Sepasang suami dan isteri petani pulang dari pasar. Ketika mereka membuka barangan yang dibeli, seekor tikus memperhatikan gelagat mereka sambil berkata di dalam hati, "hmmm… makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar agaknya?"
Ternyata, yang dibeli oleh petani hari itu adalah perangkap tikus. Sang tikus naik panik bukan kepalang. Ia bergegas lari ke sarang dan bertempik, "Awas, ada perangkap tikus di dalam rumah, hati-hati, ada perangkap tikus di dalam rumah!"
Ia pun mengadu kepada ayam dan berteriak, "Habislaa...Sekarang ni tuan rumah telah memasang perangkap tikus!" Sang Ayam berkata, "Wahai Tikus, Aku turut bersedih tapi ia tak ada kena-mengena dengan aku."
Sang Tikus lalu pergi menemui seekor kambing sambil berteriak seperti tadi. Sang Kambing pun jawab selamba, "Aku pun turut bersimpati, tapi tidak ada yang boleh aku buat. Lagi pun tak tak ada kena-mengena dengan aku."
Tikus lalu menemui lembu. Ia mendapat jawapan sama. "Maafkan aku. Tapi perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sama sekali. Takkanlah sebesar aku ni boleh masuk perangkap tikus?"
Dengan rasa kecewa ia pun berlari ke hutan menemui ular. Sang ular berkata, "Eleh engkau ni. Perangkap tikus yang sekecil itu takkanlah nak membahayakan aku." Akhirnya Tikus kembali ke rumah dengan pasrah kerana mengetahui ia akan menghadapi bahaya seorang diri. Suatu malam, pemilik rumah terbangun mendengar suara berdetak perangkap tikusnya berbunyi menandakan umpan dah mengena. Ketika melihat perangkap tikusnya, ternyata seekor ular berbisa yang jadi mangsa. Buntut ular yang terperangkap membuatkan ular itu semakin ganas dan menyerang isteri pemilik rumah itu.
Malang sungguh, ular yang berbisa itu telah mematuk si Isteri sebelum si Suami sempat membunuh ular berbisa tersebut. Si suami pun membawa isterinya ke hospital yang berhampiran. Beberapa hari kemudian isterinya sudah boleh pulang namun tetap sahaja demam.
Isterinya telah meminta dibuatkan sup kaki ayam pada suaminya kerana percaya sup kaki ayam boleh mengurangkan demam. Lalu si Suami pun dengan segera menyembelih ayamnya untuk dapatkan kaki dan dibuat sup.
Beberapa hari kemudian sakitnya tidak juga sembuh malag bertambah tenat. Maka seorang teman menyarankan untuk makan hati kambing. Ia lalu menyembelih kambingnya untuk mengambil hatinya. Masih juga isterinya tidak sembuh-sembuh dan akhirnya meninggal dunia.
Banyak sungguh orang datang melawat jenazahnya. Kerana rasa sayang suami pada isterinya, tak sampai hati pula dia melihat orang ramai tak dijamu apa-apa. Tanpa berfikir panjang dia pun menyembelih lembunya untuk memberi makan orang-orang yang berziarah. Dari kejauhan, Sang Tikus menatap dengan penuh kesedihan. Beberapa hari kemudian ia melihat perangkap tikus tersebut sudah tidak digunakan lagi.
Begitulah kisahnya. Jadi pengajarannya, jika suatu hari, anda mendengar seseorang dalam kesusahan dan anda pula mengira itu bukan urusan anda, fikir-fikirkanlah.
huhuhu sedeh
BalasPadamberakhir dgn kesedihan..sob..sob
BalasPadamamek pengajaran d situ...huu
BalasPadamnice one.. huhu
BalasPadamsedih.. hhuhu
BalasPadamPengajaran yang baik sekali, lebih-lebih buat budi pekerti anak masa sekarang.
BalasPadam