Mai Lepak Sini Jadi Pengikut Setia

MENARIK DALAM BLOG NI

Rabu, September 28, 2011

KESIHATAN MENTAL








Saya tidak menghidap sakit mental. Jadi adakah mental saya sihat?
Mental yang sihat tidak bermakna terlepas dari penyakit mental. Amat penting untuk kita memahami maksud sebenar mental yang sihat. Individu yang sihat mental berupaya mengekalkan perhubungan yang harmoni dengan orang lain, mengambil bahagian dalam aktiviti kemasyarakatan dan boleh menyumbang di dalam masyarakat (Definisi Pertubuhan Kesihatan Sedunia - WHO). Menurut Polisi Kesihatan Mental Malaysia, Kesihatan Mental merujuk kepada keupayaan individu, kumpulan dan persekitaran untuk berinteraksi di antara satu sama lain bagi menjana perasaan sejahtera dan fungsi yang optima dan penggunaan kebolehan kognitif / intelek, afektif / emosi dan perhubungan dalam mencapai matlamat individu dan kumpulan yang konsisten dengan keadilan.(Adaptasi dari Kanada). Secara amnya anda mempunyai kesihatan mental yang positif jika anda:
  • Selesa dengan diri sendiri
  • Selesa dengan orang lain
  • Selesa dengan persekitaran
  • Dapat memenuhi tuntutan kehidupan
- Individu yang sihat mental dapat mengekalkan fungsi biologi, psikologi, sosial dan kerohanian yang baik
    Bagaimana saya boleh mencapai dan mengekalkan minda yang sihat?
    • Anda boleh mencapai serta mengekalkan kesihatan mental yang positif mengikut panduan dan tip yang diberikan.
    Langkah-Langkah Mudah Untuk Mencapai Kesihatan Mental Yang Baik
    • Mengamalkan cara hidup sihat
    • Berpandukan Kenyataan (Be Realistic)
    • Berfikir dengan positif
    • Buat keputusan secara bijak
    • Cari kawan
    • Dengar suara hati anda
    • Belajar menangani kritikan dengan baik
    • Belajar menjadi diri sendiri
    • Belajar untuk menyukai diri sendiri
    • Belajarlah berkata "TIDAK"
    • Rancang masa anda dengan baik
    • Jarakkan perubahan-perubahan dalam hidup
    • Bina keluarga bahagia
    • Kongsi masalah anda dan mendapat bantuan dari professional bila diperlukan.
    • Amalkan nilai-nilai keugamaan dan moral yang baik.
    Mengamalkan cara hidup sihat
    • Makan makanan seimbang
    • Mengekalkan berat unggul
    • Meluangkan masa untuk rehat dan riadah
    • Cukup tidur dan rehat
    Berpandukan Kenyataan (Be Realistic)
    • Mengenali kekuatan dan kelemahan diri anda.
    • Mensasarkan matlamat yang boleh dicapai.
    • Belajar menerima apa yang anda tidak boleh tubah.
    Berfikir dengan positif
    Mengamalkan bercakap positif pada diri sendiri seperti:
    Saya akan, saya boleh, saya akan cuba,saya juara, saya disayangi, saya menarik dsb.

    Buat keputusan secara bijak.
    • Ketahui fakta-fakta yang berkaitan.
    • Buat pertimbangan antara kebaikan dan keburukan.
    • Libatkan orang lain yang terlibat dalam membuat keputusan.
    Cari kawan
    • Mempunyai kawan untuk berbual dan ketawa bersama.
    • Menghormati pandangan mereka dan bersabar.
    Dengar suara hati anda
    • Suara hati/perasaan memberitahu anda apa yang sedang berlaku, apa yang anda perlukan, juga apa yang penting untuk diri anda.
    • Suara hati/perasaan akan memberitahui anda bila anda perlu menjaga diri anda seperti:
      • Mencari teman bila kesunyian.
      • Menangis bila bersedih.
      • Menyanyi dan tersenyum bila gembira.
    Anda boleh berpura-pura untuk tidak berasa apa-apa namun anda tetap ada perasaan, berikut adalah beberapa perasaan yang kuat kita alami sesekali dalam hidup:
    • Keseorangan
    • Disayangi
    • Ketakutan
    • Kesedihan.
    • Tiada upaya
    • Malu
    Tidak salah jika anda meluahkan perasaan anda sesuai dengan tempat dan keadaan kerana dengan memendam perasaan jauh di dalm hati akan lebih mengganggu perasaan anda.

    Belajar menangani kritikan dengan baik.
           Kritikan yang jujur dan membina memberi maklumbalas tentang diri anda bahawa anda:
    • Ambil tahu tentang orang lain atau
    • Menyebabkan orang lain tidak menyukai anda, atau
    • Anda didatangi masalah.
      Anda boleh belajar menerima kritikan dan mengambil keputusan sama ada perlakuan itu yang anda pilih untuk diubah.Bila anda dikritik, anda boleh:

             Berada dalam keadaan santai
      • tarik nafas panjang
      • nyatakan atau lafazkan perkataan "tenang" (relax).
      • bayangkan anda berada ditempat yang selamat untuk beberapa saat.
        Buat keputusan apa yang patut diterima atau dipercayai. Anda tidak perlu menerima semua kenyataan yang dibuat mengenai diri anda, anda boleh memilih untuk menerima atau menolak kritikan tersebut, kerana anda sendiri yang lebih mengetahui tentang diri anda.
        ► Jika kritikan itu membina dan bertepatan dengan diri anda :
        • Terima kesilapan dan akui kritikan itu betul.
        • Memohon maaf.
        • Ambil langkah untuk membetulkan keadaan tersebut.
        ► Jika kritikan tepat tetapi tidak membina :
        • Akui kesilapan
        • Beri jawapan yang tegas terhadap kritikan yang menyinggung perasaan.
        • Ambil langkah pembetulan.
        ► Jika kritikan tidak tepat :
        • Dapatkan maklumat lanjut
        • Betulkan kesilapan maklumat yang dibangkitkan.
        ► Jika kritikan tidak mesra, dan ketepatanya merupakan hanya satu pandangan :
        • Cari jalan persetujuan.
        • Minta pendapat dan cadangan.
        Fikirkan untuk menggunakan komponen bahasa tanpa lisan bagi komunikasi yang asertif contohnya duduk dengan tegak dan meyakinkan, nada suara yang terang dan tegas serta pandang tepat ke mata pendengaran. Langkah-langkah ini juga akan membantu anda memberi jawapan dan dihormati.

        Belajar menjadi diri sendiri
        • Buang keinginan supaya semua orang menyukai anda.
        • Buangkan fikiran jika seseorang tidak menyukai anda, anda perlu bersedih atau anda telah gagal.
        • Buangkan fikiran jika ingin disukai orang, anda perlu melakukan apa yang orang suruh buat.
        Jika anda meluangkan semua masa anda membuat apa yang orang lain suruh buat, anda tidak akan berpeluang menjadi diri anda sendiri.

        Belajar untuk menyukai diri sendiri.
        • Adalah BOLEH untuk menyukai diri anda dan menjadikan anda sahabat kepada diri anda.
        • Buatlah satu perkara baik setiap hari sebagai hadiah istimewa untuk diri anda.
        • Anda boleh bercakap perkara yang baik-baik tentang diri anda.
        • Anda boleh berhenti dari membuat perkara yang anda tidak sukai.
        • Anda tidak perlu menyukai semua orang dan semua orang tidak perlu menyukai anda.
        Belajarlah berkata "TIDAK"
        Berkata "TIDAK" seumpama memberi hadiah kepada diri sendiri. Ia memberi masa, hak, ruang peribadi dan menghormati diri sendiri. Anda berhak untuk berkata tidak bila anda disuruh membuat perkara yang menyalahi undang-undang, tidak jujur atau yang bertentangan dengan kepercayaan anda dan ada kalanya anda perlu bertindak tegas.

        Rancang masa anda dengan baik.
        • Buat satu senarai semua perkara yang perlu dibuat dan amalkan.
        • Beri peruntukan masa yang bersesuaian dan laksanakan.
        Jarakkan perubahan-perubahan dalam hidup.
        Beri diri anda masa untuk menyelaras dari satu perubahan ke perubahan yang lain. Contohnya jangan membeli kereta, rumah, berkahwin dan bertukar kerja dalam satu masa.

        Bina keluarga bahagia.
        • Mesra, kasih, sayang, dan berbudi bahasa kepada ahli keluarga anda.
        • Beri mereka sokongan sewaktu diperlukan.
        • Luangkan sedikit masa untuk berbual, bermain dan bersantai bersama keluarga.
        • Rumah kami syurga kami - Jadikan rumah anda tempat yang aman dan menyeronokkan untuk kembali setelah penat sehari suntuk bekerja.
        Kongsi masalah anda dan mendapat bantuan dari professional bila diperlukan.
        Jangan simpan semua masalah dan kebimbangan diri anda.
        Anda tidak bersendirian dan anda boleh berbincang dengan orang yang anda percayai. Mungkin mereka mengalami pengalaman yang serupa dan boleh memberi cadangan penyelsaian untuk anda.

        Amalkan nilai-nilai keagamaan dan moral yang baik.
        • Sentiasa pasrah
        • Sentiasa jujur tanpa prasangka.
        • Berhati mulia.
        Sumber : Infosihat.gov.my
         

        Ahad, September 11, 2011

        Merdekaraya Di Brickendonbury, Hertford UK






        Rakyat Malaysia di London berkumpul menyambut Merdeka Carnival 2011 di Tun Abdul Razak Research Centre, Brickendonbury, Hertford UK pada 10 Sept 2011.






        Selasa, September 06, 2011

        DEHIDRASI





          

        Tubuh manusia memerlukan air untuk mengekalkan darah dan cecair-cecair lain secukupnya bagi membolehkannya berfungsi dengan sempurna. Di samping cecair badan, tubuh juga memerlukan bahan elektrolit, yang terdiri daripada garam yang lazimnya terdapat di dalam darah, cecair tubuh yang lain dan sel-sel. Dehidrasi merupakan kehilangan air dan garam daripada badan. Dalam bahasa Malaysia secara umumnya, ia boleh dimaksudkan sebagai kekontangan. Badan kita boleh kehilangan cecair melalui pelbagai cara. Antaranya ialah:
        • Ketika membuang air kecil.
        • Semasa muntah atau mengalami cirit-birit.
        • Ketika berpeluh.
        • Melalui paru-paru semasa bernafas.
        Jika badan kehilangan sejumlah besar cecair dan garam dan tidak digantikan dengan segera seperti meminum air, badan akan kekeringan atau kekontangan. Walaupun sesiapa sahaja boleh mengalami dehidrasi, golongan yang paling mudah mengalami masalah ini ialah:
        • Bayi yang berumur di bawah 1 tahun.
        • Warga tua.
        • Mereka yang mengalami demam.
        • Penduduk yang tinggal di kawasan beriklim panas.
        Semasa mengalami cirit-birit, kehilangan air dan elektrolit (Natrium klorida, Potasium dan Bikarbonat) dalam najis yang cair akan meningkat. Air dan elektrolit juga akan hilang melalui peluh, muntah, air kencing dan pernafasan. Dehidrasi berlaku apabila kehilangan ini tidak diganti secukupnya dan kekurangan air serta elektrolit terjadi. Dehidrasi yang teruk boleh membawa maut. Apakah Gejala Dehidrasi?
        Dehidrasi ringan atau awal Dehidrasi sederhana hingga ke yang teruk
        Muka menjadi merah Tekanan darah rendah
        Teramat dahaga Pengsan
        Kulit menjadi kering dan panas Pengecutan otot yang teruk di bahagian kaki, lengan, perut dan belakang badan.
        Tidak dapat membuang air kecil atau jumlah air kencing berkurangan dan berwarna kuning pekat Sawan
        Pening, lemah, sakit kepala Mata cengkung dan kering
        Mulut dan lidah kering dengan air liur yang pekat Kulit hilang keanjalannya dan kelihatan berkedut.
        Kekejangan di kaki dan lengan Penafasan menjadi cepat dan dalam
        Sedikit atau tiada air mata ketika menangis
        Bagaimana dehidrasi dirawat? Garis panduan untuk cirit-birit di kalangan kanak-kanak:
        • Untuk cirit-birit tanpa dehidrasi, berikan kanak-kanak makanan seperti biasa dan berikan cecair rehidrasi tambahan dalam masa 4-6 jam selepas berlaku cirit-birit.
        • Untuk cirit-birit dengan dehidrasi yang ringan, bawa anak anda berjumpa doktor. Kanak-kanak perlu diberi cecair rehidrasi oral (melalui mulut) di bilik rawatan dan meneruskan memberi makanan dan cecair rehidrasi di rumah.
        • Untuk kes cirit-birit yang sederhana atau teruk, kanak-kanak perlu dirawat di klinik atau hospital. Dehidrasi yang sederhana boleh dirawat secara oral (seperti memberi cecair rehidrasi melalui mulut). Tetapi dehidrasi yang teruk memerlukan gantian cecair melalui intravena atau salur darah. Memberi ubat anti cirit-birit bukanlah rawatan yang terbaik untuk kanak-kanak.
        Makanan boleh membantu usus menyerap lebih banyak air dan ini akan membantu memperlahankan cirit-birit. Makanan seimbang yang tinggi kalori adalah disyorkan. Produk atau hasil susu yang sukar dihadam boleh bertahan untuk selama 24-48 jam ketika berlakunya serangan cirit-birit. Bagaimanapun, bayi yang menyusu dengan susu botol hendaklah diteruskan penyusuan dengan susu yang dibancuh separuh pekat dari biasa. Manakala bayi yang sedang menyusu dengan susu badan diteruskan seperti biasa. Jika anda mengalami dehidrasi yang ringan, anda perlulah meminum cecair yang mencukupi untuk menggantikan cecair yang telah hilang. Anda juga perlu menggantikan kehilangan elektrolit (garam) yang berlaku. Terdapat beberapa jenis ubat yang boleh dibeli dari kedai farmasi bagi menambahkan cecair dan elektrolit (garam). Anda juga boleh meminum minuman sukan (isotonik) atau mengambil larutan garam rehidrasi oral (ORS) dengan segera untuk menggantikan kehilangan tersebut. Jangan menunggu sehingga dehidrasi menjadi teruk. Formula larutan garam rehidrasi (ORS) yang disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan UNICEF mengandungi:
        Natrium klorida BP - 526mg larutkan di dalam 250ml air masak yang sejuk dan kemudiannya diminum.
        Trisodium klorida BP - 490mg
        Potasium klorida BP - 373mg
        Glukosa anhidros BP - 5.4gm
        Apakah makanan yang baik yang boleh diambil ketika cirit-birit?
        • Makanan yang tinggi tenaga seperti lemak, dadih dan bijirin adalah mudah diserap ketika cirit-birit.
        • Buah-buahan yang tinggi kandungan potasiumnya adalah baik untuk dimakan bagi mengembalikan semula keperluan bekalan yang berkurangan ketika cirit-birit. Buah-buahan tersebut ialah seperti pisang, mangga, nenas dan buah-buahan jenis oren.
        • Sesetengah makanan perlu dielakkan ketika mengalami cirit-birit seperti makanan yang mengandungi banyak serat iaitu buah-buahan yang banyak serabut dan sayur-sayuran, bijirin tulen dan makanan pedas atau berempah.
        Ibu-ibu perlu mengetahui:
        • Untuk bertindak segera apabila berlakunya cirit-birit dengan memberi lebih banyak minuman yang bersesuaian.
        • Mengenali tanda-tanda dehidrasi yang perlu diberi larutan garam rehidrasi (ORS) atau penjagaan khas.
        Jika ORS diberi lebih awal di rumah, kejadian dehidrasi biasanya boleh dicegah dan ramai kanak-kanak dapat diselamatkan dari menjadi lebih teruk sehingga mereka terpaksa dibawa berjumpa doktor untuk dirawat. Minuman yang boleh disediakan di rumah untuk mencegah dehidrasi:
        • Terutamanya sesuatu yang telah dimasak seperti air nasi atau sup lobak merah. Seboleh-bolehnya minuman ini hendaklah mengandungi kanji dan/atau gula sebagai sumber glukosa dan tenaga, sedikit Natrium dan kalau boleh sedikit Potasium.
        • Larutan garam/gula yang ringkas juga sesuai sebagai rawatan rehidrasi yang awal.
          Cara menyediakannya ialah dengan melarutkan campuran 1 sudu teh (5ml) rata garam bersama-sama 8 sudu teh rata gula dalam 1 liter air masak. Jangan masukkan terlalu banyak garam kerana ia boleh menyebabkan sawan.
        Pencegahan
        • Perkara penting yang perlu dilakukan ialah sentiasa menggantikan semula cecair dan garam dalam badan yang hilang. Anda perlu minum setiap kali anda membuang air besar yang cair. Anda perlu memaksa diri anda meminum cecair sebelum terjadinya dehidrasi. Jika anda bersama seseorang yang anda fikir sedang mengalami dehidrasi, ikuti garis panduan ini bila perlu:
        • Berikan lebih banyak cecair dari biasa.
        • Ingat bahawa orang yang mengalami dehidrasi tidak mempunyai selera makan yang baik. Galakkannya mengambil sedikit makanan dan minuman 5-7 kali dalam sehari.
        • Awasi tanda-tanda dehidrasi yang lebih teruk dan dapatkan rawatan perubatan dengan segera.