Mai Lepak Sini Jadi Pengikut Setia

MENARIK DALAM BLOG NI

Sabtu, November 27, 2010

TEKA TEKI IMAM AL-GHAZALI











Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya :

Imam Ghazali = ' Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini? '

Murid 1 = ' Orang tua '

Murid 2 = ' Guru '

Murid 3 = ' Teman '

Murid 4 = ' Kaum kerabat '

Imam Ghazali = ' Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).


Imam Ghazali = ' Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?'

Murid 1 = ' Negeri Cina '

Murid 2 = ' Bulan '

Murid 3 = ' Matahari '

Murid 4 = ' Bintang 2 '

Imam Ghazali = ' Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini,hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama'.


Imam Ghazali = ' Apa yang paling besar didunia ini ?'

Murid 1 = ' Gunung '

Murid 2 = ' Matahari '

Murid 3 = ' Bumi '

Imam Ghazali = ' Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.''


Imam Ghazali = ' Apa yang paling ringan di dunia ini ?'

Murid 1 = ' Kapas'

Murid 2 = ' Angin '

Murid 3 = ' Debu '

Murid 4 = ' Daun-daun'

Imam Ghazali = ' Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat '


IMAM GHAZALI: ' Apa yang paling berat didunia ? '

Murid 1 = ' Baja '

Murid 2 = ' Besi '

Murid 3 = ' Gajah '

Imam Ghazali = ' Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.


Imam Ghazali = ' Apa yang paling tajam sekali di dunia ini ? '

Murid- Murid dengan serentak menjawab = ' Pedang '

Imam Ghazali = ' Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

13 ulasan:

  1. melawat di malam hari. hehehe.
    huhu..tul tu

    BalasPadam
  2. blogwalking... follow jugak. (^__^)

    BalasPadam
  3. menarik...=)

    p/s: thanks follow blog sy..sebagai balasan, sy dh letak blog ini kt ruang follower kt blog sy..=)

    ****KLIK ENTRI TERKINI DISINI****

    ****KLIK ENTRI TERHANGAT DISINI****

    BalasPadam
  4. wahhh..pernah dengar cerita ni masa kuliyah dulu... bagus2.. nice story... :)

    BalasPadam
  5. baik kalau di share kan di face book.. terima kasih atas perkongsian..

    BalasPadam
  6. mcm perna baca artikal ni..tapi di mana ye...

    BalasPadam
  7. betul jg kan.. napa la manusia ni lupa diri?.. (termasukla diri sendiri)

    BalasPadam
  8. jalan2 pepagi yang ceria...
    senyum seindah suria...
    ingat tak lagu tu?

    BalasPadam
  9. jalan2 tengahari..bukan artikel nabi je yang dapat pahala..heheeh..janji mendatangkan faedah dan ingat kepada allah.hehehe..jadi ustadz lah pulak..

    zikirkan bermaksud menggingat allah..

    BalasPadam
  10. @nizam omar jangan kate jadi ustaz,, macam-macam leh jadi.

    BalasPadam