Mai Lepak Sini Jadi Pengikut Setia

MENARIK DALAM BLOG NI

Sabtu, Mac 12, 2011

8 JENIS KUCING LIAR YANG UNIK






Assalammu'alaikum dan salam sejahtera.... post entry kali ni aku nak berkongsi info ngan para pembaca yang budiman terutama pada peminat kucing.. Terdapat pelbagai jenis kucing yang ada di seluruh dunia tetapi kucing yang ingin ditunjukkan ini adalah spesis liar dan jarang kita jumpa...Inilah 8 jenis kucing liar yang mungkin belum anda ketahui dengan bentuk yang sangat unik:

1.   pallas’s Cat
Pallas’s The Cat (Otocolobus manul) disebut juga “Manul”. Hanya berukuran kucing domestik, tapi kelihatan lebih berat kerana bulu yang padat. Pallas’s The Cat berbeza dari kucing lain dalam hal ini memiliki mata bulat dan bilangan gigi yang lebih sedikit, memberikan penampilan yang berwajah relatif datar. Kucing ini didapati sekitar Eropah Timur ke Siberia, menjelajahi ketinggian lebih tinggi dari Timur Tengah dan Asia. Kucing ini dianggap sebagai spesis kucing tertua, yang membiak sekitar 12 juta tahun yang lalu. Meskipun kucing ini jarang di temui, Anda mungkin biasa melihat kucing ini kerana foto popular dari sebuah poster.

2.   Andean Mountain Cat
The Andean Mountain Cat (Leopardus jacobita) sangat jarang kelihatan, habitatnya terbatas di pegunungan Bolivia, Peru, Argentina, dan Chile pada ketinggian di atas garis pokok. Populasi keseluruhan dikira hanya sekitar 2500. Kucing ini membesar hampir sebesar kucing rumah, dengan ekor tebal panjang yang boleh memberikan imbangan yang berguna untuk melakukan kembara di sekitar pegunungan.

3.  Margay
Margay (Leopardus wiedii) menyerupai kucing rumahan, tetapi lebih kecil dari kucing rumah. Margay juga memiliki kaki yang relatif lebih panjang dari seekor kucing rumah dan merupakan pemanjat pokok yang sangat hebat. Kucing ini membiak di wilayah Mexico ke bawah melalui Brazil. Spesies ini mulai terancam dan jarang kelihatan, kerana hanya memburu di malam hari dan tersembunyi di hutan hujan.

4.   Fishing Cat
Fishing Cat (Prionailurus viverrinus) terdapat di selatan asia dan Asia Tenggara, di mana ia lebih suka tinggal dekat air kerana lebih senang untuk mencari ikan, sidah tentu ia adalah kucing perenang pertama dari keluarga kucing. Kucing ini didaftar sebagai haiwan yang terancam kerana habitatnya sedang dimusnahkan sebagai tempat basah yang dikeringkan untuk digunakan manusia.

5.  Serval
Serval (Leptailurus serval) adalah salah satu jenis kucing liar Afrika yang berkaki panjang diyakini keturunan nenek moyang kuno dari singa dan cheetah. Kucing Ini mendiami wilayah padang savana Afrika. Kucing ini memiliki kepala kecil dan kaki panjang yang sangat berguna untuk mengejar mangsa. Mereka juga sangat cerdas. Serval adalah kucing liar yang sering dipelihara sebagai haiwan peliharaan rumah.

6.  Caracal
 Caracal memiliki penampilan khas Amerika Utara, kucing ini membesar dengan baik dan hidup di Afrika dan Asia. Kucing ini membesar dengan panjang sekitar tiga meter. Caracal lebih suka hidup di gunung atau daerah gurun dan dapat bertahan hidup tanpa air lebih lama daripada kucing lain. Walaupun jarang terlihat, Caracal masih banyak di kehidupan liar dan kadang-kadang dibawa sebagai haiwan peliharaan.

7.  African Golden Cat
African Golden Cat (Profelis aurata) tidak selalu berwarna emas. Malah warnanya sangat bervariasi antara individu, bermula dari emas kemerahan menjadi kelabu gelap dengan tanda khusus pada beberapa kucing dan dada yang lebih terang. Kucing ini juga dapat berubah warna selama kitaran hidupnya. Golden Cat asli hidup di hutan hujan Afrika khatulistiwa. Kucing Ini jarang terlihat membesar sepanjang 30-32 inci dan beratnya sampai 40 kilogram. Golden Cat diklasifikasikan sebagai haiwan hampir terancam .

8.  Sand Cat
Sand cat (Felis margarita) tinggal di padang pasir Afrika, Semenanjung Arab, dan Asia Barat. ukurannya sama seperti kucing domestik, namun dengan bulu yang lebih tebal. Sand cat memiliki kepala lebar dan bulu tumbuh di antara kaki, kelebihan yang sering ditemui pada kucing Arktik. Tujuannya untuk penyesuaian kaki terhadap persekitaran. Kucing ini didaftar sebagai haiwan terancam , pemburuannya dilarang di banyak negara.


9 ulasan:

  1. 'Like' button takde ke untuk Sand Cat?? ComeL giloz. umah kita ada 8 ekor kucing. Suka sangat dgn kucing, pedulik lah ada asma ahahhaha

    BalasPadam
  2. kucing ni comel tp muke diowg grang... huhu... x ggt org ker?

    BalasPadam
  3. mama ada 5 ekor kucing..bukan kucing liar,kucing2 ni mcm menakutkan je!..

    BalasPadam
  4. saya nak beli kucing sand dengan mekka

    BalasPadam