempunyai sebuah terowong yang mempunyai tangga. Raja Nuruddin meneliti arah perginya terowong tersebut, akhinya beliau terkejut dan berkata: “Maasya Allah, terowong ini menuju ke arah kubur Rasulullah SAW.” Kemudian Raja Nuruddin mengeluarkan arahan: “Tangkap kedua orang itu.” Dengan terbongkarnya rahsia itu maka yakinlah Raja Nuruddin akan makna mimpinya itu, kedua lelaki yang menyamar sebagai alim itu adalah musuh yang hendak mencuri jasad Rasulullah SAW. Dengan terbongkarnya rahsia kedua orang itu, maka orang ramai pun datang untuk menyaksikan peristiwa di rumah orang alim itu.

Beberapa orang telah turun ke dalam terowong yang sangat jauh itu dan akhirnya mereka mendapati bahawa terowong yang digali oleh kedua orang itu sudah hampir benar dekat pada jasad Rasulullah SAW. Setelah mendapat kepastian dari orang yang masuk ke dalam terowong itu, orang ramai tidak tahan sabar lagi. Lalu kedua-dua mereka dipukul dengan teruk sekali, kemudian kedua mereka dibawa ke pengadilan. Dalam mahkamah keduanya berterus terang dengan berkata bahawa kedua-dua mereka telah tinggal di Madinah lebih dari setahun sebagai agen Yahudi. Orang-orang Yahudi memberi perbelanjaan yang cukup banyak pada keduanya untuk tujuan mencuri jasad Rasulullah dari kuburnya, tujuannya ialah apabila jasad Rasulullah berada di tangan Yahudi mereka dengan mudah dapat merendahkan martabat Kekasih Allah dan seterusnya menghina umat Islam. Umat Islam di Madinah rasa tertipu oleh kedua orang Yahudi itu, akhirnya kedua orang Yahudi itu dijatuhi hukuman mati.

Raja Nuruddin sujud syukur kepada Allah SWT kerana tugas yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepadanya telah berjaya diselesaikan dengan berkat hidayah dan pertolongan-Nya. Untuk mengelakkan supaya kejadian seperti itu tidak berulang lagi, Raja Nuruddin memerintahkan supaya ke empat penjuru sekeliling kubur Rasulullah dipagar dengan kongkrit sampai ke bawah tanah. Sebelum Raja Nuruddin berlepas dari Madinah sekali lagi beliau bermimpi berjumpa dengan Rasulullah SAW, kali ini Rasulullah merangkul dan memeluk leher beliau. Apabila telah tiba masanya Raja Nuruddin hendak meninggalkan kota Madinah, beliau memberi taklimat terakhir kepada penduduk Madinah akan kejahatan dan dendam orang Yahudi terhadap Islam, dendam orang Yahudi terhadap Islam akan berterusan. Raja Nuruddin pun kembali ke Mosul dengan diiringi doa dan air mata oleh sekalian rakyat yang mencintainya.



Allahu a’lam..



Dr laman: Darul Nu’man



Sabtu, September 25, 2010

new member ikon


new member ikon


new member ikon

new member ikon


new member ikon

new member ikon

new member ikon



Wanita lebih hebat dari lelaki?? setuju atau tidak...

Di antara lelaki dan wanita siapa lebih hebat?? masing-masing mengaku yg die hebat... tidak dinafikan zaman ini banyak bidang professional yang telah monopoli oleh kaun wanita... ada juga beberapa negara yg diketuai pentadbir dari golongan kaum hawa. apa pendapat anda tentang topik ini... adakah anda rasa kaum lelaki hebat??? bagaiman pula dengan kaum wanita, adakah mereka lebih hebat... berikan pandangan anda...


sebelum itu anda di jemput untuk tonton video ini,, setelah selesai menonton adakah anda tetap dengan pandangan yang sama atau sebaliknye... sila berikan komen anda.....




Hati kering: Wanita tunjuk isyarat lucah marah polis

KOTA TINGGI: Bukan saja dia bersalah kerana memandu secara melulu, malah seorang wanita berusia lingkungan 30-an turut menunjukkan isyarat lucah kepada anggota polis yang cuba menahannya dalam kejadian di Jalan Abdullah di sini, jam 11.50 tengah hari semalam.

Kereta jenis Honca Accord terbabit dikesan dipandu secara melulu dari Jalan Niaga Utama sebelum polis mengerahkan dua kereta peronda memintasnya.

Ketua Polis Kota Tinggi, Superintendan Muhammad Osman Sebot berkata, wanita terbabit diarahkan menyerah diri tetapi selain menunjukkan isyarat lucah, dia turut nyaris melanggar seorang pegawai polis.

“Sampai di Jalan Tun Seri Lanang, wanita yang memandu sendirian itu membuat beberapa pusingan ‘U’ dan polis terpaksa berhati-hati mengekorinya bagi memastikan dia tidak mengancam keselamatan orang awam.

“Akhirnya, kereta itu dikepung dari arah depan dan belakang oleh kereta peronda polis tetapi pemandunya masih nekad dengan mengundurkan kereta sebelum merempuh dan menyeret sebuah daripada kereta peronda sejauh kira-kira 12 meter,” katanya.

Beliau berkata, selepas gagal melarikan diri, polis memintanya supaya keluar dari kereta berkenaan tetapi dia enggan berbuat demikian

“Akhirnya, keluarga wanita berkenaan tiba dan selepas 20 minit memujuk, barulah dia keluar dan setuju untuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi.

“Keretanya pula dipandu abangnya ke IPD berkenaan. Wanita terbabit turut dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk pemeriksaan kesihatan,” katanya.

Polis sudah membuka kertas siasatan dan akan mendakwa wanita itu kerana menghalang penjawat awam melakukan tugas.

~   myMetro  ~


















Jumaat, September 24, 2010

AIRLINER

If an airliner is defined as a plane intended for carrying multiple passengers in commercial service, the Russian Sikorsky Ilya Muromets was the first official passenger aircraft. The Ilya Muromets was a luxurious aircraft with an isolated passenger saloon, wicker chairs, bedroom, lounge and a bathroom. The aircraft also had heating and electrical lighting. The Ilya Muromets first flew on December 10, 1913. On February 25, 1914, it took off for its first demonstration flight with 16 passengers aboard. From June 21 – June 23, it made a round-trip from Saint Petersburg to Kiev in 14 hours and 38 minutes with one intermediate landing. If it had not been for World War I, the Ilya Muromets would have probably started passenger flights that same year. The second airliner was the Farman F.60 Goliath from 1919, which could seat up to 14 passengers, approximately 60 were built. The Ford Trimotor was an important early airliner. With two engines mounted on the wings and one in the nose and a slabsided body, it carried eight passengers and was produced from 1925 to 1933. It was used by the predecessor to TWA as well as other airlines long after production ceased. In 1932 the 14-passenger Douglas DC-2 flew and in 1935 the more powerful, faster, 21–32 passenger Douglas DC-3. DC-3s were produced in quantity for WWII and sold as surplus afterward. The first jet airliners came in the immediate post war era. Turbojet engines were trialled on piston engine airframes such as the Avro Lancastrian and the Vickers VC.1 Viking the latter becoming the first jet engined passenger aircraft in April 1948. The first purpose built jet airliners were the de Havilland Comet (UK) and the Avro Jetliner (Canada). The former entered production and service while the latter did not. The Comet was unfortunate in that metal fatigue caused crashes. Jets did not immediately replace piston engines and many designs used the turboprop rather than the turbojet or the later turbofan engines.

Insan

PANDUAN PEMAKANAN BERKHASIAT

Kurangkan penggunaan lemak dalam penyediaan makanan dengan mengehadkan pengambilan makanan bergoreng dan menggunakan sedikit minyak ketika memasak.


Pengambilan lemak sepatutnya tidak melebihi 30 peratus jumlah kalori harian dan jika berlebihan, ia akan membentuk plak pada dinding saluran darah sehingga menyebabkan salur darah tersumbat. Cara lain bagi mengurangkan pengambilan lemak ialah dengan menyediakan makanan rendah lemak dan memilih makanan rendah kolesterol.

Garam juga perlu diambil secara sederhana bagi mengelak penyakit darah tinggi, tetapi ia perlu ada dalam hidangan bagi keperluan tubuh.

Dalam sehari, manusia hanya memerlukan 500 mg garam sedangkan mengikut ukuran satu sudu teh adalah bersamaan 2,100 mg garam. Jadi, untuk mengelak penggunaan berlebihan, pelbagai produk lain boleh digunakan sebagai sumber alternatif seperti MSG, kicap soya dan sos.

Elakkan juga penggunaan garam ketika menyedia dan memasak makanan dan elakkan menabur garam ketika menghidangkan makanan.

Hadkan penggunaan sos dan serbuk perasa serta kurangkan kekerapan menghidang telur masin, ikan masin, sayur jeruk dan makanan diproses.

Kurangkan penggunaan gula dalam masakan dan pilih makanan yang rendah kandungan gula. Walaupun gula tidak mempunyai nutrien, ia penting dalam membekalkan tenaga. Setiap individu memerlukan 50 mg gula sehari, tetapi pengambilan berlebihan boleh menyebabkan kegemukan.

Kajian Kementerian Kesihatan mendapati penduduk berumur 18 hingga 59 tahun mengambil 21 gm gula pasir sehari (bersamaan 4 sudu teh) dan mereka juga cenderung mengambil 30 gm susu pekat manis sehari (bersamaan 3 sudu teh) untuk ditambah ke dalam minuman.

Panduan terbaik menyajikan hidangan rendah gula, adalah dengan menyediakan minuman dengan gula atau susu rendah lemak secara berasingan, selain mengelak daripada menyalut kek dengan gula atau aising serta menambah gula dalam jus buah-buahan.

Paling penting, setiap individu perlu minum enam hingga lapan gelas air sehari walaupun tidak merasa dahaga. Air adalah bahan penting untuk fungsi fisiologi di dalam badan, mengekalkan suhu badan dan pengeluaran bahan sisa daripada badan.

Elakkan daripada minuman teh tarik ketika makan nasi atau menikmati hidangan kerana ia boleh membantutkan pembentukan hemoglobin (sel darah merah) dan akhirnya mengundang penyakit.

Teh boleh diminum, tetapi dengan syarat dua jam selepas seseorang itu selesai makan atau menikmati hidangan.



www.myhealth.gov.my

Jenazah juruterbang Mejar (B) Zaini Ramli selamat dikebumi di Jitra

JITRA, (Bernama) - Jenazah juruterbang Mejar (B) Zaini Ramli, 38, yang meninggal dunia malam semalam, selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam kampung Gelung di sini kira-kira jam 6.45 petang semalam.


Allahyarham yang bertugas sebagai penguji di Jabatan Penerbangan Awam (DCA) meninggal dunia kira-kira 8.50 malam di Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Baharu, tiba di kediaman ibu bapanya kira-kira jam 1 tengah hari di Kampung Salit Gelung di sini.

Pada 7 September lalu, Allahyarham bersama seorang pelatih, Dione Wong Yong Chin, 19, yang sedang melakukan ujian penerbangan menggunakan pesawat MHKI Liberty yang dipandu oleh pelatih itu terhempas di Ladang Sri Pulai, Kulai Jaya.

Dalam kemalangan pukul 9.20 pagi itu, Zaini yang menguji penerbangan itu terselamat tetapi melecur 70 peratus selepas merangkak keluar daripada pesawat yang terbakar.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Azlina Adnan, 35, dan empat anak iaitu, Irfan Nazaini (12), Izian Nazaini (10), Izzah Nazaini (6) dan Izreen Nazaini (3).

Turut hadir di tanah perkuburan itu ibu bapa Allahyarham, Ramli Saad, 62, dan Ku Sopiah Ku Ismail, 56, saudara mara dan rakan-rakan Allahyarham.

Sementara itu, ibu Allahyarham, Ku Sopiah berkata beliau menerima ketentuan ilahi dan sedih melihat empat cucunya yang kehilangan bapa yang amat mereka cintai.

Tambah memilukan apabila anak sulang Allahyarham, Irfan Nazaini yang menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Darul Aman (SKBBDA) hari ini tetap menduduki peperiksaan kertas Bahasa Inggeris dan Sains itu dalam keadaan tenang walaupun mendapat khabar berita mengenai kematian bapanya malam semalam.

Walaupun dia (Irfan) tahu mengenai kematian bapanya namun dia tetap mahu pergi ke sekolah bagi menjawab peperiksaan UPSR yang berakhir hari ini.

Dia balik melihat jenazah bapanya pada waktu rehat dan pergi semula ke sekolah bagi menjawab kertas peperiksaan terakhir, katanya kepada pemberita dalam nada sebak.

Al-Fatihah


Myred eye Ikon


MyRed Eyes Ikon

Boleh ker ?????


agak2 pemandu kat malaysia leh tak ikut peraturan klau traffic light byk camni....






Aircraft Parts



Khamis, September 23, 2010

jom layan lagu lagi

myred eyes



Jom kita same2 meningkatkan Traffic & Nuffnang

>>> KLAU NAK JOIN TEKAN KAT SINI <<<




~ Usaha tangga kejayaan ~




Haruman kualiti harga rendah

BIASANYA kita sering disogokkan bahawa haruman berjenama dan mahal lebih berkualiti serta lebih baik untuk digunakan.
Atas kenyataan itu, pasti pengguna sudah membelanjakan beratus ringgit semata-mata untuk mendapatkan sebotol haruman yang mampu bertahan antara tiga hingga lima bulan.

Namun, Ketua Pegawai Operasi Alliance Cosmetics Group, Ng Chee Eng, menyifatkan kenyataan itu sekadar mitos kerana wujud pelbagai haruman berkualiti tinggi pada harga jauh lebih rendah di pasaran kosmetik ketika ini. "Kebanyakan haruman moden yang ada di pasaran ketika ini mampu dimiliki kerana ia diperbuat daripada lebih 100 bahan sintetik dan tidak semata-mata bergantung kepada pati asli yang memerlukan kos tinggi.

"Justeru, apabila bahan sintetik itu digunakan dalam produk haruman, secara tidak langsung ia boleh mengurangkan kos tapi pada masa sama, tetap mengekalkan tahap kualiti yang tinggi.

"Jadi, kami ingin mendidik pengguna dan membuang persepsi bahawa haruman yang mampu dimiliki pada harga jauh lebih rendah, seperti rangkaian Silkygirl dan SG Men, sebenarnya sama bagus dan turut tahan lama seperti haruman berjenama," katanya.

Tambah Ng, penilaian seseorang terhadap satu-satu haruman sebenarnya bergantung kepada pilihan individu dan bukannya 100 peratus dipengaruhi oleh jenama yang tertera pada haruman itu. "Bau-bauan sama seperti kecantikan adalah sesuatu yang subjektif dan terpulang kepada individu itu sendiri. "Mungkin ada sesetengah haruman sesuai dengan anda tapi tidak pada yang lain kerana setiap manusia memberikan reaksi berbeza kepada bau-bauan.

"Jadi, jangan terlalu mudah terpedaya kepada jenama dan haruman yang digunakan orang lain kerana ia tidak semestinya menepati cita rasa anda. "Kenal pasti dulu kategori haruman yang digemari sebelum membuat keputusan membeli produk itu," ujarnya.

~ hmetro.com.my ~

Quality of fat during infancy seems more important than quantity

The quality of dietary fat intake in infants may be associated with a reduction in total and LDL (bad) cholesterol in early life, especially in girls, suggests a new study published in the European Journal of Clinical Nutrition.
Given the increasing obesity rates and the potential link between nutrition in early life and future risk for cardiovascular disease, researchers from UmeĆ„ University, Sweden, decided to assess how dietary fat can affect cholesterol levels in infants. For that purpose, they recruited 300 healthy Swedish infants (150 girls and 150 boys) at the age of 6 months and followed them up until 12 months of age. During this period, infants’ diets consisted of breast milk and porridge plus either one of two types of infant cereal or an infant formula based on cow’s milk, introduced at the parents’ discretion. Food intake and growth of infants was monitored on a monthly basis, and blood lipid levels were measured at 6 and 12 months.
276 infants completed the study. Statistical analyses revealed that the mean dietary fat intake was close to the current Nordic Nutrition Recommendations. However, saturated fatty acid consumption was 15% of total energy intake, whereas the recommended maximum is 10%. In comparison, polyunsaturated fatty acid (PUFA) consumption was near the lower end of the recommended range of 5-10% of total energy intake, with almost one third of infants consuming less than this minimum. These results did not differ between boys and girls. Regarding blood fat levels, no link could be established between total fat intake and total or LDL (bad) cholesterol levels. However, girls displayed lower total and LDL cholesterol levels with higher PUFA consumption. Finally, longer breastfeeding was paralleled by lower LDL cholesterol levels in boys and girls.
Combined with complementary results from Iceland and Finland, which share the Nordic Nutrition Recommendations with Sweden, these findings suggest that infants may benefit more from a change towards higher proportions of PUFA and mono-unsaturated fatty acids than from reducing total fat intake. However, parents should avoid over-feeding their children.










My Family

isteri & anak2 ku yg tersayang

5 Syarat Melakukan Maksiat

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.”
Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, “Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka bolehlah kamu melakukan maksiat.”

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, “Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?”
Ibrahim bin Adham berkata, “Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya.”
Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, “Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?”
“Ya!” tegas Ibrahim bin Adham. “Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar laranganNya?”
“Yang kedua,” kata Ibrahim, “Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumiNya!”
Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, “Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezekiNya dan tinggal di bumiNya, sedangkan kamu melanggar segala laranganNya?”
“Ya! Anda benar.” kata lelaki itu.
Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, “Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat olehNya!”
Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, “Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?”
“Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?” kata Ibrahim.
Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan, “Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya; Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh.”
Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, “Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?”
“Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?”
“Baiklah, apa syarat yang kelima?”
Ibrahim pun menjawab, “Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.”
Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.”
Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. “Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah.” katanya sambil terisak-isak.
Allahu a’lam bisshawab.

Rabu, September 22, 2010

Messi buat part time???


rakaman dibuat mase tgh dok bejalan2 kat barcelona

Layan Lagi



mau kasi feeling skit.. amacam

Aktiviti semasa

Rasenye dalam blog ni makin lame macam2 ada nanti... tapi ikut sedap rase aku le gaye nye.... topik pun ikut mood..klau ade yg nak berkongsi lagi bagus... buat mase ni dok syok sendiri je la..

Layan lagu Rock Kapak


ni antara kumpulan rock melayu yg aku minati... tang vocal si mus tu yg tak tahan...

RENUNGAN ANAKKU





   


Dah besar nanti nak jadi ape????

Camne ni???





   
Skang ni masih dok tercari2 ape yg nak buat ngan blog ni... nampaknye kene cari ilmu kat sesape yg pandai bab2 ni.. apepun usaha kene diteruskan...

Selasa, September 21, 2010

bismillah





   
ni permulaan aku buat blog ni,, dah bertahun2 dok mentenet ni baru nak berjinak2 ngan dunia blogger..