Mai Lepak Sini Jadi Pengikut Setia

MENARIK DALAM BLOG NI

Selasa, Mei 31, 2011

ULANG TAHUN TUDM KE-53





   



Sejarah Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bermula apabila Ordinan Tentera Udara diluluskan oleh Parlimen pada hari Isnin, 2 Jun 1958 dan semasa ditubuhkan ia dikenali sebagai "Tentera Udara Diraja Persekutuan".Air Commodore A.V.R. Johnstone seorang pegawai Tentera Udara Diraja British (RAF) telah dipinjamkan untuk menjadi penasihat kepada kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan kemudiannya telah dilantik menjadi Ketua Turus Tentera Udara yang pertama. 

Beliau bertanggungjawab merangka penubuhan Tentera Udara Diraja Persekutuan bagi negara yang baru merdeka dari segi organisasi, sumber manusia, aset dan syarat-syarat perkhidmatan. Sebagai angkatan yang termuda di dalam Angkatan Tentera ketika itu anggota terawalnya adalah terdiri daripada pegawai dan anggota yang dipinjamkan daripada Tentera Udara Diraja British.

Sekumpulan pegawai dan anggota yang menjadi perintis Tentera Udara Diraja Persekutuan telah ditukarkan daripada Tentera Udara Diraja British pada bulan November 1958. Mereka yang menjadi tenaga penggerak organisasi TUDM ialah Flying Officer Li Heng Lip, Sergeant Subramaniam, Corporal Razi Osman, Corporal Othman Mohd Ismail, Corporal Wan Said, Sorporal J D Pasley, Corporal Mahevan, Senior Aircraftsman (SAC) Surindran, SAC Md Noor, SAC Zainal Abidin, SAC Mohd Hussain dan Junior Technician (JT) Ismail Arifin. Beberapa orang anak watan Malaya yang berkhidmat dengan Tentera Udara Diraja Britain dibenarkan berpindah khidmat kepada Tentera Udara Persekutuan Malaya, termasuk (Marsyal Udara) Sulaiman bin Sujak. 

Pesawat pertama yang digunakan oleh Tentera Udara Diraja Persekutuan Malaya adalah pesawat pengangkut ringan jenis Scottish Aviation Twin Pioneer yang diberikan nama “Lang Rajawali” (pendaftaran FM-1001) oleh Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman.

Sebagai angkatan yang muda tugas awal yang diamanahkan kepada Tentera Udara Diraja Persekutuan pada ketika itu ialah untuk memberikan perkhidmatan perhubungan melalui udara dan membantu pasukan keselamatan menjalankan operasi memerangi komunis yang mengancam negara. Dengan tertubuhnya Malaysia pada 16 September 1963, nama Tentera Udara telah ditukar kepada "Tentera Udara Diraja Malaysia" atau lebih dikenali sebagai TUDM.

Kini Tentera Udara Diraja Malaysia telah menjangkau usia yang ke 53. Sejak penubuhannya, misi TUDM adalah "Untuk mempertahankan kedaulatan dan keutuhan negara serta kepentingannya melalui penggunaan kuasa udara yang berkesan". Walaupun Malaysia tiada peperangan, namun TUDM telah membuktikan kemampuan dalam menyumbangkan khidmat dalam beberapa misi bantuan kemanusiaan dan membawa keluar rakyat Malaysia di beberapa negara yang mengalami konflik. TUDM juga terus berusaha untuk menjadi satu angkatan udara yang seimbang dalam aspek pembangunan, keupayaan dan aset tempur, peralatan serta sumber manusia melalui 5 Nilai teras utama yang perlu ada pada setiap anggota.
Tidak lupa juga ucapan takziah kepada keluarga anggota TUDM yang telah pergi meninggalkan kita sama ada semasa menjalankan tugas ataupun sebaliknya. Jasa-jasa yang telah dicurahkan sepanjang perhidmatan mereka akan tetap dikenang dan dihargai. Marilah kita sama-sama memberikan sedekah Al-Fatihah dan bertafakur sejenak bagi menghormati dan memperingati mereka yang telah banyak berjasa pada negara. AL FATIHAH..
Semoga TUDM mampu terus berdiri megah serta dapat mempamerkan keupayaan dalam mengharungi pelbagai cabaran pahit getir perjuangan yang membolehkannya muncul sebuah pasukan udara disegani di rantau ini. Kepada seluruh warga TUDM ..... SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN YANG KE 53. 
"The People - Engaging the Talent"






Comments
0 Comments

0 ulasan:

Catat Ulasan