Mai Lepak Sini Jadi Pengikut Setia

MENARIK DALAM BLOG NI

Rabu, April 27, 2011

Antioksidan dan Kesihatan Anda





   

APA ITU ANTIOKSIDAN?

Antioksidan merupakan bahan semulajadi yang bertindak untuk menghentikan atau menghalang kerosakan pada tubuh badan yang disebabkan oleh radikal bebas (free radicals). Tubuh kita memerlukan antioksidan untuk menstabilkan radikal-radikal bebas ini supaya sel-sel tubuh terpelihara daripada terus rosak.

Antioksidan seperti Vitamin E atau beta karotena, secara sendirian tidak dapat menghindarkan penyakit jantung, melawan kanser, membasmi penyakit mata atau menghalang penyakit Alzheimer seperti didakwa sesetengah pihak. Anggapan yang mengatakan antioksidan baik untuk kesihatan berpunca dari kajian yang mendapati mereka yang mengambil makanan yang kaya dengan antioksidan mempunyai kesihatan jangka panjang yang lebih baik. Namun begitu ujian yang menggunakan pemakanan tambahan tunggal memberikan hasil yang sangat mengecewakan. 

Antioksidan menstabilkan radikal bebas, hasil sampingan proses penjanaan tenaga oleh badan kita, yang membahayakan. Radikal bebas boleh merosakan sel tubuh, membuat kolesterol LDL menjadi lebih teruk dan membuat kacau di merata tempat dalam tubuh kita. Tubuh kita tidak mengeluarkan antioksidan, ia memerlukan pelbagai jenis antioksidan yang terkandung dalam makanan untuk membantunya meneutralkan radikal bebas. Para penyelidik antarabangsa telah membuat kajian ke atas lebih dari 1,000 makanan untuk menentukan tahap kandungan antioksidan di dalamnya. Mendahului senarai ialah acaiberry, blueberry, blackberry, walnut, strawberi, cranberry, raspberry, elderberry, bunga cengkih kisar, delima dan anggur merah.

Kita sedia maklum yang sel tubuh kita ini terdedah kepada oksigen setiap masa. Oksigen memang sangat penting untuk kesihatan kita secara keseluruhan, namun pendedahan kepada oksigen juga membuatkan sel tubuh teroksida ~ pengoksidaan. Pengoksidaan ini menyebabkan bahan kimia dalam tubuh berubah dan terjadinya radikal bebas. Selain daripada pengoksidaan, pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari, asap rokok, alkohol dan pencemaran turut menyebabkan terjadikan radikal bebas di dalam tubuh.

Radikal bebas ini akan menyebabkan reaksi berantai dalam tubuh yang membawa kepada kerosakan bahan kimia penting, DNA dan juga sel tubuh badan. Para saintis percaya bahawa radikal bebas ini turut menyumbang kepada proses penuaan, kanser, kencing manis dan sakit jantung. Kesemua makanan yang mengandungi antioksidan adalah dari jenis yang berbeza. Memilih hanya satu makanan yang kaya dengan antioksidan tidak dapat membantu anda untuk kekal sihat. Anda perlu memakan beberapa jenis untuk mendapatkan pelbagai jenis antioksidan.
Comments
0 Comments

0 ulasan:

Catat Ulasan