Pemuda : Siapa kamu dan bolehkah menjawab 3 soalan saya?
Kiyai : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab soalan kamu.
Pemuda : Kamu yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab soalan saya ini.
Kiyai : Saya akan mencuba menjawabnya mengikut kemampuan saya.
Pemuda : 3 soalan saya adalah :-
1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukkan wujudnya tuhan kepada saya.
2. Apakah yang dinamakan takdir ?
3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukkan ke neraka yang dibuat dari api, tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?
Tiba-tiba Kiyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan kuat.
Pemuda : (sambil menahan sakit) Kenapa anda marah kepada saya?
Kiyai : Saya tidak marah... Tamparan itu adalah jawapan saya atas 3 soalan yang kamu ajukan kepada saya.
Pemuda : Mengapa pula jawapannya begitu ?
Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit
Kiyai : Jadi kamu percaya bahawa sakit itu ada?
Pemuda : Sudah tentu kerana saya berasa sakit!
Kiyai : Kalau begitu tunjukan pada saya wujud sakit itu!
Pemuda : Saya tidak boleh.
Kiyai : Itulah jawapan soalan pertama...kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.
Pemuda itu hanya termenung sahaja.
Kiyai : Apakah malam tadi anda bermimpi akan ditampar oleh saya?
Pemuda : Tidak.
Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari saya hari ini?
Pemuda : Sama sekali tidak.
Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir.
Pemuda itu terus terdiam.
Kiyai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar pipi kamu?
Pemuda : Kulit
Kiyai : Terbuat dari apa pipi kamu?
Pemuda : Kulit.
Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Sakit.
Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.
jelas lagi terang..
BalasPadammemang buat TK berfikir..
trima kasih
@toyolkiut kengkadang kite tak perasan ape yg tersirat di sebalik sesuatu kejadian...
BalasPadam