Pada suatu
pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada
seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang
menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar
dan guru tersebut berbunyi begini :
Pelajar
: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang
paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu
: Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang
saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?
Cikgu
: Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga.
Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di
depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi
walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang
berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.
Pelajar
: Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila
pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di
tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.
Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?
Pelajar
: Oh, tadi saya berjalan diatas rumput dan sambil memandang rumput yang
berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada
banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya
pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa
menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak
jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang
saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang
semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.
Cikgu
: Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan
seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang
lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan
kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang
berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang.
Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita
boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut
walaupun banyak perkara yangmenggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah
orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik
pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik
seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh
diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka
sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.
sweet nye kata2 ckigu nie.. :) tul tu..hargai la org yg tersayang..
BalasPadam@niesz camtu la biasenye.. mase ade kat ngan kite takde rase nak hargai..
BalasPadam