Mai Lepak Sini Jadi Pengikut Setia

MENARIK DALAM BLOG NI

Rabu, April 27, 2011

PENGAMBILAN PERAJURIT MUDA TLDM BAGI SEMENANJUNG MALAYSIA





Pengambilan Perajurit Muda TLDM ( Lelaki sahaja ) bagi seluruh Semenanjung Malaysia akan dibuka.. Berikut adalah tarikh dan tempat Pusat Pemilihan serta syarat-syarat kelayakan bagi yang berminat untuk menyertai pasukan TLDM (Tentera Laut DiRaja Malaysia) :


Sila hadir di pusat pemilihan yang tercatat seperti di Jadual Pemilihan. Waktu pendaftaran dibuka mulai pada jam 0830 pagi hingga 1000 pagi, permohonan tidak akan diterima selepas tamat waktu pendaftaran. Pemohon dikehendaki berpakaian sukan, baju 'T' berkolar, seluar panjang sukan, berkasut sukan dan berstoking.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

Warganegara Malaysia
-Calon mestilah warganegara Malaysia berumur di antara 18 hingga 23 tahun pada tarikh angkat sumpah 3 Okt 2011. 

Kesihatan
-Sihat tubuh badan serta tidak cacat anggota.
-Penglihatan hendaklah terang dan jelas tanpa cermin mata atau kanta sesentuh dan tidak kabur warna.

Tinggi (Minimum)
1.62 meter.  

Berat (Minimum)
47.5 kg. 

Body Mass Index (BMI)
20 - 26.9. 

(Cara pengiraan BMI= Berat dibahagi tinggi dibahagi tinggi
contoh: 48 kg dibahagi 1.57 mtr dibahagi 1.57 mtr = 19.47)
BMI :  (  Berat/kg  )
 (Tinggi/meter X Tinggi/meter)

Ukuran dada (Lelaki sahaja)
Biasa -76 cm
Tarik Nafas - 81 cm
 
KELAYAKAN AKADEMIK
Memiliki SPM/SPMV dengan mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu di Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan. Keutamaan diberikan kepada pemohon yang mempunyai kepujian di dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris, Matematik atau 3 mata pelajaran yang lain
 
 Sijil dan Dokumen-Calon dikehendaki membawa bersama sijil dan dokumen yang ASAL. Kad Pengenalan (MY Kad), Sijil Kerakyatan Malaysia (jika ada), Sijil Kelahiran Pemohon, Sijil Kelahiran Ibubapa/Penjaga, Penyata/Sijil PMR/SPM/SPMV/SKM/PMR, Sijil Berhenti Sekolah, Sijil Penglibatan Sukan/Persatuan dan Sijil Akademik lain.  
- Pemohon juga dikehendaki membawa bersama sekeping gambar terbaru berukuran pasport (gambar tidak akan dikembalikan) dan samput surat berukuran 16 sm x 23 sm bersetem RM1.00 beralamat sendiri.
  

Untuk keterangan lanjut boleh berhubung :
Pejabat Promosi Kerjaya (LLP) :

Tel: 03-20713177 , 03-20713178 dan 03-20712214

12 ulasan:

  1. assalamualaikum...bz ye..lama mama tak nampak!!..

    BalasPadam
  2. @MaMa AiNi wa'alaikumsalam mama,, memang buzy gak.... tak dan nak update blog.. mekasih mama yang setia berkunjung ke blog saye ni..

    BalasPadam
  3. prmpuan ny pmlihan ble?

    BalasPadam
  4. kalau xcukup umur 18 lg boleh ke buar permohonan???????

    BalasPadam
  5. hi nama sya vishnu umur 20 thn.. dari N9.sya igin nak mohon TLDM....akademik saya spm..credit sains dengan english jew..BM lulus...boleh mohon tak??

    BalasPadam
  6. @Tanpa Namasaya minat tldm tapi saya wanita tak pe ke?

    BalasPadam
  7. kenapa lahh asal ad intake jer mst nk llaki...ppuan bler nyer??? gram tol..

    BalasPadam
  8. @geram sabar... mungkin tahun depan pengambilan untuk wanita akan diadakan..

    BalasPadam
  9. tau x nape ppuan jarang dimasukan, sbab bila dh kerja, org ppuan ni banyak songeh, banyak advantage, x caya tanya anggota atm laki2.dari 10 sorang yg leh pakai, sakit hati dibuatnya.

    BalasPadam
  10. Fikir 10 kali kalau nak masuk tentera ni, terlalu banyak dugaan. jenis telinga tebal x pe, tlinga nipis jangan. tp yg rasa dia tu kuat sangat, bleh test jadi tentera, baru tau langit tinggi rendah.

    BalasPadam
  11. sya dh p interview..bla mau sampai surat pn xtaw..

    BalasPadam