Mai Lepak Sini Jadi Pengikut Setia

MENARIK DALAM BLOG NI

Rabu, Februari 23, 2011

Asal Usul Kejadian Api







Diriwayatkan bahawa Rasululallah SAW pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah nabi Adam ASdihantar ke dunia kerana kesalahannya memakan buah larangan maka Allah SWT telah memerintahkan malaikat Jibril AS supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia untuk kegunaan Nabi Adam AS. Maka Jibril AS pun diperintahkan untuk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.

Jibril : Wahai Zabaniah, aku diperintah mengambil sedikit api neraka untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan Adam AS.

Zabaniah : Sebanyak mana sedikit itu ?

Jibril : Sebesar kurma. .

Zabaniah : Kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasanya.

Jibril : Kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma…

Zabaniah : Kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakkan di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..

Memandangkan keadaan yang rumit ini maka Jibril AS pun menghadap Allah untuk mendapatkan saiz yang perlu di hantar ke dunia.

Allah SWT pun memerintahkan supaya Jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka utk di bawa ke dunia. Maka Jibril AS pun mengambil api neraka sebesar zarah dari Zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yg keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa disejukkan dengan mencelupnya sebanyak 70 kali kedalam sungai di syurga.

Selepas itu Jibril AS pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakkan diatas sebuah bukit yang tinggi.Sejurus setelah diletakkan api tersebut,tiba-tiba bukit itu terus meleleh dan cair. Maka cepat-cepat malaikat Jibril mengambil semula api tersebut dan menghantar semula ke neraka. Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini seperti api yang sering kita gunakan untuk pelbagai keperluan termasuk api gunung berapi dan sebagainya.  


Bayangkanlah kepanasan api neraka yang sebesar zarah yang terpaksa disejukan dalam 70 buah sungai disyurga dan hanya sisanya saja itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasanya bagaimana dengan api di neraka itu sendiri. 

7 ulasan:

  1. wahhhhhhhhhhhhhh....
    such a good info here...
    thanks...
    =D

    BalasPadam
  2. aku tak dapat bayangkan cemana panasnya pi kat neraka tu.. Mintak2 dijauhkan..

    BalasPadam
  3. subhanallah, menakutkan...lindungilah kami dari seksa api nerakamu..

    BalasPadam
  4. mekasih....wah..dah maju skg..banyak dah join geng bloger..teruskan usaha.

    BalasPadam
  5. Berdoalah kita kepada Allah swt supaya diri kita dijauhkan daripada termasuk ke dalam neraka. AMIN

    BalasPadam
  6. Di dalam sains moden,seluruh alam semesta ini yang terdiri dari berbillion-billion bintang dan galaksi sedang mengembang menjauhi satu sama lain. Jika diterbalikan masa semua galaksi-galaksi ini pernah bertemu di satu titik yang amat kecil, saintis sendiri menganggarkan ia hanya sebesar atom tetapi mempunyai tenaga yang tidak dapat dibayangkan. Ianya kemudian meledak dalam siri letupan yang dinamakan "the big bang", permulaan segala-galanya di alam semesta ini termasuk bumi dan matahari. Bayangkan dalam keadaan kosong tiada apa-apa kepada pembentukan bintang dan galaksi yang sangat terang dan panas yang mana masih menjadi tanda tanya hingga sekarang bagaimana tenaga sebesar atom itu wujud. Bagi kita umat islam maka benar lah alquran telah menjelaskan kepada kita proses kejadian api tersebut. Maka bayangkanlah api neraka sebesar zarah dan dicuci 70kali itu masih mampu membentuk seluruh alam semesta ini, bagaimana jika di neraka itu sendiri. Nauzubillah...

    sekadar teori
    wan_se27@yahoo.com

    BalasPadam