Ramai yang mungkin tidak tahu. Setiap pagi rata-rata orang di
Malaysia mesti akan memanaskan enjin kereta. Sekurang-kurangnya 5 ke 10
minit. Ada yang lagi power sampai 15 minit. Start enjin kereta dulu,
lepas tuh masuk rumah balik besiap-siap, makan dan baru memulakan
perjalanan.
Sebenarnya teknik memanaskan enjin iaitu membiarkan enjin dalam
keadaan ‘idling’ adalah tidak berfaedah. Di sesetengah negara,
memanaskan enjin ditegah sama sekali. Seperti contoh, Kanada, Jepun,
United Kingdom dan Amerika telah mengadakan kempen bagi kes ini.
The Canadian Office of Energy Efficiency
mengatakan bahawa memanaskan enjin adalah dengan memandunya bukan
dengan membiarkannya. Oleh itu, cara yang paling efisyen adalah lepas
menghidupkan enjin terus memandu untuk memanaskan enjin.
Kesannya ia menyebabkan pembakaran bahanapi menjadi tidak sempurna.
Pembakaran yang tidak lengkap memberikan kesan yang tidak baik kepada
dinding silinder. Sisa bahan api yang tidak terbakar akan turun ke
dinding silinder lalu menhilangkan minyak pelincir pada dinding
silinder. Oleh itu, dinding silinder akan mengalami kehausan kerana
minyak pelincir tiada di bahagian sepatutnya. Bahan api yang tidak
terbakar juga akan turun ke bahagian takung minyak pelincir. Apabila ia
bercampur dengan minyak pelincir, sifat minyak pelincir berubah dan
dan menjadi tidak efisyen.
Palam Pencucuh
Selain itu, palam pencucuh juga boleh mendapat masalah dengan
menganggu suhu kerja palam pencucuh. Apabila palam pencucuh tidak berada
pada suhu sepatutnya ianya akan menjadi kotor. Kesan daripadanya adalah
peningkatan penggunaan bahan api sebanyak 5%.
Kebiasaannya kenderaan akan mengeluarkan
wap dari ekzos pada waktu pagi. Ia adalah wap air yang terhasil daripada
enjin yang sejuk. Jika enjin dibiarkan dalam keadaan ‘idling’, enjin
akan mengambil masa yang lama untuk panas. Wap air juga berada lama di
dalam sistem ekzos yang mana akan mempercepatkan proses pengkaratan paip
ekzos.
Kenderaan sekarang kebiasaanya mempunyai
Catalytic Converter pada sistem ekzosnya. Tujuannya adalah untuk
mengurangkan level toksik hasil pembakaran sebuah enjin. Tugas komponen
ini adalah menukarkan karbon monoksida kepada karbon dioksida,
mengasingkan nitrogen oksida kepada nitrogen dan air, mengoksidakan
hidrokarbon yang tidak terbakar kepada karbon dioksida dan air dan
sebagainya. Dengan itu, pencemaran udara dapat dikurangkan.
Keburukan memanaskan enjin dengan membiarkan kenderaan dalam keadaan
idling sudah kita tahu iaitu membazir bahan api sekaligus membazirkan
wang ringgit dan mencemarkan alam sekitar. Sekarang kita lihat kebaikan
memanaskan enjin pula. Ada yang mengatakan bahawa memanaskan enjin juga
berfaedah. Antaranya ketika enjin dibiarkan lama, minyak pelincir akan
mendap ke bahagian bawah enjin. Oleh itu adalah perlu untuk mengambil
masa untuk memanaskannya agar minyak pelincir itu naik dan pergi ke
setiap penjuru dalaman enjin.
Pam Minyak Pelincir (Oil Pump)
Fakta di atas benar. Tetapi kita harus tahu bahawa setiap enjin
mempunyai pam minyak pelincir (oil pump). Pam minyak pelincir dikuasakan
oleh crankshaft yang berpusing. Semakin laju crankshaft berpusing
semakin cepat pam minyak pelincir berpusing dan menyebarkan minyak
pelincir ke setiap penjuru bahagian dalaman enjin. Adakah dengan
membiarkan kereta idling dapat memberikan kelajuan terhadap pusingan
crankshaft??? Sudah tentu tidak. Idling kenderaan biasanya 1000rpm. So,
dalam keadaan kenderaan bergerak crankshaft dapat berpusing dengan lebih
banyak. Oleh itu buat apa kita memanaskan enjin dalam keaadan idle.
Tidakkah lagi bagus kita terus memulakan perjalanan. Minyak jimat. Masa
kita pun tidak terbuang dengan menunggu.
wahhh.. selama ni aku taktau pun.. thanx :D
BalasPadamjom join bloglist meuz
err, tapi kereta saya tak dapat jalan dengan betul kalau enjin tak panas... selalu tersedak2 kalau terus jalan...
BalasPadamSyabas tuan blog... info yg berguna.. aku dah lama bertekak dengan kawan2 pasal ni... tak sangka betul ape aku pejuangkan...
BalasPadamthanks~ rutin aku setiap pagi selama ni rupa-rupa salah...
BalasPadamTak yah panaskan enjin..hahaha, saya pepagi, start enjin..tunggu 1 saat je terus jalan. Kalau lambat lagi la.Start, terus jalan.. Tp bagus info yg u bagi..:)
BalasPadamCheck out "Top 10 Gajet 4G popular.. " from #Innit http://innit.nuffnang.com/view/1159681
Tak yah panaskan enjin..hahaha, saya pepagi, start enjin..tunggu 1 saat je terus jalan. Kalau lambat lagi la.Start, terus jalan.. Tp bagus info yg u bagi..:)
BalasPadamEntri Terkini: Top 10 Gajet 4G popular..
saye masukkan info ni pun,,sbelum ni pun dok panaskan enjin dulu.. hehehehe
BalasPadamBETUL KA NI? baguslah... nda payah buang masa...
BalasPadam