Penyakit jantung adalah satu daripada pembunuh senyap yang paling
utama di kalangan lelaki dan wanita, demikian menurut Pertubuhan Jantung
Amerika. Meskipun banyak faktor menyumbang kepada penyakit jantung
seperti gaya hidup, pemakanan, alam persekitaran, tabiat dan lain-lain,
usaha mengekalkan kesihatan jantung bukan sahaja tertakluk kepada
pengamalan gaya hidup yang aktif.
Pemakanan yang sihat dan bijak dapat memainkan peranan penting dalam
usaha mengamalkan gaya hidup yang menjamin kesihatan jantung. Tahukah
anda bahawa untuk menjaga kesihatan jantung, anda hanya perlu memakan
sekurang-kurangnya 70g. oat setiap hari? Oat sudah bertahun lamanya
terkenal kerana khasiat kebaikannya kepada kesihatan kita secara
keseluruhan, terutama sekali kepada kesihatan jantung. Ia bermula pada
tahun 1854 apabila ‘Raja Oatmeal’ Ferdinand Schumacher memperkenalkan
oat di Amerika dan menganggap oat sebagai tambahan yang sihat kepada
pemakanan. Dakwaannya kini sudah dibuktikan secara saintifik.
Kini, pakar-pakar pemakanan dan diet memberi penekanan terhadap
keberkesanan oat sebagai rumusan paling semulajadi untuk menjaga
kesihatan dan mencegah penyakit jantung. Oat mengandungi serat larut
yang secara aktif menyerap dan membantu menghapuskan kolesterol
berlebihan yang boleh menyumbat arteri anda dan menyebabkan penyakit
jantung. Pengambilan oat membantu menurunkan tahap kolestrol dan
akhirnya menjadikan jantung lebih sihat!
Penyelidikan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat secara tetap
benar-benar berkesan untuk menurun dan memperbaiki tahap kolesterol.
Untuk membuktikan hakikat ini, Quaker Oats, syarikat bijirin tertua di
dunia telah melancarkan program Cabaran Jantung Sihat Quaker dengan
syarikat penyiaran satelit terkenal ASTRO (2004) dan institusi kewangan
Citibank (2005). Kakitangan ASTRO dan Citibank telah dijemput menyertai
cabaran ini dan mereka diberi sarapan 70g oat Quaker sehari selama satu
bulan. Sarapan mereka disediakan dalam pelbagai cara dan gaya hidangan
menggunakan emping oat Quaker sepanjang bulan.
Pada akhir bulan, ujian-ujian yang dijalankan menunjukkan bahawa
mereka berjaya menurunkan kolesterol mereka antara 0.1mmol/L dan
3.5mmol/L. Menjaga kesihatan jantung anda adalah semudah mengambil oat
setiap hari. Sebagai contoh, Quaker Quick Cooking Oatmeal dan Quaker
Instant Oatmeal bukan sahaja boleh dijadikan sajian makanan yang
berkhasiat dan mengenyangkan, malah ia juga memberikan banyak manfaat
kesihatan. Kedua-dua produk ini boleh didapati di mana-mana pasar raya
berhampiran. Emping oat bukan sahaja berkesan menurunkan tahap
kolesterol darah tetapi juga menjamin kesihatan usus dengan menyediakan
sumber nutrien secara perlahan-lahan dan konsisten seperti mana yang
diperlukan untuk membaharui sel-sel usus.
Serat merangsangkan pengeluaran air liur, yang memudahkan anda
mengunyah dan menelan. Apabila berada dalam perut, ia membantu
mencairkan kandungannya, menjadikannya lebih mudah untuk dihadam. Serat
dalam usus kecil membantu memperlahankan kadar penghadaman nutrien dalam
makanan. Ini memastikan semua nutrien dalam makanan digunakan oleh
badan. Serat juga membantu mencegah banyak masalah ketidakselesaan yang
dialami oleh orang tua, seperti sembelit dan buasir. Oat mengandungi
lebih banyak kalsium, protein, magnesium, zat besi, zink, kuprum
(copper), mangan (manganese), tiamin dan vitamin E berbanding makanan
bijirin lain seperti gandum dan rai.
Seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, oat mengandungi fitokimia yang
merupakan bahan kimia semula jadi dalam tumbuh-tumbuhan yang membantu
menentang penyakit. Oat secara khusus mengandungi banyak flavonoid yang
merupakan antioksidan yang amat berkesan untuk membantu mencegah
penyakit jantung. Oat adalah juga makanan yang ideal untuk semua
peringkat umur. Mudah diterima sebagai makanan pepejal permulaan untuk
bayi dan juga orang tua, oat kerap digunakan dalam program membantu
mangsa kebuluran kerana keupayaannya membekalkan khasiat pemakanan
berkualiti secara tidak mahal.
Oat kini menjadi kegemaran di kalangan chef pastri untuk mencipta
roti, biskut, mufin dan kek yang paling lazat dan sihat! Quaker
mempunyai beberapa resipi masakan tempatan terkenal yang menggunakan oat
seperti Rendang Ayam Quaker dan Pegedil Quaker. Ada yang menambah
emping oat ke dalam sajian kari kerana ia menjadikan kuah kari lebih
pekat dan lebih lazat! Anda juga boleh menggunakan oat sebagai salutan
ikan dan ayam goreng. Dengan cara ini, anda boleh memuaskan cita rasa
dan mendapat manfaat kesihatan daripada oat! Usaha menjaga kesihatan
jantung patut dimulakan dari kecil. Ibu bapa patut menyemaikan tabiat
makan oat di kalangan anak-anak mereka dengan menggalakkan sarapan
emping oat dan menambah oat ke dalam masakan.
Tak suka makan oat, tapi suka makan nestum...hehehe
BalasPadam@Zyash nestum pun ok juge...
BalasPadamaku masak oat macam masak bubur jer...haha..cmpur sayur, ikan daging..
BalasPadamoh...sungguh creative @Mr.IX
BalasPadamoat..sedap..hari2 ngadap oat...jenama nesvita.
BalasPadam@♕ Mr.IX ♂ dasyat,, dasyat....
BalasPadam@watie memang slim la pasni..
BalasPadamSuka makan tapi yang ada campur dengan serbuk coklatnya..hehe..
BalasPadambgus btol oat ni..org mude kalo dpt serangan jantung bahaya berbanding dgn org berumur..
BalasPadamkalau buat air milo to tambahkan oat kedalamnya tentu rasanya sangat sedap. best aaa...setiap hari minum sebelum tido..
BalasPadamkena amalkan selalu nie,...
BalasPadamoat ada kt rumah tapi tak pernah makan lagi.. asal nak makan je lupa.. boleh?
BalasPadam@...mommy jue... haaa,, ni dah ingat leh terus makan... huhuhu..
BalasPadam