Mai Lepak Sini Jadi Pengikut Setia

MENARIK DALAM BLOG NI

Jumaat, April 29, 2011

KISAH SEBUAH JAM





   
Alkisah, seorang pembuat jam berkata kepada jam yang sedang dibuatnya. “Wahai jam, apakah kamu sanggup untuk berdetik paling tidak 31,104,000 kali selama setahun?”

“Hah?,” kata jam terperanjat, “Sebanyak itu? Mana aku sanggup?”


“Bagaimana kalau 86,400 kali dalam sehari?” tanya si tukang jam.


“Lapan puluh enam ribu empat ratus kali? Dengan jarum yang ramping-ramping seperti ini?” jawab jam penuh keraguan.

 

“Bagaimana kalau 3,600 kali dalam satu jam?” Cadang si pembuat jam.

“Dalam satu jam harus berdetik 3,600 kali? Banyak sekali itu !”. Tetap saja jam ragu-ragu dengan kemampuan dirinya.


Tukang jam itu dengan penuh kesabaran kemudian berkata lagi kepada si jam.
Kalau begitu, sanggupkah kamu berdetik satu kali setiap detik?”

“Satu kali dalam satu detik? Ah..kalau ini ringan. Kalau begitu, aku sanggup!” kata jam dengan penuh semangat.


Si tukang jam pun tersenyum dan segera menyiapkan jam tersebut. Maka, setelah selesai dibuat jam itu pun berdetik satu kali dalam setiap detiknya. Tanpa terasa, detik demi detik terus berlalu dan jam itu sungguh luar biasa karena ternyata selama satu tahun penuh dia telah berdetak tanpa henti. Dan itu bererti ia telah berdetik sebanyak 31,104,000 kali !

Renungan :
Ada kalanya kita ragu-ragu dengan segala tugas pekerjaan yang begitu terasa berat. Namun sebenarnya kalau kita sudah menjalankannya, kita ternyata mampu. Malah yang kita anggap mustahil untuk dilakukan sekalipun.

Khamis, April 28, 2011

RAWATAN ALTERNATIF UNTUK PENYAKIT ASMA





   

Perkataan ‘asma’ berasal daripada bahasa Greek yang bermaksud sukar bernafas. Ianya bukanlah penyakit berjangkit namun boleh menyerang sesiapa sahaja termasuk anak kecil. Antara simpton seseorang diserang asma adalah nafasnya berbunyi(wheezing) seperti bunyi siulan halus dan panjang disamping bunyi termengah-mengah didada, batuk dan sesak nafas. Gejala lain ialah berlakunya infeksi saluran pernafasan ,sinusitis (radang selaput ruang sinus) dan rasa pedih dibahagian tengah dada serta batuk pada awal pagi.

Antara faktor –faktor yang boleh mencetuskan serangan asma ialah:
 
- Debu rumah; serangga seperti lipas yang telah mati menjadi kering dan hancur menjadi debu yang akhirnya terapung di udara, kain bulu, kapuk bantal dsbg.

- Alahan pada binatang peliharaan seperti kucing, anjing dan arnab juga burung merpati. Alahan terjadi dari sejenis protein yang dikeluarkan bersama air liur. Jilatan binatang itu menyebabkan air liur dan protein berkenaan melekat pada bulu. Bulu dan daki dari keruping kulit kering itu menjadi ringan dan berterbangan diudara ketika bintang itu menggaru atau menggoyang-goyangkan badan terutama pada anjing dan kucing manakala bagi arnab dan merpati terdapat pada najisnya.

- Bahan toksik, asap rokok, pewangi, cat, bahan kimia rumah seperti pencuci lantai dan ubat nyamuk lingkar.

- Alat pendingin udara, kipas angin, udara sejuk dipergunungan, debunga dan perubahan cuaca mendadak.

- Terlalu banyak bersenam dan melakukan kerja berat disamping sering mengalami tekanan perasaan serta mendapat jangkitan pada paru-paru

Serangan asma mengakibatkan radang berikutan reaksi sistem pertahanan tubuh melindungi tubuh  daripada serangan, dengan itu akan terjadi kemerahan pada saluran pernafasan diperingkat bronkus.Ini berlaku kerana pembuluh-pembuluh darah membawa sel-sel radang iaitu sel-sel darah putih kesitu.Semasa proses ini berlaku kimia-kimia alergi dikeluarkan dengan banyaknya menyebabkan berlakunya konstriksi pada otot-otot lalu menjadikan saluran pernafasan sempit.Keadaan ini diburukkan lagi dengan pembentukan lendir yang berlebihan pada sel-sel dan kelenjar disepanjang saluran pernafsan semasa radang berlaku.

Semasa berlakunya serangan asma, otot pada organ tubuh yang berongga dan saluran iaitu usus,perut dan otot pada bronkus dan bronchial menjadi polos menyebabkan oto-otot kejang dan menguncup.Keadaan ini menyebabkan udara yang mengandungi karbon dioksida terperangkap dalam paru-paru mengakibatkan penghidap asma merasa sesak nafas dan ketat dada.
Cara terbaik mengatasi masalah ini adalah dengan cuba membendung agar asma tidak menjadi serius dengan mendapatkan rawatan dan penjagaan diri sebaik mungkin terutama dalam usaha mengelak diri dari bahan pencetus serangan asma atau boleh mencuba menggunakan kaedah rawatan herba sebagai alternatif. Dalam perubatan melayu tradisional, tumbuhan seperti sirih digunakan bagi merawat asma dengan cara; merebus pekat daun sirih bersama gula batu kemudian diminum ketika suam-suam. Bagi menerbitkan rasa lega ketika serangan daun sirih dilayur di atas api dan ditempelkan ke dada.
Sayuran seperti seleri juga digunakan dengan cara mengisar daun seleri bersama buah papaya untuk dijadikan jus kemudian diminum. Tidak ketinggalan ulam pegaga turut dijadikan penawar asma dimana daunnya dikeringkan kemudian direbus dan diminum airnya ketika suam. Lidah buaya memang terkenal sebagai penawar pelbagai penyakit dan tidak ketinggalan dalam merawat asma dimana dikatakan air perahan daunnya amat berkesan diminum oleh penghidap asma. Rempah ratus turut tersenarai sebagai penawar asma ialah bung lawang dimana ia direbus dan diminum airnya. Dalam rawatan Ayurveda, kunyit merupakan ramuan utama merawat pelbagai penyakit begitu juga masyarakat melayu menggunakan isi kunyit yang direbus sebagai minuman bagi merawat asma.
Dalam rawatan Homeopathy pula bawang merah dan bawang putih dikatakan paling mujarab dalam merawat penyakit asma dan pendapat ini disokong dan dibuktikan oleh banyak kajian dan hasil penemuan diterbitkan dalam journal perubatan oleh para saintis. Pengamal herba dunia pula mendapati ginkgo biloba dan madu lebah amat berkesan keatas pesakit asma. Walaubagaimanapun berbincanglah terlebih dahulu dengan pakar perubatan sebelum mencuba apa jua kaedah rawatan bagi mengelakkan berlaku sebarang kemungkinan yang tidak diingini.

Rabu, April 27, 2011

PENGAMBILAN PERAJURIT MUDA TLDM BAGI SEMENANJUNG MALAYSIA





Pengambilan Perajurit Muda TLDM ( Lelaki sahaja ) bagi seluruh Semenanjung Malaysia akan dibuka.. Berikut adalah tarikh dan tempat Pusat Pemilihan serta syarat-syarat kelayakan bagi yang berminat untuk menyertai pasukan TLDM (Tentera Laut DiRaja Malaysia) :


Sila hadir di pusat pemilihan yang tercatat seperti di Jadual Pemilihan. Waktu pendaftaran dibuka mulai pada jam 0830 pagi hingga 1000 pagi, permohonan tidak akan diterima selepas tamat waktu pendaftaran. Pemohon dikehendaki berpakaian sukan, baju 'T' berkolar, seluar panjang sukan, berkasut sukan dan berstoking.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

Warganegara Malaysia
-Calon mestilah warganegara Malaysia berumur di antara 18 hingga 23 tahun pada tarikh angkat sumpah 3 Okt 2011. 

Kesihatan
-Sihat tubuh badan serta tidak cacat anggota.
-Penglihatan hendaklah terang dan jelas tanpa cermin mata atau kanta sesentuh dan tidak kabur warna.

Tinggi (Minimum)
1.62 meter.  

Berat (Minimum)
47.5 kg. 

Body Mass Index (BMI)
20 - 26.9. 

(Cara pengiraan BMI= Berat dibahagi tinggi dibahagi tinggi
contoh: 48 kg dibahagi 1.57 mtr dibahagi 1.57 mtr = 19.47)
BMI :  (  Berat/kg  )
 (Tinggi/meter X Tinggi/meter)

Ukuran dada (Lelaki sahaja)
Biasa -76 cm
Tarik Nafas - 81 cm
 
KELAYAKAN AKADEMIK
Memiliki SPM/SPMV dengan mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu di Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan. Keutamaan diberikan kepada pemohon yang mempunyai kepujian di dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris, Matematik atau 3 mata pelajaran yang lain
 
 Sijil dan Dokumen-Calon dikehendaki membawa bersama sijil dan dokumen yang ASAL. Kad Pengenalan (MY Kad), Sijil Kerakyatan Malaysia (jika ada), Sijil Kelahiran Pemohon, Sijil Kelahiran Ibubapa/Penjaga, Penyata/Sijil PMR/SPM/SPMV/SKM/PMR, Sijil Berhenti Sekolah, Sijil Penglibatan Sukan/Persatuan dan Sijil Akademik lain.  
- Pemohon juga dikehendaki membawa bersama sekeping gambar terbaru berukuran pasport (gambar tidak akan dikembalikan) dan samput surat berukuran 16 sm x 23 sm bersetem RM1.00 beralamat sendiri.
  

Untuk keterangan lanjut boleh berhubung :
Pejabat Promosi Kerjaya (LLP) :

Tel: 03-20713177 , 03-20713178 dan 03-20712214

Antioksidan dan Kesihatan Anda





   

APA ITU ANTIOKSIDAN?

Antioksidan merupakan bahan semulajadi yang bertindak untuk menghentikan atau menghalang kerosakan pada tubuh badan yang disebabkan oleh radikal bebas (free radicals). Tubuh kita memerlukan antioksidan untuk menstabilkan radikal-radikal bebas ini supaya sel-sel tubuh terpelihara daripada terus rosak.

Antioksidan seperti Vitamin E atau beta karotena, secara sendirian tidak dapat menghindarkan penyakit jantung, melawan kanser, membasmi penyakit mata atau menghalang penyakit Alzheimer seperti didakwa sesetengah pihak. Anggapan yang mengatakan antioksidan baik untuk kesihatan berpunca dari kajian yang mendapati mereka yang mengambil makanan yang kaya dengan antioksidan mempunyai kesihatan jangka panjang yang lebih baik. Namun begitu ujian yang menggunakan pemakanan tambahan tunggal memberikan hasil yang sangat mengecewakan. 

Antioksidan menstabilkan radikal bebas, hasil sampingan proses penjanaan tenaga oleh badan kita, yang membahayakan. Radikal bebas boleh merosakan sel tubuh, membuat kolesterol LDL menjadi lebih teruk dan membuat kacau di merata tempat dalam tubuh kita. Tubuh kita tidak mengeluarkan antioksidan, ia memerlukan pelbagai jenis antioksidan yang terkandung dalam makanan untuk membantunya meneutralkan radikal bebas. Para penyelidik antarabangsa telah membuat kajian ke atas lebih dari 1,000 makanan untuk menentukan tahap kandungan antioksidan di dalamnya. Mendahului senarai ialah acaiberry, blueberry, blackberry, walnut, strawberi, cranberry, raspberry, elderberry, bunga cengkih kisar, delima dan anggur merah.

Kita sedia maklum yang sel tubuh kita ini terdedah kepada oksigen setiap masa. Oksigen memang sangat penting untuk kesihatan kita secara keseluruhan, namun pendedahan kepada oksigen juga membuatkan sel tubuh teroksida ~ pengoksidaan. Pengoksidaan ini menyebabkan bahan kimia dalam tubuh berubah dan terjadinya radikal bebas. Selain daripada pengoksidaan, pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari, asap rokok, alkohol dan pencemaran turut menyebabkan terjadikan radikal bebas di dalam tubuh.

Radikal bebas ini akan menyebabkan reaksi berantai dalam tubuh yang membawa kepada kerosakan bahan kimia penting, DNA dan juga sel tubuh badan. Para saintis percaya bahawa radikal bebas ini turut menyumbang kepada proses penuaan, kanser, kencing manis dan sakit jantung. Kesemua makanan yang mengandungi antioksidan adalah dari jenis yang berbeza. Memilih hanya satu makanan yang kaya dengan antioksidan tidak dapat membantu anda untuk kekal sihat. Anda perlu memakan beberapa jenis untuk mendapatkan pelbagai jenis antioksidan.

Selasa, April 26, 2011

Punca Kenapa Anda Jadi Pelupa





   
Kita sering terlupa tetapi tidak tahu kenapa boleh terjadi sedemikian. Tak kira usia. Samaada golongan tua ataupun yang masih muda sering mengalami gejala ini. Mari kita lihat penyebab kita lupa:

 1) Rehat yang kurang
Otak akan sihat jika kita dapat tidur yang mencukupi. Hasil kajian mengatakan seseorang yang tidur 6 jam sehari mungkin merasa cukup tidur tetapi bila dijalankan ujian memori mereka sukar untuk mengingat.Oleh itu, pertajam daya ingatan dengan rehat yang cukup. 

 2) Berdengkur
Berdengkur adalah disebabkan pernafasan terganggu ketika tidur. Disebabkan itu, oksigen sukar untuk sampai ke otak selama beberapa saat. Ini dapat menyebabkan sel-sel otak ‘kelaparan’ sekaligus akan melemahkan daya ingatan. Kajian mengatakan majoriti yang berdengkur adalah lelaki. Faktor lain penyebab berdengkur adalah kenaikan berat badan dan berusia lebih dari 40 tahun. Dapatkan nasihat doktor untuk megelakkan anda dari berdengkur untuk meningkatkan kembali daya ingatan anda.

 3) Umur lebih dari 65 tahun
Pada usia ini, badan akan mengalami kesukaran untuk menyerap vitamin B12 dari makanan. Kekurangan vitamin ini dapat melumpuhkan daya ingatan seseorang (alzheimer). Oleh itu, bagi yang usianya telah mencapai 65 tahun, cari cara untuk meningkatkan kadar vitamin B12 ini seperti mengambil suplemen.
 4) Depression (Kemurungan)
Sel-sel otak seseorang yang mengalami depression ini mungkin akan terganggu. Malah jika depression yang di alami serius ia akan membunuh sel-sel otak sehingga melumpuhkan daya ingatan.
 5) Mangambil pil tidur dan pil alergi
Ubat ini adalah untuk mengatasi masalah alergi dan tidur terganggu. Ubat ini juga boleh menyebabkan fungsi otak terganggu. Jadi, sebelum mengambil ubat ini anda haruslah mendapat nasihat dari doktor supaya daya ingatan tidak turut terganggu.
Selain itu, pengambilan ubat-ubatan yang terlampau banyak juga akan menyebabkan anda berisiko untuk mengalami gangguan daya ingatan.
 6) Kadar gula dalam darah tinggi
Kadar gula yang tinggi dalam darah menyebabkan penyimpanan memori terganggu. Anda dapat mengawal penyakit ini dengan selalu melakukan ujian darah untuk mengetahui kandungan gula dalam darah. Selain itu rajinlah anda bersenaman. Cegah lebih bagus dari berubat.
 7) Penurunan metabolisme
Anda mungkin mengalami masalah tiroid jika metabolisme badan anda menurun. Hormon tiroid ini mengawal metabolisme tubuh. Produksinya yang terlampau lebih ataupun kurang menyebabkan sel-sel otak terganggu sekaligus memperlahankan informasi yang hendak disampaikan kepada otak.

Inilah beberapa punca yang membuatkan kita menjadi pelupa dari segi saintifik.. Namun terdapat beberapa lagi punca  yang lain dari segi islam.. Nantikan sambungannya pada post entry yang akan datang.  




Jumaat, April 15, 2011

3 TAHAP HATI





   

Imam al-Ghazali ada membuat perincian dengan tiga pembahagian mengikut tahap ketetapan dan kemantapan, kebaikan dan kejahatan atau peralihan kepada satu daripadanya, iaitu:

1- Hati yang dibangunkan dengan binaan takwa, dibersihkan daripada akhlak yang keji dan tercela, lalu terisilah di dalam hati ini lintasan dan saranan kebaikan daripada khazanah alam ghaib atau simpanan alam malaikat.Dengan daya penglihatan terbukalah kepada daya akal mengenai sudut kebaikannya, lalu memutuskan ia adalah suatu mesti dilakukan. Begitulah daya akal (syarie) ini menggalak, mendorong dan menyerunya supaya melakukannya.Malaikat akan meninjau ke dalam hati ini, didapatinya baik dan subur, bersih dengan sifat ketakwaan dan bersinar dengan cahaya ilmu. Malaikat mendapati hati ini layak untuk tempat penurunan.Ketika itu, hati dibantu dengan tentera yang tidak dapat dilihat oleh mata dan sentiasa ditunjuk ke arah kebaikan dan sentiasa tertarik dari satu kepada kebaikan yang berterusan dan saling bersambungan.Bantuan ini tidak terputus sama ada dalam bentuk saranan, galakan dan dorongan kepada kebaikan atau dirintiskan kepadanya laluan, lorong atau jalan kemudahan dan kelapangan. Allah mengisyaratkan dalam surah al-Lail, maksudnya:“Apa yang ada padanya ke jalan kebaikan dan bertakwa. Serta ia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik. Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (syurga).” (al-Lail:5-7)Hati sedemikian adalah hati yang pelitanya menyinarkan cahaya dari ‘misykat rububiyah’ sehingga tidak ada suatu terlindung padanya dan tidak terpengaruh oleh tipu daya syaitan, bahkan tidak akan mempedulikannya.Selepas bersih daripada sifat tercela membinasakan, hati ini segera terhias indah dengan sifat terpuji yang menyelamatkan seperti syukur, sabar, takut dan pengharapan, zuhud, mahabbah, reda, rindu, tawakal, tafakkur dan muhasabah.Hati inilah diterima dan dihadapkan Allah ke atasnya iaitu hati muthmainnah yang dimaksudkan oleh firman Allah bermaksud: “Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah! dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.” (ar-Ra’d)

2- Hati yang kecewa dan terbuang, dipenuhi hawa nafsu, dikotori dengan akhlak buruk dan tercela, terdedah dan terbuka luas kepada pintu syaitan dan tertutup dari pintu malaikat.Punca kejahatannya ialah bermula daripada lintasan hawa nafsu ke dalam hati dan membisikkan dengan kejahatan, lalu hati merujuk kepada hakim akal untuk mendapatkan nasihatnya.Tetapi akal sudah biasa menjadi khadam yang sentiasa patuh kepada hawa nafsu, sentiasa mencari helah dan tipu muslihat bagi membantu hawa nafsu, sehingga akal dikuasai nafsu, lalu hati menerima setiap kemahuan hawa nafsu yang menjadikan kekotoran semakin tebal, karat dan kegelapannya kerana semakin lemah daya akal dari mengawal dan mempertahankan.Ketika itu, syaitan mengambil peranan untuk memperkuatkan penguasaan hawa nafsu ke atas hati melalui tugasnya.Dengan sebab itu, semakin lemahlah daya imannya dengan janji Allah yang baik dan jahat, semakin malap cahaya keyakinannya kepada hakikat hidup akhirat, kerana asap debu gelap daripada hawa nafsu menutupi hati sehingga menutup sinar cahayanya.Sementara akal sudah menjadi seperti mata yang terkena asap, tidak mampu lagi untuk melihat dengan baik.Demikianlah kesan penguasaan keinginan hawa nafsu kepada hati, sehingga hati tidak lagi berdaya untuk menggunakan fikiran dan membuat pertimbangan.Jika cuba disedarkan oleh seorang yang ikhlas atau diterangkan jalan yang benar, ia sudah menjadi buta dan tuli. Yang bergelora adalah keinginan hawa nafsunya, lalu lahirlah pelbagai maksiat.Hati yang demikian diisyaratkan Allah dalam firman-Nya bermaksud: “Adakah engkau nampakkah orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya?Atau adakah engkau menyangka bahawa kebanyakan mereka mendengar atau memahami, Mereka hanya seperti binatang ternak, bahkan lebih sesat lagi.” (al-Furqaan: 43-44)

3- Hati yang didatangi lintasan hawa nafsu dan membisikkan perlakuan kejahatan tetapi segera dipintas lintasan iman dan mengajaknya supaya melakukan kebaikan.Ketika itu dengan keinginannya cuba menolong lintasan kejahatan sehingga semakin kuat tarikan hawa nafsu.Oleh itu, akal segera menyedarkan kepada kebaikan dan mempertahankan diri daripada serangan hawa nafsu serta menjelaskan sudut keburukannya sehingga diri nafsu itu cenderung kepada nasihat akalnya.Tetapi syaitan tidak melepaskan peluang untuk memberikan bantuan terakhir menentang akal, sehingga lintasan dan saranan hawa menjadi semakin kuat.Demikian hati menjadi rebutan berterusan antara dua daya tarikan iaitu tarikan hawa nafsu dengan bantuan syaitan serta tarikan akal dan ketakwaan dengan bantuan malaikat.Sekiranya sifat yang ada pada hati lebih kepada sifat bahimiyah, sabu’iyah dan syaitaniyah, hati akan dikuasai syaitan, malah cenderung kepada golongan dan puak syaitan yang akan melahirkan pelbagai bentuk maksiat.Tetapi jika yang ada pada hati itu lebih kepada sifat malaikat, hati tidak akan mendengar rayuan syaitan, bahkan tidak terpengaruh kepada janji syaitan, sebaliknya akan cenderung kepada golongan Allah dan dengan itu akan lahirlah pelbagai ketaatan.

Jumaat, April 08, 2011

Bagaimana Telur Ayam Tiruan Dibuat





   


Telur goreng, telur rebus, atau apa sahaja jenis masakan berasaskan telur merupakan menu ringkas kegemaran ramai. Tapi berhati hati lah ketika membeli telur terutamanya yang diimport dari China. Sebab telur telur ni dibuat di dalam makmal menggunakan bahan kimia.

Bukan itu saja, malahan kat China siap ada sekolah lagi untuk mengajar sesiapa yang berminat dengan proses pembuatan barang tiruan termasuklah telur ayam tiruan. Dan di katakan kelas untuk membuat telur tiruan mendapat sambutan yang paling menggalakkan.

Percaya atau tak untuk menghasilkan telur, ayam sudah tak diperlukan lagi. Tapi itulah hakikatnya di sana. Jom tengok proses pembuatan telur tiruan ni.

Bahan-Bahan Untuk Membuat Telur Tiruan:

 
    - Glucolactone
    - Asid Benzoic
    - Kalsium Klorida
    - Selulosa
    - Alum 
    - Asid Amino 
    - Pewarna Makanan 
    - Sodium alginate 
    - Gelatin
       
      1 : ‘Magic Water’ yang mengandungi Kalsium Klorida + Pewarna Makanan = Untuk telur kuning.

      2: ‘Magic Water’ yang mengandungi Kalsium Klorida  tanpa pewarna makanan = Putih telur.

      3: Acuan untuk putih telur.

      4: Acuan untuk kuning telur

      Step 1
      Telur kuning dihasilkan daripada bancuhan Kalsium Kloride,air dan beberapa bahan kimia yang lain (‘Magic Water’) dan pewarna makanan ditambah untuk hasilkan warna kuning. Bancuhan tadi dimasukkan kedalam acuan (4) sebanyak 2/3 daripada isipadu acuan (4) tadi.

      Step 2
       Lepas telur kuning tadi dah beku keluar kan dan masukkan ke dalam acuan (3).  Bahagian acuan (3)  tadi dicelupkan kedalam bekas yang mengandungi Kalsium Klorida, air dan beberapa bahan kimia yang lain (‘Magic Water’) untuk menghasilkan lapisan putih telur. Biarkan telur selama 1jam untuk membeku dan  telur boleh dibasuh selepas itu.

      Step 3
      Dengan menggunakan benang, telur yang tadinya dah membeku direndam dalam larutan parafin. Yang ni untuk proses membentuk cengkerang telur.


      Dan ini hasilnya tapi telur tiruan ini dikatakan lebih mudah pecah berbanding  dengan telur ayam biasa tu.Tapi kalau dari segi rupa memang saling tak tumpah. Rasanya pun lebih sedap dari telur ayam sebenar dan rasa sedap inilah punca keracunan makanan.
       Dikatakan kos untuk membuat telur tiruan ini cuma 0.55 Yuan setiap sekilogram kalau nak dibandingkan kos untuk telur ayam sebenar ialah 5.6 Yuan sekilogram. Patut ah pun siap buat kelas buat telur tiruan sebab untung banyak kalau nak dibandingkan dengan telur ayam. Dan khabarnya, telur tiruan ni telah menyumbang kepada masalah keracunan makanan yang semakin meningkat di China. So, hati hati lah time kita nak beli telur. Sekarang ni dah mula heboh kat malaysia pun dah ada yang tertipu dengan telur tiruan ni..

      Khamis, April 07, 2011

      PERANG PEMIKIRAN





         
      Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan. Caranya begini, di tangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah ‘Kapur!’, jika saya angkat pemadam ini, maka katalah ‘Pemadam!’”

      Murid-muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik, sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah ‘Pemadam!’, jika saya angkat pemadam, maka katakanlah ‘Kapur!’.

      Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok.

      Selang beberapa saat, permainan berhenti. Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh-musuh kita memaksakan kepada kita dengan pelbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya.”

      ”Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan etika. Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, seks sebelum nikah menjadi suatu hiburan dan trend, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain-lain. Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya. Faham?" tanya guru kepada murid-muridnya. "Faham cikgu."

      "Baik permainan kedua." begitu guru melanjutkan. "Cikgu ada Al Quran. Cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri di luar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Quran yang ada ditengah tanpa memijak karpet?" Murid-muridnya berfikir. Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat, dan lain-lain. Akhirnya guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Quran. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet.

      "Murid-murid, begitulah umat Islam dan musuh-musuhnya. Musuh-musuh Islam
      tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang. Kerana tentu anda akan menolaknya mentah-mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sedar."

      "Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah akidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dengan tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah hancurkan."

      "Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara mereka. Dan itulah yang mereka inginkan. Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh-musuh kita.”

      "Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya mereka. "Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi. Begitulah Islam. Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sedar. Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang."

      Semoga kita sama-sama dapat mengambil iktibar daripada kisah ini, sedarlah saudara saudaraku... mari bersama membimbing anak generasi kita...