Mai Lepak Sini Jadi Pengikut Setia

MENARIK DALAM BLOG NI

Jumaat, September 24, 2010

Jenazah juruterbang Mejar (B) Zaini Ramli selamat dikebumi di Jitra

JITRA, (Bernama) - Jenazah juruterbang Mejar (B) Zaini Ramli, 38, yang meninggal dunia malam semalam, selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam kampung Gelung di sini kira-kira jam 6.45 petang semalam.


Allahyarham yang bertugas sebagai penguji di Jabatan Penerbangan Awam (DCA) meninggal dunia kira-kira 8.50 malam di Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Baharu, tiba di kediaman ibu bapanya kira-kira jam 1 tengah hari di Kampung Salit Gelung di sini.

Pada 7 September lalu, Allahyarham bersama seorang pelatih, Dione Wong Yong Chin, 19, yang sedang melakukan ujian penerbangan menggunakan pesawat MHKI Liberty yang dipandu oleh pelatih itu terhempas di Ladang Sri Pulai, Kulai Jaya.

Dalam kemalangan pukul 9.20 pagi itu, Zaini yang menguji penerbangan itu terselamat tetapi melecur 70 peratus selepas merangkak keluar daripada pesawat yang terbakar.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Azlina Adnan, 35, dan empat anak iaitu, Irfan Nazaini (12), Izian Nazaini (10), Izzah Nazaini (6) dan Izreen Nazaini (3).

Turut hadir di tanah perkuburan itu ibu bapa Allahyarham, Ramli Saad, 62, dan Ku Sopiah Ku Ismail, 56, saudara mara dan rakan-rakan Allahyarham.

Sementara itu, ibu Allahyarham, Ku Sopiah berkata beliau menerima ketentuan ilahi dan sedih melihat empat cucunya yang kehilangan bapa yang amat mereka cintai.

Tambah memilukan apabila anak sulang Allahyarham, Irfan Nazaini yang menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Darul Aman (SKBBDA) hari ini tetap menduduki peperiksaan kertas Bahasa Inggeris dan Sains itu dalam keadaan tenang walaupun mendapat khabar berita mengenai kematian bapanya malam semalam.

Walaupun dia (Irfan) tahu mengenai kematian bapanya namun dia tetap mahu pergi ke sekolah bagi menjawab peperiksaan UPSR yang berakhir hari ini.

Dia balik melihat jenazah bapanya pada waktu rehat dan pergi semula ke sekolah bagi menjawab kertas peperiksaan terakhir, katanya kepada pemberita dalam nada sebak.

Al-Fatihah


Comments
0 Comments

0 ulasan:

Catat Ulasan