Amalan petua orang dulu-dulu jangan dilupakan.. Mungkin satu hari nanti ia berguna untuk diamalkan oleh anda. Selamat mencuba....
1. Menghilangkan karat kepada pakaian :
Perahkan air limau nipis ke dalam bekas berisi satu sudu kecil garam halus. Kacau hingga sebati dan sapukan kepada pakaian yang terkena karat. Biarkan beberapa minit sebelum dibubuhkan sabun dan diberus seperti biasa.
2. Hampas teh suburkan tanaman :
Taburkan hampas teh di sekeliling pokok hiasan di dalam pasu dan siramlah tanaman itu seperti biasa, dalam beberapa hari, tanaman anda akan menjadi lebih subur dan hijau.3. Daun puding atasi gatal :
Bersihkan segengggam daun puding lalu dikisar lumat. Lumurkan keseluruh kulit kepala. Bungkus kepala dengan tual bersih selama satu jam. Akhir sekali bilas rambut dengan air bersih. Lakukan dua kali seminggu.
4. Segarkan mata :
Sapukan minyak zaitun di sekeliling mata sebelum tidur.
5. Mata merah dan gatal :
Ambilkan tiga helai daun sirih dan rebus dengan dua gelas air. Setelah air rebusan menjadi panas suam, tuangkan ke dalam piring lalu rendamkan mata anda ke dalam piring itu. Insya Allah, mata anda akan pulih seperti sediakala.
Asahkan ibu kunyit pada permukaan yang kasar dan bersih, kemudian sapukan airnya secara nipis di sekeliling hidung bayi. Awas! Jangan biarkan air itu meleleh ke dalam hidung.
Ambil daun Kesum ditumbuk lumat hingga keluar lendir. Ambil lendir tersebut dan campurkan dengan sedikit air lalu disapukan pada kulit kepala. InsyaAllah masalah kelemumur dapat diatasi.
Ambil cili api yang sudah ditumbuk halus, campurkan dengan sedikit minyak dan tampalkan pada tempat yang terkena sengat itu. Balutkan dengan kain bersih. Pada mulanya memang tiada terasa apa-apa kecuali rasa panas. Tetapi selepas 5 minit, rasa sakit akan berkurangan. Biarkan lebih kurang 15 minit dan rasa sakit akan hilang terus.
Ambil sebiji pisang embun yang masak. Belah menjadi dua bahagian, di tengahnya ditabur ragi yang telah dijadikan serbuk anggaran setengah sudu teh, tutup dan bakarlah hingga pisang setengah masak. Makanlah pisang bakar ini sebelum masuk tidur. Lakukan selama tiga malam berturut-turut. Insya Allah batuk anda akan beransur hilang.
Bersihkan dua tangkai bunga belimbing buluh . Masukkan ke dalam bekas tahan panas dan campurkan 5 gm gula batu (lebih kurang besar ibu jari) Masukkan bekas ini ke dalam periuk nasi masak, keluarkan bekas ini dan biarkan sejuk, kemudian berikan pesakit lelah minum air terumata kanak-kanak kurang dari lima tahun dalam bekas itu (lebih elok jika di tapis dahulu) Ulangi amalan ini setiap hari selama seminggu dan lihatlah hasilnya. Insya Allah..
bagus sangat entry ni... elok kalau dikongsikan kepada semua.. tahniah.. hantar lah lagi entry ke GPK.. insyaallag saya akan menjenguknya..
BalasPadamdah baca entry baru saya? jom berbalas singgah.. kalau sudi, komen lah sesuatu..
wah..info yang bagus...benda yang ada kat dalam gambar ni saya kenal semua..mudah di dapati..apasal gambar 786 tapi keluar tajuk lain?
BalasPadamini semua kesukaan saya. Buat ulam makan ngan nasi cicah budu ish..sedap aa
BalasPadamAssalamualaikum, semua...
BalasPadamAku di sini ingin menghulurkan sedikit bantuan di kategori: petua mengatasi masalah gatal hidung dan mata. Caranya adalah dengan memberi tumpuan mengikis kuman2 yg bersangkut di dalaman. Kaedah berkesan ada di sini:
Mencairkan kahak, lendir penyebab gatal hidung dan mata
Semoga dgn info ini dapat membantu para pesakit yg begitu berkeinginan hendak pulih. Amin. Tq.
@Angin Selat Melaka terima kasih kerana berkongsi petua..
BalasPadam