Mai Lepak Sini Jadi Pengikut Setia

MENARIK DALAM BLOG NI

Isnin, Februari 28, 2011

KISAH RUMPUT




   
Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :
 
Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
 
Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
 
Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?
 
Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.
 
Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.
 
Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?
 
Pelajar : Oh, tadi saya berjalan diatas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.
 
Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yangmenggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

Sabtu, Februari 26, 2011

Perlukah Panaskan Enjin Kenderaan Anda???






Ramai yang mungkin tidak tahu. Setiap pagi rata-rata orang di Malaysia mesti akan memanaskan enjin kereta. Sekurang-kurangnya 5 ke 10 minit. Ada yang lagi power sampai 15 minit. Start enjin kereta dulu, lepas tuh masuk rumah balik besiap-siap, makan dan baru memulakan perjalanan.

Sebenarnya teknik memanaskan enjin iaitu membiarkan enjin dalam keadaan ‘idling’ adalah tidak berfaedah. Di sesetengah negara, memanaskan enjin ditegah sama sekali. Seperti contoh, Kanada, Jepun, United Kingdom dan Amerika telah mengadakan kempen bagi kes ini.

The Canadian Office of Energy Efficiency mengatakan bahawa memanaskan enjin adalah dengan memandunya bukan dengan membiarkannya.  Oleh itu, cara yang paling efisyen adalah lepas menghidupkan enjin terus memandu untuk memanaskan enjin.

Kesannya  ia menyebabkan pembakaran bahanapi menjadi tidak sempurna. Pembakaran yang tidak lengkap memberikan kesan yang tidak baik kepada dinding silinder. Sisa bahan api yang tidak terbakar akan turun ke dinding silinder lalu menhilangkan minyak pelincir pada  dinding silinder. Oleh itu, dinding silinder akan mengalami kehausan kerana minyak pelincir tiada di bahagian sepatutnya. Bahan api yang tidak terbakar juga akan turun ke bahagian takung minyak pelincir. Apabila ia bercampur dengan minyak pelincir, sifat minyak pelincir  berubah dan  dan menjadi tidak efisyen.
Palam Pencucuh

Selain itu, palam pencucuh juga boleh mendapat masalah dengan menganggu suhu kerja palam pencucuh. Apabila palam pencucuh tidak berada pada suhu sepatutnya ianya akan menjadi kotor. Kesan daripadanya adalah peningkatan penggunaan bahan api sebanyak 5%.

Kebiasaannya kenderaan akan mengeluarkan wap dari ekzos pada waktu pagi. Ia adalah wap air yang terhasil daripada enjin yang sejuk. Jika enjin dibiarkan dalam keadaan ‘idling’,  enjin akan mengambil masa yang lama untuk panas. Wap air juga berada lama di dalam sistem ekzos yang mana akan mempercepatkan proses pengkaratan paip ekzos.

Kenderaan sekarang kebiasaanya mempunyai Catalytic Converter pada sistem ekzosnya. Tujuannya adalah untuk mengurangkan level toksik hasil pembakaran sebuah enjin. Tugas komponen ini adalah menukarkan karbon monoksida kepada karbon dioksida, mengasingkan nitrogen oksida kepada nitrogen dan air, mengoksidakan hidrokarbon yang tidak terbakar kepada karbon dioksida dan air dan sebagainya. Dengan itu, pencemaran udara dapat dikurangkan.

Keburukan memanaskan enjin dengan membiarkan kenderaan dalam keadaan idling sudah kita tahu iaitu membazir bahan api sekaligus membazirkan wang ringgit dan mencemarkan alam sekitar. Sekarang kita lihat kebaikan memanaskan enjin pula. Ada yang mengatakan  bahawa memanaskan enjin juga berfaedah. Antaranya ketika enjin dibiarkan lama, minyak pelincir akan mendap ke bahagian bawah enjin. Oleh itu adalah perlu untuk mengambil  masa untuk memanaskannya agar minyak pelincir itu naik dan pergi ke setiap penjuru dalaman enjin.
Pam Minyak Pelincir (Oil Pump)

Fakta di atas benar. Tetapi kita harus tahu bahawa setiap enjin mempunyai pam minyak pelincir (oil pump). Pam minyak pelincir dikuasakan oleh crankshaft yang berpusing. Semakin laju crankshaft berpusing semakin cepat pam minyak pelincir berpusing dan menyebarkan minyak pelincir ke setiap penjuru bahagian dalaman enjin. Adakah dengan membiarkan kereta idling dapat memberikan kelajuan terhadap pusingan crankshaft??? Sudah tentu tidak. Idling kenderaan biasanya 1000rpm. So, dalam keadaan kenderaan bergerak crankshaft dapat berpusing dengan lebih banyak. Oleh itu buat apa kita memanaskan enjin dalam keaadan idle. Tidakkah lagi bagus kita terus memulakan perjalanan. Minyak jimat. Masa kita pun tidak terbuang dengan menunggu.


PENGAMBILAN PERAJURIT MUDA TLDM SIRI 206/2011 BAGI SABAH & SARAWAK






   

     Dimaklumkan bahawa Sel Promosi Kerjaya dan Pengambilan (PK&P) LLP TLDM akan melaksanakan Pemilihan Awal Perajurit Muda Lelaki TLDM siri 206/2011 di Sabah dan Sarawak mulai 2 hingga 20 Mac 2011.


PUSAT PEMILIHAN

Sila hadir di pusat pemilihan yang tercatat seperti di Jadual Pemilihan. Waktu pendaftaran dibuka mulai jam 0830 pagi hingga 0900 pagi, permohonan tidak akan diterima selepas waktu pendaftaran. Pemohon dikehendaki berpakaian sukan, baju 'T' berkolar, seluar panjang sukan, berkasut sukan dan berstokin.

Untuk mendapatkan Jadual dan Pusat Pemilihan  anda boleh klik >>>>>> DI SINI.<<<<<<<

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Markas Tentera Laut
Cawangan Pengurusan Perkhidmatan Sumber Manusia – Bantuan
Kementerian Pertahanan
Jalan Padang Tembak,
50634 KUALA LUMPUR
(Untuk Perhatian: Sel Pengambilan LLP)
Telefon: 03 – 2071 3177 / 03 – 2071 3178



Jumaat, Februari 25, 2011

MINUMAN BERKHASIAT PENGGANTI AIR SUAM




    

    Rasanya semua orang tahu air masak merupakan kunci utama hidup sihat. Minum lapan  gelas air putih setiap hari dapat mencegah kita dari terkena penyakit.  Tapi kalau minum air masak je hampir setiap masa mesti tekak kita pon  jadi jemu. Selain daripada air masak, banyak lagi minuman sihat yang dapat mengekalkan kesihatan kita disamping menghilangkan dahaga. Antaranya:

TEH HITAM
Salah satu kebaikan teh hitam ialah dapat membantu menangkis kanser kulit. Kandungan yang terdiri dari flavonoid, iaitu antioksidan yang membawa zat antikanser. Kajian menunjukkan bahawa meneguk satu cawan teh atau lebih dalam sehari dapat menurunkan risiko penumbuhan sel karsinoma skuamosa iaitu sel kanser kulit di dalam tubuh. Panas atau sejuk, teh hitam adalah minuman yang bagus untuk merawat kulit.

JUS TOMATO
 
Jus tomato dapat menurunkan risiko kanser dalam tubuh kita kerana kandungan dalam buah ini sarat vitamin dan lycopene, yang mampu melindungi sel badan daripada dari kanser. Jus tomato boleh diminum dengan tambahan rempah-rempah dan batang seleri setiap hari.


TEH HIJAU
Teh hijau dikatakan membantu dalam mengawal berat badan. Tikus yang di uji minum teh hijau sebanyak 22%  turun berat badan daripada hari sebelum minum teh hijau. Menurut kajian di Jurnal International Obesiti  minuman ini dapat meningkatkan metabolisme kita dan menjadikan lemak dalam tubuh mudah terbakar. Selain itu, antioksidan dalam teh hijau juga dapat mengurangi risiko terkena kanser dan penyakit jantung.


SUSU COKLAT

Segelas susu coklat mempunyai tinggi karbohidrat dan protein, membolehkan kita segar selepas menjalani aktiviti harian.  Kajian dari American College of Sports Medicine di Seattle mengatakan atlet yang minum susu coklat selepas latihan dapat  mengurangkan kadar kerosakan otot setelah empat hari mejalani latihan berbanding mereka yang minum air masak atau minuman pemulihan lainnya. Bancuh susu dengan hanya 2 sudu coklat yang memiliki kurang dari 20 g gula dan minum.Selain dapat hilangkan dahaga, badan juga terasa lebih segar dan bertenaga.
JUS CRANBERRY
Segelas jus Cranberry dapat mencegah penyakit gusi dengan membunuh bakteria yang datang dari mulut. Jus Cranberry juga kaya dengan vitamin C, mengurangkan tekanan kolesterol dan menjaga saluran darah kita dengan baik.


TEH CHAMOMILE
Selain menghilangkan dahaga teh chamomile boleh membuatkan kita tenang. Orang yang meneguk ekstrak chamomile setiap hari selama dua bulan akan dapat mengurangkan kecemasan di dalam dirinya, (sebuah laporan ujikaji dari University of Pennsylvania di Philadelphia).

Bukan semua orang yang tegar jadikan air masak sebagai minuman rutin. Sesekali kenalah hadiahkan tekak kita dengan sesuatu yang lain jugak.

Rabu, Februari 23, 2011

Asal Usul Kejadian Api







Diriwayatkan bahawa Rasululallah SAW pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah nabi Adam ASdihantar ke dunia kerana kesalahannya memakan buah larangan maka Allah SWT telah memerintahkan malaikat Jibril AS supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia untuk kegunaan Nabi Adam AS. Maka Jibril AS pun diperintahkan untuk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.

Jibril : Wahai Zabaniah, aku diperintah mengambil sedikit api neraka untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan Adam AS.

Zabaniah : Sebanyak mana sedikit itu ?

Jibril : Sebesar kurma. .

Zabaniah : Kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasanya.

Jibril : Kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma…

Zabaniah : Kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakkan di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..

Memandangkan keadaan yang rumit ini maka Jibril AS pun menghadap Allah untuk mendapatkan saiz yang perlu di hantar ke dunia.

Allah SWT pun memerintahkan supaya Jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka utk di bawa ke dunia. Maka Jibril AS pun mengambil api neraka sebesar zarah dari Zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yg keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa disejukkan dengan mencelupnya sebanyak 70 kali kedalam sungai di syurga.

Selepas itu Jibril AS pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakkan diatas sebuah bukit yang tinggi.Sejurus setelah diletakkan api tersebut,tiba-tiba bukit itu terus meleleh dan cair. Maka cepat-cepat malaikat Jibril mengambil semula api tersebut dan menghantar semula ke neraka. Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini seperti api yang sering kita gunakan untuk pelbagai keperluan termasuk api gunung berapi dan sebagainya.  


Bayangkanlah kepanasan api neraka yang sebesar zarah yang terpaksa disejukan dalam 70 buah sungai disyurga dan hanya sisanya saja itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasanya bagaimana dengan api di neraka itu sendiri. 

Buruk Sangka Vs Baik Sangka, Apa pilihan anda ?





   

Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik
Ada sangkaan buruk
Orang yang beribadah disangka riak
Orang yang relax, disangka malas
Orang yang pakai baju baru, disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk, disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak, disangka pelahap
Orang makan sikit, disangka kedekut
Orang baik, disangka buruk
Orang buruk, disangka baik
Orang senyum, disangka mengejek
Orang masam, disangka merajuk
Orang bermuzakarah, disangka mengumpat
Orang diam, disangka sombong
Orang menawan, disangka pakai susuk
Orang nampak ceria, disangka berlakon saja

mana tahu, yang diam itu kerana berzikir kepada Allah?
mana tahu, yang senyum itu kerana bersedekah?
mana tahu, yang masam itu kerana mengenangkan dosa?
mana tahu, yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya?
mana tahu, yang ceria itu kerana cergas cerdasnya?

Jauhi sikap suka bersangka-sangka
kerana ia bakal memusnahkan ukhwah
seperti musnah nya kayu dimakan api.
Satu benda yang kita lihat,
macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat.

Apabila memandang keluar tingkap,
Ada orang melihat pokok,
Ada orang melihat awan,
Ada orang melihat jalan,
Ada orang melihat burung berterbangan dan macam-macam lagi,
Sedangkan semua orang melihat melalui tingkap yang sama.

Kesimpulannya,
 Semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya.
Positif yang dilihat, maka positif yang kita dapat.
Sebaliknya, kalau negatif yang ditengok, maka negatif lah jadinya.
Mari kita sama-sama betulkan penglihatan kita.
Berbaik sangka lah dengan sesama kita.

Selasa, Februari 22, 2011

Facebook or FaceBlog ???





   
SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM 
MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMA FACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH

JOIN US !

ingin sertai komuniti faceblog?
sila tekan button join usdibawah ini.
tq





PESANAN SEORANG ISTERI BUAT SUAMI





    
        Assalamu'alaikum dan salam sejahtera... buat pengunjung dan pembaca setia blog ini.. post entry kali ni ditujukan khas untuk sesiapa yang bergelar suami termasuk la ngan diri aku ni... Mungkin para si isteri ingin meluahkan rasa hati yang terpendam selama ini tetapi untuk menjaga keharmonian dalam rumahtangga para isteri hanya menyimpan dalam hati.. Jesteru itu aku suka mengikatkan diriku dan ingin berkongsi kepada para suami yang budiman supaya memberi sedikit ruang untuk mendengar keluhan yang mingkin selama ini dipendam oleh si isteri selama ini.......

1.  Selalulah menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2.  Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3.  Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda.

4.   Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja. 

5.   Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing-berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja. 

6.   Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7.   Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri. Jangan bedal semua, sampai giliran isteri yang tinggal ekor ikan sekerat, janggut sotong, ekor taugeh. Frust, tau tak! 

8.   Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan perbelanjaan keluarga) 

9.   Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10.   Jangan kentut depan isteri. Hairan yee, masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11.   Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12.   Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga. Sekali atau berkali-kali kala tolonglah membeli minyak masak, bawang, lada, sayur dan sebagaunya.

13.  Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong (lainlah kalau awak kawin dengan
perempuan kedekut, itu bodoh awak sendirilah).

14.   Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi, bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang, simpan balik di tempat asal. Susah sangat ke nak
buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

16. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

17.    Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Mereka pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri. You all memang dengki!  

18.   Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat? 

19.   Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur?Jiran sebelah rumah awak?

20. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya. Jangan sampai isteri nak mampus pun tak perasan.

21.   Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan.Bukannya laku
bila dah mati nanti. 

22.  Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk neraka tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga. ! Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

23.   Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali (kalau isteri tak nak balas, salah awaklah kawin dengan perempuan
kepala batu). 

24.   Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu pujuk, pujuk. Hati orangpompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh
menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masaalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja. Kalau kita orang semua pakat mogok, awak juga yang rugi!

Ahad, Februari 20, 2011

Mangkuk Tanpa Alas





   
Seorang raja bersama pengiringnya keluar dari istananya untuk menikmati udara pagi. Di keramaian, ia berjumpa dengan seorang pengemis lalu si raja menyapa pengemis itu:  

Apa yang engkau inginkan dari dariku?

Si pengemis itu tersenyum dan berkata:
Tuanku bertanya, seakan-akan tuanku dapat memenuhi permintaan hamba.

Si raja terkejut, ia merasa pelik:
Tentu saja aku dapat memenuhi permintaanmu. Apa yang engkau minta, katakanlah!

Maka menjawablah si pengemis:
Berfikirlah dua kali, wahai tuanku, sebelum tuanku menjanjikan apa-apa. Rupanya sang pengemis bukanlah sembarang pengemis. 

Namun raja tidak merasakan hal itu. Timbul rasa angkuh dan tak senang pada diri raja, kerana mendapat nasihat dari seorang pengemis. Sudah aku katakan, aku dapat memenuhi permintaanmu. Apapun juga! Aku adalah raja yang paling berkuasa dan kaya-raya. 

Dengan penuh kejujuran dan kesederhanaan si pengemis itu menghulurkan mangkuk penadah sedekah:
Tuanku isilah apa yang tuanku hendak bagi kepada hamba di dalam mangkuk ini,

Bukan main! Raja menjadi geram mendengar kata-kata pengemis dihadapannya. Segera ia memerintahkan bendahara kerajaan yang ikut dengannya untuk mengisi penuh mangkuk pengemis kurang ajar ini dengan emas! Kemudian bendahara menuangkan emas dari pundi-pundi besar yang di bawanya ke dalam mangkuk sedekah sang pengemis. Anehnya, emas dalam pundi-pundi besar itu tidak dapat mengisi penuh mangkuk sedekah.

Tidak mahu malu di hadapan rakyatnya, sang raja terus memerintahkan bendahara mengisi mangkuk itu. Tetapi mangkuk itu tetap kosong. Bahkan seluruh perbendaharaan kerajaan: emas, intan berlian, ratna mutumanikam telah habis dilahap mangkuk sedekah itu. Mangkuk itu seolah tanpa dasar, berlubang.  

Dengan perasaan tak menentu, sang raja jatuh bersimpuh di kaki si pengemis bukan pengemis biasa,lalu ia bertanya :
Sebelum pergi dari tempat ini, bolehkah kamu jelaskan mangkuk sedekah ini diperbuat dari apa?

Pengemis itu menjawab sambil tersenyum:
Mangkuk itu terbuat dari keinginan manusia yang tanpa batas. Itulah yang mendorong manusia senantiasa bergelut dalam hidupnya. Ada kegembiraan, keinginan memuncak di hati, pengalaman yang mengasyikkan kala engkau menginginkan sesuatu. Ketika akhirnya engkau telah mendapatkan keinginan itu, semua yang telah kau dapatkan itu, seolah tidak ada lagi ertinya bagimu. Semuanya hilang ibarat emas intan berlian yang masuk dalam mangkuk yang tak beralas itu. Kegembiraan, keinginan, dan pengalaman yang mengasyikkan itu hanya tatkala dalam proses untuk mendapatkan keinginan. Begitu saja seterusnya, selalu kemudian datang keinginan baru. Orang tidak pernah merasa puas. Ia selalu merasa kekurangan. Anak cucumu kelak mengatakan kekuasaan cenderung untuk berlaku tamak. 
 
Raja itu bertanya lagi :
Adakah cara untuk dapat menutup alas mangkuk itu?

Tentu ada, yaitu rasa syukur kepada Allah SWT. Jika engkau pandai bersyukur, Allah akan menambah nikmat padamu ,Ucap si pengemis itu, sambil ia berjalan kemudian menghilang dari mata khalayak.  

"Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Se-sungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih". (14:7) 


Kesan Kanta Sentuh Berwarna



    
Sejak akhir-akhir ini wujud satu kekeliruan masyarakat tentang penggunaan kanta sentuh warna. Populariti kanta sentuh warna yang hangat diperkatakan kini telah menjadi satu ikon dalam fesyen remaja khasnya kaum wanita.

Ahli profesional dalam bidang penjagaan mata sudah lama menyatakan kebimbangan mereka. Percambahan bilangan pembeli kanta sentuh warna yang tidak mendapat sebarang pemeriksaan mata daripada optometris terlebih dahulu, amat membimbangkan.

Mereka membeli kanta sentuh warna daripada jurujual atau optisyen berdasarkan `jualan atau sale,. yang menawarkan harga yang rendah tanpa mengambil kira kesesuaian dan keselesaan kanta tersebut pada mata mereka.`Kenapa perlu periksa mata? Mata saya tidak perlu sebarang kuasa kanta’, ini adalah antara soalan yang kerap dikemukakan oleh pembeli kanta sentuh warna tanpa mengetahui bahaya yang ditempah.

Pemeriksaan mata perlu dilakukan ke atas semua pemakai kanta sentuh tidak kira sama ada kanta yang dipakai itu berwarna atau tidak. Atau, mempunyai kuasa atau sebaliknya. Pentingnya pemeriksaan mata adalah untuk menentukan kesesuaian kanta sentuh tersebut dengan mata si pemakai. Terdapat sebilangan orang yang tidak boleh memakai kanta sentuh disebabkan oleh mata yang terlalu kering, alahan teruk pada kelopak mata atau penghidap penyakit-penyakit mata yang lain.

Jadi, penting untuk mengetahui sama ada anda sememangnya layak ataupun tidak untuk memakai kanta sentuh sebelum membelinya. Kanta sentuh warna terdapat dalam pelbagai jenama, saiz, corak dan warna. Setiap jenama mempunyai saiz yang berbeza dari segi kelengkungan dasarnya mahupun diameter kanta. Oleh itu pemasangan kanta ke atas mata pemakai akan menunjukkan persembahan yang berbeza bagi setiap jenama yang lain.

Anda mungkin pernah mencuba kanta sentuh warna yang mempunyai jenama yang berbeza dan anda akan rasa kelainan setiap satunya. Keselesaan semasa memakai kanta sentuh warna tidak menggambarkan kesesuaian sebenar kanta tersebut pada mata anda. Anda mungkin berasa sangat selesa dengan kanta sentuh tetapi pemasangan kanta tersebut mungkin sangat ketat. Ia boleh menghalang oksigen dan air mata daripada memasuki kawasan kornea. Selepas beberapa jam barulah anda dapat perhatikan mata menjadi merah dan rasa tidak selesa mula timbul. Cuba bayangkan sekiranya anda mempunyai sepasang mata yang kurang sensitif, biasanya terjadi pada pemakai kanta sentuh yang sudah lama anda mungkin tidak dapat merasai perubahan yang berlaku. Maka, kanta akan terus dipakai tanpa menyedari proses pembengkakan kornea atau (edema) menjadi semakin teruk.

Ini memudahkan anda mendapat jangkitan. Sekiranya fenomena ini kerap berlaku anda mungkin terdedah kepada bahaya kebutaan. Terdapat terlalu banyak laporan dari hospital-hospital kerajaan dan klinik-klinik mata tentang penyalahgunaan kanta sentuh yang hampir atau telah menyebabkan kebutaan kepada pemakainya. Terdapat dua faktor yang menyumbang kepada pemasalahan ini. Pertama disebabkan premis optikal yang tidak mempunyai kelayakan. Atau, optometris yang bertauliah gagal menjalankan pemeriksaan ke atas pemakai kanta sentuh baru serta tidak memberi nasihat dan tunjuk ajar pemakaian dan hygine yang diperlukan.

Kedua, pemakai kanta sentuh itu sendiri yang tidak akur dengan nasihat dan penjagaan kanta sentuh yang telah disyorkan oleh optometris dan tidak menghadiri sesi ulangan pemeriksaan (aftercare) yang telah diatur. Komplikasi kanta sentuhAntara penyebab paling ketara berlakunya komplikasi terhadap pemakai kanta sentuh warna ialah sikap suka berkongsi kanta sentuh dengan rakan-rakan.

Ini kerap kali berlaku pada pemakai kanta sentuh occasional yang tidak mempunyai sebarang kuasa refraksi. Oleh itu mereka bebas berkongsi kanta sentuh warna. Ramai yang tidak mengetahui bahawa penyakit serius boleh berjangkit melalui pemakaian kanta sentuh antaranya hepatitis B, AIDS dan SARS. Pengguna, perlu sedar tentang risiko ulser kornea yang berkait dengan pemakaian kanta sentuh warna melebihi had yang disyorkan.

Terdapat banyak kanta sentuh warna jenis pakai buang satu bulan di pasaran. Sekiranya pemakai terus menggunakan kanta tersebut melebihi daripada tempoh hayatnya, jangkitan dalaman mata, kornea berparut dan lain-lain masalah boleh menyebabkan penglihatan terjejas. Dalam kes yang teruk, ia boleh menyebabkan kebutaan dan kehilangan mata.

Perlu diingat, kanta sentuh warna hanya boleh dipasang dan dibeli oleh optometris bertauliah untuk menghindari semua risiko ini. Hanya optometris yang berpengalaman boleh mengesan risiko-risiko awal pada mata pemakai kanta sentuh warna. Mereka juga boleh menasihat dan memantau pengguna yang bermasalah sebelum keadaan menjadi lebih teruk.
Pemakai kanta sentuh warna juga perlu diingatkan bahawa kanta mereka perlu disinfeksi secara sempurna setiap hari.

Ramai yang mengambil jalan mudah dan murah dengan hanya merendam kanta dalam larutan saline sahaja. Pemakaian kanta sentuh warna perlu dipandang serius. Ini semua mempunyai hubung kait dengan kesan meletakkan benda asing di dalam mata. Ketahuilah bahawa kanta sentuh warna boleh menyebabkan risiko yang serius seperti kebutaan. Selain itu, ia boleh mengakibatkan kecederaan pada mata sekiranya diperoleh tanpa pemasangan yang betul oleh optometris bertauliah.

Sabtu, Februari 19, 2011

Aduhai 4 Orang Isteriku







     Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.

     Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

     Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.

     Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.

     Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, “Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri.”

      Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, “Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?” Isteri keempatnya terdiam. “Tentu saja tidak!” jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

     Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, “Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?”. Isteri ketiganya menjawab, “Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati”. Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.
     Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, “Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku?” Si isteri kedua menjawab perlahan, “Maafkan aku…aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu.”

     Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa. Tiba-tiba terdengar satu suara, “Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu.” Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berguman, “Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku.”

    Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburla mereka akan menemani kita.

ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.
Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!

Khamis, Februari 17, 2011

NILAI SEBUAH KOTAK KOSONG





   
    Satu hari ketika seorang ayah ditemani anak perempuan yang masih kecil dan manja  bernama Puteri pergi membeli barangan keperluan harian di sebuah pasaraya. Sambil mengambil barangan yang hendak dibeli anak perempuannya itu meminta satu gulung kertas pembungkus hadiah. 

“Untuk apa?” tanya si ayah.

“Nak bungkus hadiah” jawab si kecil. 

“Jangan dibuang-buang ya.” pesan si ayah, sambil memberikan satu gulungan kecil.
 
Keesokan harinya, pagi-pagi lagi si kecil sudah bangun dan membangunkan ayahnya, “Yah, Ayah…….. ada hadiah untuk Ayah.” 

Si ayah yang masih menggeliat, matanya pun belum lagi terbuka sepenuhnya menjawab, “Sudahlah…. nanti nanti saja.” 

Tetapi si kecil pantang menyerah, “Ayah, Ayah, bangun Ayah, dah pagi.”

“Eh… kenapa ganggu ayah… masih terlalu awal lagi untuk ayah bangun.”

Ayah terpandang sebuah bungkusan yang telah dibalut dengan kertas pembungkus yang diberikan semalam.“Hadiah apa ni?” 

“Hadiah hari jadi untuk Ayah. Bukalah Yah, buka sekarang.” Dan si ayah pun membuka bungkusan itu. Ternyata di dalamnya hanya sebuah kotak kosong. Tidak berisi apa pun juga. 
“Eh.. kenapa kosong?? Tak ada isi di dalamnya. Kan Ayah dah kata jangan buang-buang kertas bungkusan Ayah. Membazir tu”

Si kecil menjawab, “Tak Ayah….., ada isi tu… Tadi kan, Puteri masukkan banyak sekali ciuman untuk Ayah.” Si ayah merasa terharu, dia mengangkat anaknya. Dipeluk dan diciumnya.

“Puteri, Ayah belum pernah menerima hadiah seindah ini. Ayah akan selalu menyimpan hadiah ini. Ayah akan bawa ke pejabat dan sekali-sekala kalau perlu ciuman Puteri, Ayah akan mengambil satu. Nanti kalau kosong diisi lagi ya!”

Kotak kosong yang sesaat sebelumnya dianggap tidak berisi, tidak memiliki nilai apa-apa pun, tiba-tiba terisi, tiba-tiba memiliki nilai yang begitu tinggi. Apa yang terjadi? Lalu, walaupun kotak itu memiliki nilai yang sangat tinggi di mata si ayah, namun di mata orang lain tetap juga tidak memiliki nilai apa pun. Orang lain akan tetap menganggapnya sebuah kotak kosong.

Moral:

Kosong bagi seseorang boleh dianggap penuh oleh orang lain. Sebaliknya, penuh bagi seseorang boleh dianggap kosong oleh orang lain. 

KOSONG dan PENUH - kedua-duanya merupakan produk dari “fikiran” anda sendiri. Sebagaimana anda memandang hidup demikianlah kehidupan anda. Hidup menjadi bererti, bermakna, kerana anda memberikan erti kepadanya, memberikan makna kepadanya. Bagi mereka yang tidak memberikan makna, tidak memberikan erti, hidup ini ibarat lembaran kertas yang kosong………..

Selasa, Februari 15, 2011

NILAI SEPULUH RINGGIT





   
Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut oleh anak lelakinya yang berusia tujuh tahun di muka pintu.

“Ayah, boleh tak Amin tanya satu soalan?”

“Ya, nak tanya apa?”

“Berapa pendapatan ayah sejam?”

“Itu bukan urusan kamu. Buat apa nak sibuk tanya?”

“Amin saja nak tahu ayah. Tolonglah bagi tahu berapa ayah dapat sejam bekerja di pejabat?”

“20 ringgit sejam.”

“Oh…” kata si anak sambil tunduk menekur lantai. Kemudian memandang wajah ayahnya semula sambil bertanya, “Ayah….boleh tak Amin pinjam sepuluh ringgit daripada ayah?”

Si ayah menjadi berang dan berkata, “Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa sampai mintak sepuluh ringgit? Nak beli barang mainan lagi? Jangan nak membazir. Ayah kerja penat-penat bukan untuk buang duit sebarangan. Sekarang pergi balik ke bilik dan tidur, dah lewat dah ni...”

Kanak-kanak tujuh tahun itu terdiam dan perlahan-lahan melangkah kembali ke biliknya. Si ayah duduk di atas sofa dan mula memikirkan mengapa anaknya yang kecil itu memerlukan duit sebanyak itu. Kira-kira dua jam kemudian si ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolahnya kerana anaknya tidak pernah meminta wang sebanyak itu sebelum ini. Dengan perasaan bersalah si ayah melangkah menuju bilik anaknya dan membuka pintu.

Didapati anaknya masih belum tidur. “Kalau kamu betul-betul perlu duit, nah ambillah sepuluh ringgit ini,” kata si ayah.

Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum girang. “Terima kasih banyak ayah,” katanya begitu gembira. Kemudian dia tercari-cari sesuatu di bawah bantalnya dan mengeluarkan sekeping not sepuluh ringgit yang sudah renyuk.

Bila ternampak duit itu si ayah kembali berang. “Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu? Dari mana kamu dapat duit di bawah bantal tu?” Jerkah si ayah.

Si anak tunduk tidak berani merenung wajah ayahnya. “Duit ini Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah beri setiap hari. Amin minta lagi 10 ringgit sebab duit yang Amin ada sekarang tak cukup,” jawab si anak perlahan.

“Tak cukup untuk beli apa?” soal balik si ayah.

“Ayah, sekarang Amin sudah ada 20 ringgit. Ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah. Amin nak makan malam bersama ayah,” jawab si anak tanpa berani memandang wajah ayahnya.

Baru si ayah benar-benar faham maksud anaknya itu....

Moral :

Kadangkala kita terlampau sibuk sehingga mengabaikan insan tersayang yang dahagakan kasih sayang dan perhatian kita. Oleh itu, luangkan sedikit waktu untuk bersama mereka...

Isnin, Februari 14, 2011

SAAT KELAHIRAN RASULULLAH





   
    Ketika Siti Aminah Binti Wahab mengandung Rasulullah, dia melihat berbagai keajaiban. Ia merasakan sesuatu yang luar biasa yang tidak pernah dirasakan oleh wanita-wanita hamil yang lain. Sehingga mempunyai firasat atau dugaan yang baik terhadap bayi yang dikandungkan itu. Pada suatu malam ia bermimpi, seolah-olah ada cahaya dari perutnya yang memancarkan sinar yang terang menyinari seluruh alam. Sehingga dalam mimpi tersebut Siti Aminah dapat melihat bangunan yang tinggi yang terletak di Kota Syam. Kemudian pada waktu pagi ia menceritakan tentang mimpinya itu kepada suaminya, ia berkata “Wahai suamiku, sesungguhnya malam tadi aku bermimpi seolah-olah ada cahaya dari perutku yang menerangi alam, sehingga aku dapat melihat bangunan-bangunan tinggi di Kota Syam. Setelah itu mendengar suara yang mengatakan bahawa aku sedang mengandung pemimpin umat pada akhir zaman.”

    Semasa baginda dilahirkan, bondanya menyaksikan nur atau cahaya keluar dari tubuh badan baginda. Cahaya tersebut menyinari sehingga ke Istana Busra di Syria. Ia dilihat seolah-olah seperti anak panah bagaikan pelangi sehingga dari jauh kota-kota tersebut dapat dilihat. Ada juga yang berpendapat bahawa cahaya itu datang dan menerangi seluruh dunia. Ini dapat dijelaskan oleh sumber-sumber Arab yang paling awal yang menyatakan bahawa suatu cahaya terpancar dari rahim Aminah apabila baginda dilahirkan. Aminah sendiri melihat baginda dalam keadaan terbaring dengan dua tangannya mengangkat ke langit seperti seorang yang sedang berdoa. Kemudian bondanya melihat awan turun menyelimuti dirinya sehingga beliau mendengar sebuah seruan ``Pimpinlah dia mengelilingi bumi Timur dan Barat, supaya mereka tahu dan dialah yang akan menghapuskan segala perkara syirik''. Selepas itu awan tersebut lenyap daripada pandangan Aminah. Setengah riwayat menyatakan nabi dilahirkan dalam keadaan memandang ke arah langit sambil meletakkan tangannya ke tanah sebagai tanda ketinggian martabatnya daripada semua makhluk.
               
    Pada hari kelahiran baginda tersebut telah timbul beberapa mukjizat. Tiap-tiap wanita yang akan melahirkan tentu akan merasa sakit, namun bonda Rasulullah SAW tidak merasakan rasa sakit tersebut.  Rasulullah SAW lahir dalam keadaan sudah dikhatankan. Syaitan-syaitan dilarang naik ke langit, ketika Rasulullah SAW dilahirkan. Padahal sebelumnya, syaitan-syitan itu dapat naik dan turun ke langit, untuk mendengar percakapan serta perbualan yang dilakukan oleh para malaikat. Ketika mereka dilarang naik ke langit itu, maka mereka berkumpul dan menemui iblis, mereka berkata: “Dulu kami boleh naik ke langit, tetapi hari ini kami telah dilarang untuk naik.” Iblis menjawab: “Bersabarlah kamu semua di permukaan bumi, dari barat sampai ke timur dan perhatikan dengan baik-baik apa sebenarnya yang telah terjadi.”

    Mereka berusaha mencari. Akhirnya setelah mengelilingi timur dan barat, sampailah mereka ke Kota Mekah. Di sana mereka melihat Nabi Muhammad SAW sedang dikelilingi oleh para malaikat, dan memancar cahaya dari dirinya hingga naik ke langit, sedangkan malaikat-malaikat itu saling memberi ucapan selamat dan sejahtera antara satu dengan lain. Kemudian, pulanglah syaitan-syaitan itu menghadap kepada Iblis, sambil menceritakan semua apa yang telah mereka lihat. Maka Iblis pun berkata: “Telah lahir ‘ayatul alam’ dan rahmat bagi Bani Adam, kerana itulah kamu semua telah dicegah untuk naik ke langit, tempat pandangannya dan pandangan umatnya.” 

         Isteri Abdul Ash berkata “Ketika aku datang ke rumah Aminah pada malam kelahiran Nabi Muhammad SAW, aku melihat rumah Abdullah ada cahaya yang menerangi seluruh rumah. Aku melihat seolah-olah ada bintang yang turun, sehingga aku khuatir ia akan jatuh.”  Keadaan di rumah Abdullah menjadi riang dan gembira, sehingga ramai kaum keluarganya datang untuk mengucapkan selamat atas kelahiran bayi yang ditunggu-tunggu itu. Abu Lahab pun ketika itu turut merasa kegembiraan. Kegembiraanya itu dibuktikan dengan dimerdekakan hamba sahayanya. Ia merasa sempurna dan tidak ada aib dan gangguan-gangguan yang buruk.

    Kabul Akhbar ra. berkata: Saya telah melihat di dalam Taurat bahawa Allah SWT mengkhabarkan kaum Musa as. tentang saat kelahiran Nabi Muhammad SAW, ia berkata “Sesungguhnya bintang keadaanya tetap yang kamu ketahui itu bila ia bergerak dari tempatnya menandakan bahawa Rasulullah telah lahir”. Ketika Rasulullah SAW lahir, bintang itupun bergerak dan pindah dari tempat asalnya. Maka orang-orang Yahudi itu semuanya mengetahui bahawa Rasulullah yang diberitakan Allah itu telah lahir ke dunia, namun mereka rahsiakan, disebabkan rasa dengki di hati mereka. 

    Dan Allah juga telah memberitahukan kepada kaum Isa a.s. di dalam kitab Injil, bahawasanya apabila pokok tamar yang kering menjadi subur, berdaun dan berbuah. Melihat peristiwa itu, orang-orang Nasrani pun mengetahui bahawa Rasul yang dijanjikan dalam Kitab Injil itu telah lahir ke dunia. Tetapi peristiwa tersebut dirahsiakan, disebabkan kedengkian mereka juga. Di dalam Kitab Zabur pun Allah SWT membeitahu, bahawa apabila mata air yang telah mereka kenal itu mengeluarkan air, maka tandanya Rasul yang dijanjikan kepada mereka muncul di permukaan bumi. Maka tepat pada masa Rasulullah dilahirkan, maka mata air itupun mengeluarkan air yang melimpah ruah. Mereka pun mengetahui akan kejadian itu, namun kerana kedengkian mereka, berita itupun mereka rahsiakan. 

    Halimah, ibu susuan Nabi Muhammad sebelum ia menyusukan Rasulullah, salah satu susunya tidak mengeluarkan air susu. Namun ketika ia letakkan susunya itu ke mulut Rasulullah, saat itu juga keluar air susu Halimah. Ketika Rasulullah SAW telah dilahirkan, terdengarlah suara dari sudut-sudut Kaabah. Dari sudut pertama: “Telah datang kebenaran Islam, dan kebatilan tidak akan datang lagi.” Dari sudut kedua: “Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu. Sangat menginginkan keimanan dan keselamatan bagimu. Amat belas kasihan dan penyayang terhadap orang-orang mukmin.” Dari sudut ketiga: “Telah datang kepadamu cahaya (Nabi) dari Allah dan kitab (Al-Quran) yang menerangkan.” Dari sudut keempat: “Hai Nabi, sesungguhnya kami mengutuskan untuk menjadikan saksi, dan pembawa khabar berita gembira dan pemberi peringatan, dan untuk menjadi penyeru kepada agama Allah dengan izin-Nya dan untuk menjadi cahaya yang terang.” 

    Diriwayatkan bahawa Abdul Muthalib berkata: “Ketika aku sedang berada di Kaabah yang dipenuhi berhala itu, tiba-tiba berhala itu jatuh dari tempat-tempatnya dan sujud kepada Allah. Dan aku terdengar suara dari dinding Kaabah mengatakan “Telah lahir Nabi pilihan yang akan membinasakan orang-orang kafir dan akan mensucikan aku dari berhala-berhala ini, dan aku memerintahkan kepada penyembahan Yang Maha Mengetahui.” Pada malam kelahiran Nabi Muhammad itu, banyak perkara-perkara ajaib yang telah berlaku. Pada malam itu juga berhala-berhala yang berdiri tegak di depan Kaabah telah jatuh di atas tanah. Ini sebagai bukti bahawa patung-patung itu akan dibersihkan oleh bayi yang baru lahir pada suatu saat nanti.

    Pada malam kelahiran baginda, cahaya dari rumah bapanya Abdullah menyinari bangunan-bangunan yang tinggi di negeri Syam. Peristiwa ini sebagai isyarat bahawa ajaran yang dibawa oleh baginda akan sampai ke negeri Syam, dan penduduk-penduduk di kota itu akan disinari dengan ajaran yang murni dan diredhai Allah SWT. Pada malam itu juga tembok mahligai raja Persia menjadi retak. Kemudian 14 jendelanya jatuh berguguran. Padahal tembok itu dibangun dengan teguh dan kukuh. Walaupun demikian rumah-rumah rakyat jelata yang dibangunkan dengan bahan yang sederhana pada malam itu tidak mengalami apa-apa keretakan. Ini juga sebagai bukti bahawa pada suatu hari nanti kerajaan Persia akan runtuh. Api Persia yang dinyalakan telah bertahun-tahun tidak pernah padam walaupun sekejap. Api itu tetap dijaga agar terus menyala. Namun pada malam itu, api tersebut menjadi padam. Ini sebagai isyarat padamnya api tersebut ketika lahirnya seorang insan yang mulia.