Mai Lepak Sini Jadi Pengikut Setia

MENARIK DALAM BLOG NI

Khamis, September 23, 2010

Haruman kualiti harga rendah

BIASANYA kita sering disogokkan bahawa haruman berjenama dan mahal lebih berkualiti serta lebih baik untuk digunakan.
Atas kenyataan itu, pasti pengguna sudah membelanjakan beratus ringgit semata-mata untuk mendapatkan sebotol haruman yang mampu bertahan antara tiga hingga lima bulan.

Namun, Ketua Pegawai Operasi Alliance Cosmetics Group, Ng Chee Eng, menyifatkan kenyataan itu sekadar mitos kerana wujud pelbagai haruman berkualiti tinggi pada harga jauh lebih rendah di pasaran kosmetik ketika ini. "Kebanyakan haruman moden yang ada di pasaran ketika ini mampu dimiliki kerana ia diperbuat daripada lebih 100 bahan sintetik dan tidak semata-mata bergantung kepada pati asli yang memerlukan kos tinggi.

"Justeru, apabila bahan sintetik itu digunakan dalam produk haruman, secara tidak langsung ia boleh mengurangkan kos tapi pada masa sama, tetap mengekalkan tahap kualiti yang tinggi.

"Jadi, kami ingin mendidik pengguna dan membuang persepsi bahawa haruman yang mampu dimiliki pada harga jauh lebih rendah, seperti rangkaian Silkygirl dan SG Men, sebenarnya sama bagus dan turut tahan lama seperti haruman berjenama," katanya.

Tambah Ng, penilaian seseorang terhadap satu-satu haruman sebenarnya bergantung kepada pilihan individu dan bukannya 100 peratus dipengaruhi oleh jenama yang tertera pada haruman itu. "Bau-bauan sama seperti kecantikan adalah sesuatu yang subjektif dan terpulang kepada individu itu sendiri. "Mungkin ada sesetengah haruman sesuai dengan anda tapi tidak pada yang lain kerana setiap manusia memberikan reaksi berbeza kepada bau-bauan.

"Jadi, jangan terlalu mudah terpedaya kepada jenama dan haruman yang digunakan orang lain kerana ia tidak semestinya menepati cita rasa anda. "Kenal pasti dulu kategori haruman yang digemari sebelum membuat keputusan membeli produk itu," ujarnya.

~ hmetro.com.my ~

2 ulasan:

  1. Salam,
    Blogwalking n rasa nak komen la sini..
    Part yg paper tu kata "sebotol mampu bertahan 3 - 5 bulan" tu tak berapa nak tepat kot. Biasa yg mahal neh dia sekali sembur pada waktu pagi thn smpai ptg. Takyah bwk bekal pi opis da perfume tu. Perfume hantaran sy baru je abis smlm- sy kawen Dis 2008. Tp tu pakai selang seli ngan perfume lain..tp secara purata mmg biasanya hampir sethn la kalo pakai pun. Berbaloi je rasa nya.

    By d way..salam kenal dari puanstoberi :))

    BalasPadam
  2. salam,, memang btul pun.. klau nak ikutkan memang yg mahal ni tahan lame.. biase la diorg punye strategi pasaran.. klau harga murah kene la beli kerap skit.. apepun thanx sudi komen..

    salam kenal sbg org yg pertama komen lam blog same ni..

    BalasPadam