Mai Lepak Sini Jadi Pengikut Setia

MENARIK DALAM BLOG NI

Khamis, Oktober 28, 2010

HASIL NUFFNANG KU BERTAMBAH LAGI

        Alhamdulillah,, hasil blogku bersama nuffnang bertambah lagi hari ni.... malam tadi check akaun nuffnang baru RM4.00 tapi pagi ni check balik tengok sudah bertambah lagi walaupun jumlahnye ciput aje... Walaupun ciput tapi aku tetap bangga kerana ini menunjukkan ada peningkatan yang paling memberansangkan stakat ni..


    Ni menambahkan semangat aku lagi untuk berblog,, Tapi untuk beberapa hari ni mungkin aku kurang untuk menambah post entry yang terkini kerana outstation... Kalau ada kelapangan lagi,,aku akan memuatkan post2 yang baru untuk tatapan semua..Aku juge nak ambil kesempatan untuk mengucapkan berbanyak terima kasih pada kengkawan myred eye team dan pengunjung2 setia blog aku ni yang sentiasa datang melawat blog ni.. 


9 JENIS SYAITAN





    

Sebagai peringatan kita setiap hari dimana syaitan2 ajar ini mengganggu hidup harian yang mungkin selama ini kita tidar sedar hasutan mereka. Sampaikan kepada sekelian muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi pedoman hidup hingga keakhir hayat , Insya'Allah .

Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak
perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat.Seronok dengan edudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

LANCER VS INSPIRA



















Selasa, Oktober 26, 2010

KOLEKSI PETUA ORANG MELAYU PART 2











     Salam buat semue,, post entry kali ni adalah kesinambungan dari post koleksi petue orang melayu sebelum ni,,, kadang-kadang nak gi klinik or ambik ubat kat farmasi rasa malas la pulak,, ape kate kite cube petua orang dulu mungkin boleh diguna pakai kot... selamat mencuba.

1. Ubati bibir yang pecah:
Bancuhkan air suam bersama gula merah dan sedikit asam jawa kemudian di minum beberapa kali.

2.  Menghilangkan kembung perut:
Ambil tiga helai daun mengkudu muda dan sapukan minyak kelapa. Kemudian layurkan ke atas api selama dua minit. Setelah itu, daun yang masih panas ditekapkan kepada perut.

3.  Atasi tumit pecah:
Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh. Kemudian berus tumit kaki dengan berus lembut. Amalkan sebelum mandi.

4.  Ubat sakit angin:
Kupas seulas bawang putih yang sederhana besarnya dan makan mentah-mentah. Badan akan menjadi hangat dan angin akan keluar. Rasa mual dan pening akan berakhir.

5.  Menghaluskan kulit muka:
Didihkan susu segar atau pun susu tepung bercampur air. Biarkan ia sejuk lalu disapukan kepada muka. Biarkan kering lalu dibasuh dengan air bersih.

6.  Melembutkan tapak kaki:
Ambil sedikit hampas kelapa dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Gosokkan tapak kaki dengan bancuhan itu berulangkali. Amalkan sekurang-kurangnya seminggu untuk mendapat hasilnya.

7.  Mengatasi mabuk perjalanan jauh:
Bancuh air didihan nasi bersama sedikit gula. Minum ketika suam. Amalkan selalu.

8. Menghapuskan urat timbul di kaki sewaktu mengandung:
Belah beberapa ulas bawang putih lalu ditenyeh kepada urat yang mula timbul. Amalkan selalu.

9.  Mencantikan telur rebus:
Rebuskan telur sehingga tiga suku masak. Masukkan kulit bawang merah ke dalam air rebusan dan biarkan sehingga warnanya luntur. Kemudian rebuskan kembali telur itu.

10.  Menghalau semut:
Masukkan beberapa batang kulit kayu manis dan bunga cengkih ke dalam bekas berisi gula.

11.  Mengelakkan lipas:
Ambil beberapa helai daun pandan dan letakkan di tempat kegemaran lipas seperti almari pakaian dan ceruk-ceruk dapur. Apabila daun pandan itu sudah layu, gantikannya dengan daun-daun baru.

:12.  Mengelakkan sawang atau sarang labah-labah:
Bersihkan tempat yang sering kedapatan sarang labah-labah. Kemudian celupkan penyapu sawang ke dalam minyak tanah lalu lapkan tempat itu.

13.  Hilangkan lebam di bawah mata:
Sapukan bahagian lebam itu dengan air perahan limau nipis. Lakukan beberapa kali.

14.  Menghilangkan bau mulut:
Tumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkeh dan tiga ulas bawang putih. Kemudian gosokkan kepada gigi dan berkumur hingga bersih. Lakukannya tiga hari sekali.

15.  Mengurangkan dengkur:
Tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas. Minumlah beberapa minit sebelum tidur.

Isnin, Oktober 25, 2010

GASTRIK DAN RAWATAN ALTERNATIF





   

 Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.

 Penyebab Gastrik
Perut meliputi kantung kosong yang berotot terletak di bahagian atas di kiri abdomen, betul-betul di bawah rusuk. Orang dewasa mempunyai perut sepanjang lebih kurang 25 sentimeter dan boleh mengembang untuk menampung sehingga satu gelen makanan dan minuman.Tisu perut tersusun rapat dan berlipat sesama sendiri seperti kipas semasa perut kosong. Apabila ada makanan, lipatan ini terbuka dan mengembang. Dalam perut inilah makanan diproses dan disimpan sebelum ia dibuang melalui usus. Daripada mulut, makanan perlu melalui saliran makanan yang panjang dan berotot yang dinamakan sebagai esofagus sebelum sampai ke perut. Dinding perut pula ada beberapa lapisan otot yang menggodak makanan sehingga hancur. Kelenjar pada dinding perut, dalam masa yang sama, merembeskan jus gastrik termasuk enzim dan asid perut bagi membantu mencernakan makanan. Salah satu asid termasuklah asid hidroklorik yang bersifat kakis dan boleh melarutkan besi. Bagaimanapun, kehadiran mukus atau cecair bikarbonat dapat menyeimbangkan paras keasidan dalam perut dan melindungi tisu perut.

Punca-punca lain Gastrik:
  • Penggunaan kerap ubat penahan sakit bagi melegakan kesakitan tertentu seperti aspirin, ibuprofen dan naproxen
  • Pengambilan alkohol yang berlebihan
  • Pengambilan kokain
  • Merokok
  • Stres
  • Gangguan autoimun
  • Penyakit crohn
  • Radiasi dan kemoterapi
  • Makan atau minum bahan-bahan menghakis seperti racun
  • Pengaliran semula hempedu ke dalam perut
  • Rembesan asid gastrik yang berlebihan
  • Jangkitan kuman/parasit, terutamanya di kalangan mereka yang lemah sistem ketahanan badannya
  • Lain-lain masalah perubatan seperti HIV/AIDS, penyakit buah pinggang.
Gastritis Terbahagi Kepada Dua:
  • Akut, apabila keradangan berlaku secara mengejut lazimnya disebabkan oleh gabungan klasik mual dan rasa panas membakar atau ketidakselesaan pada bahagian atas abdomen/hulu hati.
  • Kronik, terjadi secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang, cenderung menyebabkan kesakitan dan rasa terlalu kenyang atau hilang selera makan selepas makan sedikit.
Tanda-tanda penyakit gastrik:
  1. Kerap sakit kepala di bahagian kanan kepala terutama apabila perut kosong atau lewat makan nasi.
  2. Sakit kepala ini kadang-kadang diikuti dengan perasaan loya atau mual dan sebu perut dan hilang selera untuk makan. Kadang-kadang simptom ini dialami tanpa sakit kepala.
  3. Demam yang saya panggil demam gastrik apabila selalu miss makan pagi, tengahari atau malam.
  4. Muntah kadang-kadang berwarna kuning dan kadang-kadang ada darah dalam muntah atau darah beku bergumpal.
  5. Sakit perut yang kadang kala teramat sakit.
  6. Keluar angin dari mulut macam sendawa terutama apabila bahagian tertentu badan digosok atau diurut.
Rawatan alternatif penyakit gastrik:
  1. Pastikan mulai sekarang, waktu makan adalah mengikut disiplin waktu yang ketat contoh setiap hari makan tengahari pukul 1.00 tgh plus minus 15 minit.
  2. Pastikan bila makan nasi (tenghari dan malam) selepasnya minum air suam bukan air manis atau air batu. Pastikan juga minum hanya sesudah makan bukan berulamkan minum!!
  3. Elakkan makanan junk food, jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah dan juga mee segera.
  4. Elakkan nescafe, kopi, teh, minuman bergas, sunquick dalam botol, orange squash, air limau
  5. Jikalau peringkat gastrik berat, elakkan segala makanan mengandungi yeast seperti roti, donat, pau, piza dll
  6. Elakkan makan terlalu kenyang
  7. Elakkan cuka, makanan yang pedas
  8. Elakkan atau kurangkan daging dan ayam.
  9. Elakkan makanan ubi, pulut, keledek, kentang, pisang nangka, pisang tanduk, cempedak / nangka, rebung, dan makanan lain yang menyebabkan kembung perut atau banyak angin dan sendawa.
  10. Elakkan sama sekali dari mengambil sebarang ubat dari doktor dan klinik bagi rawatan gastrik seperti milk of magnesia dsb kerana ia akan merumitkan lagi gastrik.
  11. Minum susu segar atau susu tepung full cream (bukan HL atau low fat atau annelene) pada awal pagi (6.30 pagi), 10.00 pagi, 4.00 ptg dan 9.30 malam setiap hari sehingga benar-benar sembuh.
  12. Kalau sakit perut teramat sangat, muntah atau demam, ambil secekak pucuk jambu batu, rebus dengan 3 sudu ketumbar, rebus dengan 3 gelas air dan masak hingga menjadi 1 gelas. Bahagikan air ini kepada 3 bahagian, minum 1 bahagian air rebusan ini tiga kali setiap 4 jam.

HASIL SEBULAN BERSAMA NUFFNANG






    
     Salam pada semua rakan-rakan dan pelawat setia blog aku ni.. entry kali ni aku nak berkongsi pada kalian semua hasil yang telah aku dapat sepanjang aku join nuffnang ni... aku join pun baru je sebulan,,, klau tak caye check balik 1st entry blog aku ni,, aku buat blog ni pun pada 21hb Sept 2010 n join nuffnang pada keesokan harinya ia itu 22 Sept 2010....





    Mungkin ada diantara pembaca yang tengok post ni rasa macam biasa je dan takde ape yang boleh dibanggakan,, Silap2 ada yang terbahak2 tgk hasil aku yang secoet ni.... Lagipun hasil yang aku dapat pun bukan la sehebat blogger yang bertaraf otai,,, Bagi diri aku yang dok menulis blog ni tak kira la cedok or dari idea aku sendiri,, aku rase bangga dengan usaha aku ni walau hasilnye ciput aje... Aku juga rase bersyukur walaupun sedikit tapi kalau nak bandingkan usia blog aku ni yang baru menjangkau usia sebulan. Ada juga diantara member2 blog yang dah lama tapi tak dapat apapun... So,, entry kali ni juga aku tulis adalah untuk menaikkan semangat aku dan juga rakan bloger2 kat nuffnang ni supaya meneruskan usaha untuk memantapkan lagi blog yang kita bina ini. Dan aku yakin hasilnya akan bertambah dari hari kehari...  Dengan berkat usaha yang berterusan semoga kita akan beroleh kejayaan...Insya'allah....... Bukan senang nak senang..

Ahad, Oktober 24, 2010

SAYA SELALU NANG KAT MEMBER TERUTAMA GENG MYRED EYES












Jom sertai myred eyes team untuk dapat lebih nang innit dari member-member.

Support member2 punya post..



or

MICROWAVE OVEN MEMUDAHKAN TAPI KESANNYA???










  
 
   Ketuhar gelombang mikro diperkenalkan pada orang ramai sekitar pertengahan 1950-an. Ketika itu tidak banyak kajian saintifik terhadap kesan memakan makanan gelombang mikro. Cuma sejak kebelakangan ini barulah pelbagai kajian dan penyelidikan dilakukan terhadap kesan memakan makanan gelombang mikro kepada kesihatan manusia. Kesemuanya merumuskan bahawa ketuhar gelombang mikro menghasilkan makanan yang sangat bahaya.

   Blanc dari Swiss Federal Institute of Biochemistry dan University Institute for Biochemist adalah saintis yang telah mengkaji kesan makanan mikro gelombang terhadap lapan individu dengan mengambil darah mereka sejurus selepas mengambil makanan gelombang mikro. Blanc dan Hertel mendapati paras haemoglobin individu-individu ini telah menurun. Hasil kajian ini menunjukkan orang yang makan makanan gelombang mikro cenderung mendapat anaemia (kekurangan darah). Situasi bertambah jelas pada bulan kedua penyelidikan.Itu baru dua bulan diberi makan makanan gelombang mikro, bagaimana kalau kita memakannya berbulan-bulan, bertahun-tahun?

Perhatikan fakta hasil kajian klinikal saintifik Swiss, Jerman dan Rusia di bawah ini:

-  Makan makanan yang melalui proses ketuhar gelombang mikro menyebabkan kerosakan otak dalam jangka panjang iaitu ia 'memendekkan' utusan elektrik di dalam otak (depolarizing atau demagnetizing tisu otak).

 Badan manusia tidak mampu meleraikan (metabolize) bahan makanan yang dimasak/dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro.- Pengeluaran hormon lelaki dan perempuan terhenti dan/atau berubah dengan mengambil makanan gelombang mikro .


- Kesan makanan gelombang mikro sebenarnya ibarat sisa/sampah di dalam badan manusia.

- Mineral, vitamin dan khasiat makanan gelombang mikro berkurang atau berubah.. Jadi badan kita dapat sedikit sahaja manfaat makanan. Badan kita juga menyerap kompaun-kompaun yang berubah itu, dan tidak dapat meleraikannya.

- Mineral-mineral di dalam sayuran berubah menjadi radikal bebas yang menyebabkan kanser apabila dimasak/dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro. Ini antara punca mengapa pengidap kanser meningkat.

- Makanan gelombang mikro menyebabkan ketumbuhan kanser di dalam perut dan usus-juga menjadi punca meningkatnya penghidap penyakit ini.

- Makan makanan gelombang mikro berpanjangan menyebabkan sel-sel kanser meningkat di dalam darah manusia.

- Makan makanan gelombang mikro secara berterusan juga menyebabkan merosotnya sistem imun melalui kelenjar limpa dan pengubahan serum darah.

- Makanan gelombang mikro menyebabkan hilang daya ingatan, tumpuan, kestabilan emosi dan mengurangkan kecerdikan..


Kalau nak buat eksperimen,, leh la cuba macam gambar kat bawah ni.. selamat mencuba...






So,, pas ni sama ada nak guna atau tidak microwave yang dah dibeli dengan harga beratus-ratus or yang mencecah beribu-ribu tu terpulanglah pada empunya masing-masing... LU PIKIR LA SENDIRI!!!!

Sabtu, Oktober 23, 2010

HORMON AYAM DAGING UNDANG KOMPLIKASI












  Amaran kepada penggemar daging ayam. Mereka yang kerap memakan daging ayam kini perlu lebih berhati-hati berikutan kadar hormon yang tinggi pada haiwan itu boleh mengakibatkan pelbagai komplikasi kesihatan. Pensyarah Fakulti Farmasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Mohd Zulkefeli Md. Jusoh berkata, kekerapan memakan daging ayam khususnya daripada jenis ‘ayam daging’ akan membawa kepada ketidakseimbangan hormon dalam tubuh.

  Lebih membimbangkan lagi katanya, dalam tempoh jangka panjang, mereka yang kerap memakannya menghadapi risiko penyakit kanser.Secara amnya, tubuh kita memang mempunyai sistem kawalan bahan-bahan asing. Tetapi ia hanya berfungsi untuk tindak balas jangka pendek sahaja dan tidak dapat menentukan apa yang akan berlaku selepas itu,‘’ katanya. Menurut Mohd Zulkefeli, kulit ayam juga boleh mendatangkan kemudaratan kerana ia banyak terdedah kepada pelbagai bahan kimia yang beracun. Justeru, beliau mengingatkan orang ramai supaya memastikan kebersihan bahagian itu ketika membeli ayam daging di pasar.Beliau bagaimanapun tidak menggalakkan orang ramai memakan kulit ayam kerana mengandungi kolestrol yang tinggi dan berpotensi menyumbang kepada penyakit jantung.

  Perkara sama turut dibangkitkan oleh pakar pemakanan daripada Jabatan Pemakanan dan Dietetik, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM). Pakar tersebut yang enggan dikenali berkata, pembesaran ayam daging yang bergantung kepada tindak balas hormon dan bahan kimia boleh memudaratkan sistem pertahanan badan manusia yang memakannya.‘‘Hormon yang terkumpul dalam badan manusia itu boleh menjadi punca kepada penyakit sekiranya sistem pertahanan badan gagal meneutralkannya (hormon) dalam tempoh yang singkat. ‘‘Apabila bahan-bahan yang tidak biasa diproses ini gagal disintesis dan dipecahkan, ia boleh memberikan kesan apabila tua kelak,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.Tambahnya, selain hormon, ayam daging juga mempunyai kadar kolestrol yang tinggi berbanding makanan lain dalam kumpulan makanan berprotein.

  Keadaan ini meningkatkan lagi risiko didatangi penyakit-penyakit seperti penyakit jantung, diabetes dan masalah kegemukan.‘‘Satu perkara yang perlu disedari adalah ayam daging membesar secara tidak normal. Justeru, adalah dikhuatiri ia juga boleh menjadi penyebab kepada penyakit-penyakit baru yang tidak pernah wujud sebelum ini,’’ ujarnya. Justeru, beliau menasihatkan orang ramai supaya mempelbagaikan makanan bagi mengelak mendapat komplikasi daripada amalan memakan ayam daging. Ini kerana katanya, mempelbagaikan makanan boleh menjamin tubuh mendapat nutrien yang seimbang. Beliau berkata, selain daging ayam, makanan seperti ikan, daging lembu dan telur ayam turut membekalkan sumber protein yang dikehendaki badan, malah lebih murah jika dibandingkan dengan harga ayam pada masa ini.

*^* rase nye skang ni dah takde barang yang murah2 kot,, klau nak murah kene ternak @ tangkap sendiri.

NEW MEMBER IKON











LAWAK AYAM DAN LEMBU





   

  Salam buat semua,, entry kali ni aku nak selit sikit lawak jenaka.. Sekali sekala kenala bagi pelawat setia senyum sikit bila baca post entry kat blog ni.. takda la serius je memanjang.. ye dok... hehehehe


DIALOG ANTARA AYAM DAN LEMBU

Ayam : Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!

Lembu : Kenapa kau kata macam tu?

Ayam : Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!

Lembu : Hah! Buat apa pulak?

Ayam : Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua tiga ekor. Orang kata ada juga waris aku bila aku dah takde nanti.Tapi manusia ni memang tak berhati perut. Hari-hari dia orang makan telor aku,Macamana aku nak dapat anak!

Lembu : Alah! Kau punya masaalah kecil aja!

Ayam : ?? Maksud kau?

Lembu : Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang. Rasa nak bunuh diri pun ada.

Ayam :  Isshhhh!! sampai nak bunuh diri,, mesti berat ni.. Apa yang manusia dah buat kat kau wahai si lembu..

Lembu : Ada ke patut, hari-hari manusia minum susu aku tapi sorang pun tak pernah panggil aku MAK!

Ayam : Tak patut,, memang tak patut!!!!!
     (Dalam hati: Tak boleh pakai punya lembu!)

Khamis, Oktober 21, 2010

PANDUAN MENGENAL KULIT BABI





   
  Entry pada kali ni aku nak berkongsi pada kengkawan yang beragama islam panduan untuk mengenal kulit babi. Mungkin ade yang dah mengetahui camne caranye... Bagi yang belum mengetahui bolehlah jadikannya sebagai panduan.. Terutama pada kaum wanita yang selalu bertukar-tukar beg tangan kulit dan kasut.. Biasa kalau kasut berjenama kat shopping mall negara kita ni mudah untuk kita kenal sama ada ianya gunakan kulit babi atau tidak. Kasut yang dari kulit babi biasanye akan dilabelkan dengan "PIG SKIN"..
   Tapi camne plak klau yang takde label?? Kat negara kita mungkin takde rasa risau sangat nak beli kasut tapi kita kenalah berhati-hati juga mane la tahu terbeli kasut kulit babi,, kene plak tu buat kasut kerja.. hari-hari la usung kulit babi kat tempat keje.. kasut bebudak pun kengkadang diperbuat dari kulit babi.. So suka nak aku ingatkan sebelum nak test kasut tu belek2 la dulu jangan dok sarung je terus kat kaki tu. Sama la dengan barangan kulit yang lain macam beg tangan ke... Tengok dulu kalau ada 3 titik dalam satu tompok macam gambar kat bawah ni jangan la beli,, kulit babi la tu...



Kebiasaan kulit babi ni dijadikan pelapik dibahagian dalam kasut kerana kulitnya lembut.

 Kalau kita perhatikan betul-betul kulit babi memang berbeza dari kulit binatang lain.
So,, pasni mungkin kita boleh berhati-hati sikit bila nak membeli barangan kulit.. Harap-harap barangan kulit yang kita beli sebelum ni semuanya bukan dari kulit babi ye... Berjumpa lagi di entry yang akan datang dengan info-info yang lebih menarik...       

~ salam ~


FAKTA MENGENAI KAKI











       KAKI kita merupakan salah satu bahagian tubuh yang tentu saja sangat berguna sebagaimana anggota tubuh lainnya. Sekalipun kaki hanya mengalami luka kecil seperti melecet, kegiatan sehari-hari kita akan terganggu. Oleh karena itu, makin mengetahui kaki, jauh lebih baik dibanding tidak mengetahuinya sama sekali. Di sini ada beberapa fakta tentang kaki yang mungkin cukup menarik untuk diketahui.

1.  Makan makanan pedas sering menyebabkan kaki berbau. Untuk mengatasinya, kurangkan makanan pedas dan minum banyak air.

2.  Kaki melakukan perjalanan secara purata 115.000 km sepanjang hidup.

3. Pada kaki terdapat 250.000 kelenjar peluh yang menghasilkan hampir satu cawan setiap hari.

4. Satu perempat dari tulang tubuh kita terdapat pada kaki.

5. Memakai kasut tumit tinggi merupakan salah satu kunci masalah penyakit kaki perempuan.

6. 70% lebih dari masyarakat akan mengalami sakit kaki pada tempat yang sama dalam kehidupan mereka.

7. Semakin usia meningkat, kuku kaki makin keras dan makin tebal.

8. Ketika berdiri tegak, 50% dari berat anda berada pada tumit, 25% pada tapak kaki dan 25% menyebar sekitar bola kaki Anda.

9. Kaki bayi berusia 16 hingga 25 bulan tumbuh setengah ukuran kasut mereka setiap tiga bulan dan yang berusia 25-36 bulan tumbuh rata-rata setengah ukuran sepatu mereka setiap empat hingga enam bulan. Dengan demikian, sering menukar kasut mereka adalah hal baik agar kaki mereka dibungkus oleh ukuran kasut yang tepat.

10. Naik tangga selama lima minit membakar energi tubuh 42 kJs (kilojoules) , sedangkan naik lift 10,5 kJs. Bagi yang nak diet, naik tangga lebih baik daripada naik lift

Rabu, Oktober 20, 2010

KOLEKSI PETUA ORANG MELAYU

 





  Orang-orang tua Melayu pada zaman dahulu memang kaya dengan petua yang berguna tak kiralah samada petua kecantikan, petua nak cepat dapat jodoh, petua memasak, petua supaya awet muda, petua rumahtangga bahagia, petua memikat gadis dan macam-macam lagi petua yang berguna dan menarik. Adakah petua-petua yang diamalkan oleh nenek moyang kita boleh dipakai? Bagi saya tentulah petua-petua tersebut berkesan, kalau tak berkesan tentulah ianya tidak diperturunkan kepada genErasi yang seterusnya.
  Ianya merupakan satu warisan Melayu yang tidak ternilai yang ditemui oleh nenek moyang kita bagi mempermudahkan sesuatu kerja dan menyelesaikan masalah yang dihadapi pada zaman tersebut. Di bawah merupakan antara petua yang ringkas, mudah dan berkesan yang boleh dicuba oleh sesiapa sahaja terutamanya bagi golongan Wanita dan Surirumah. Selamat mencuba..

Petua menghilangkan bau nasi hangit.
  Nasi hangit biasanya kurang enak dimakan. Untuk menghilangkan bau hangit, periuk yang berisi nasi hangit hendaklah ditutup dengan daun pisang. Alas dengan surat khabar kemudian barulah ditutup dengan penutupnya sebelum direndam periuk nasi ke dalam besen berisi air.

Petua menghilangkan bau hanyir ikan, sotong dan udang juga petua menambahkan kesuburan pokok bunga.
  Semasa mencuci beras, airnya jangan dibuang. Ia boleh digunakan untuk membersihkan ikan, udang dan sotong untuk menghilangkan bau hanyirnya dan disiramkan pada pokok bunga untuk menambah kesuburannya. Selain daripada itu, air beras juga boleh dibuat mandi sebagai penawar untuk menyejukkan badan dan kepala kanak-kanak.

Petua untuk mudah kupas kulit bawang.
  Semasa memotong bawang, kadangkala kulitnya melekat pada isinya. Satu cara untuk mengupas kulitnya adalah dengan merendam bawang merah di dalam air selama lima minit kemudian baru dikupas.

Petua untuk mengelakkan balang atau bekas gula dimasuki semut.
  Untuk mengelakkan balang atau bekas gula daripada dimasuki semut, sapukan minyak masak disekeliling balang.

Petua mengelakkan hati lembu yang dimasak menjadi keras.
  Semasa memasak hati lembu, kebanyakan suri rumah membiarkan masakan itu terlalu lama di atas dapur hingga menyebabkan hati menjadi keras. Satu rahsia agar hati kekal lembut ialah jangan memasaknya terlalu lama di atas api. Masukkan kesemua rempah dan rencah yang diperlukan, biarkan hingga garing kemudian barulah dimasukkan hati. Kacau selama dua atau tiga minit dan terus padamkan api. Hati bukan sahaja lembut tetapi rasanya lebih enak.

Petua untuk menanggalkan getah buah-buahan yang terkena pada pakaian.
  Pakaian yang terkena getah buah-buahan jangan terus dibuang. Petua untuk menanggalkan getah itu ialah dengan menabur garam halus sebelum dituang air yang baru mendidih ke atasnya. Lakukan beberapa kali dan kesan getah akan hilang.

Petua mencuci pakaian yang terkena minyak.
  Mencuci pakaian yang terkena minyak ada caranya. Tuang minyak tanah ke bahagian yang terkena minyak dan sental untuk seketika sebelum digosok dengan limau nipis. Akhir sekali baru dicuci seperti biasa dengan sabun.

Petua menuang air yang mendidih pada gelas kaca.
  Air yang baru mendidih jangan terus dituang ke dalam gelas kerana ini akan menyebabkan gelas pecah. Cara yang betul ialah meletak sudu aluminium ke dalam gelas kemudian baru dituang air.

Petua untuk mengelakkan jemput-jemput daripada menjadi keras.
  Untuk mengelakkan jemput-jemput daripada menjadi keras, masukkan sedikit serbuk penaik ke dalam adunan tepung. Satu lagi petua ialah dengan memasukkan sedikit air perahan limau nipis.

Petua untuk memudahkan menggoreng ikan supaya tak melekat.
  Kuali baru atau yang tidak dicuci bersih menjadi punca ikan melekat semasa digoreng. Jadi sebelum menggoreng ikan, pastikan kuali dicuci bersih. Jangan ada sedikit pun kerak atau sisa-sisa makanan di dalamnya. Jika ikan masih melekat pada kuali, tabur sedikit kulit bawang besar ke dalam minyak dan biarkan sebentar. Ikan bukan sahaja mudah dialihkan tetapi juga menjadi garing.



Selasa, Oktober 19, 2010

APA YAHUDI BUAT UNTUK KITA UMAT ISLAM

Ia adalah bertepatan dengan HaDith Rasullulah s.a.w : marhumnya :
“ Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu..Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil “
 
1-      Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ini ) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam, tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman haiwan. Nak ikut kafir ke nak ikut Nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sebab hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. So kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam, maka makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam, sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.
 
2-      Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegembaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok yahudi, mereka minum kopi, starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi ditangan mereka.
 
3-      Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.
 
4-      Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.
 
5-      Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makananan yang langsung tak berkhasiat, contohnya coke dan maggi. Coke tu sangatlah beracun, pastu tidak bagus untuk kesihatan 9 gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi. Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.
 
6-      Untuk pengetahuan , para kafir agen dajjal ni agak mengwar-warkan kebaikan minum soya ( sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurang kesuburan lelaki dan perempuan. Selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sebab dalam soya ada hormon  estrogen yang sama dengan estrogen kat wanita. Pastu soya ada phytic acid yang membuat penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.




 

CEGAH PENYAKIT DGN MENJAGA PERUT KITA AJARAN NABI S.A.W.


Kita kerap diserang sakit perut tanpa sebab? Atau kita sering berasa tidak selesa di bahagian perut? Awas! Ia mungkin pentanda awal kepada penyakit lain yang merbahaya kepada kita .

Seperti mana Sabda Rasulullah s. a. w, ke sayangan kita maksudnya:
“Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan.” (Riwayat ad-Dailami)
Al-Ma’idah dalam bahasa Arabnya bermaksud perut (ventrikulus) dan dalam bahasa Inggerisnya disebut stomach. Merupakan salah satu dari organ-organ pencernaan.
Perut juga merupakan salah satu dari tempat atau sarang penyakit.

6 punca penyebab penyakit dari perut:- 

1. Cara pemakanan seharian yang tidak sistematik.

2. Terlalu berlebihan semasa makan.

3. Tidak berwaspada dengan makanan dan minuman yang dihinggapi serangga.
Sabda Rasululluh s. a. w, maksudnya: “Jika ada seekor lalat jatuh ke dalam tempat minuman yang akan kamu minum, maka celuplah keseluruhan tubuh lalat tersebut ke dalam minumanmu tadi kemudian angkatlah (buanglah) lalat tersebut. Kerana sesungguhnya pada salah satu sayapnya mengandung ubat dan pada sayap yang lainnya mengandung penyakit.” (Riwayat Abu Hurairah)

4. Tidak cermat semasa meneliti isi kandungannya.

5. Kurang kesedaran dalam menjaga kebersihan diri.
Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya:
“Bersiwaklah (menggosok gigilah) kamu semua, sebab bersiwaak (menggosok gigi) itu adalah membersihkan mulut dan Allah redha kepadanya. Setiap kali Jibril datang kepadaku, ia selalu berpesan untuk bersiwak (menggosok gigi).” (Riwayat Ibnu Majah)

6. Selalu lah membaca Bismillah memasa minum dan makan apa apa .

Oleh itu jagalah cara pemakanan kita, dapatlah kita menghindari dari segala penyakit yang berbentuk kronik ataupun sebaliknya.
Amalan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s. a. w iaitu berpuasa merupakan sebaik-baik pencegahan dan pengubatan.
Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: “Berpuasalah kamu, nescaya kamu menjadi sihat.” (Riwayat Abu Hurairah)





  

AWAS!!! BAHAYA PENGHAWA DINGIN KERETA JIKA....

  Ni aku nak kongsi skit info kat kengkawan...  Mungkin kita tidak tahu bahaya jika start je kereta terus hidupkan penghawa dingin... Kalau boleh lepas ni kita praktikkan,, bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta dan jangan sama sekali menghidupkan pendingin hawa. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen - ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). Disamping menyebabkan kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anaemia dan mengurangkan sel darah merah. 

  Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran. Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika diparkir di kawasan bebumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan.. . dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebihan secara tidak sedar. 

  Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini dari berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut. Semoga info ini berguna pada kita semua..



 

DARAH TINGGI PENYAKIT SEUMUR HIDUP



  HIPERTENSI ataupun darah tinggi merupakan salah satu penyakit utama yang sering dihidapi penduduk negara ini. Walaupun bahaya penyakit ini banyak didedahkan, begitu juga cara-cara untuk mencegahnya namun bilangan penghidapnya tidak menampakkan tanda-tanda penurunan.Ini kerana ketiadaan simptom ketara yang dapat mengaitkan seseorang dengan penyakit ini.Pakar Kardiologi dan Pengarah Klinikal Perkhidmatan Kecemasan Jantung, Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Dr. Azhari Rosman menegaskan, punca tekanan darah tinggi membabitkan 95 peratus pesakit masih tidak diketahui.
  Malah, ada individu yang tidak mengetahui mereka menghidap darah tinggi selama bertahun-tahun tanpa sedikit pun menunjukkan simptom, katanya.Ujarnya lagi, penyakit ini tidak akan hilang. Dalam kebanyakan kes, ia merupakan penyakit seumur hidup.Akibatnya, penghidap darah tinggi perlu bergantung kepada ubat-ubatan sepanjang hayat bagi mengawal tekanan darah mereka.
  Secara amnya, darah tinggi merujuk pada tekanan darah yang meningkat lebih tinggi daripada tahap biasa secara kronik.Pesakit yang mempunyai tiga bacaan tekanan darah yang melebihi 140/90mmHg dalam keadaan rehat berpotensi positif mendapat penyakit tersebut.Darah tinggi memang tiada sebarang gejala. Namun, jika tidak dibendung daripada awal, seseorang boleh terkena serangan atau kegagalan jantung, strok dan kerosakan buah pinggang,” katanya.
SATU DARIPADA DUA
  Mengikut satu kajian pada tahun 2006, satu daripada tiga rakyat negara ini yang berumur 30 tahun ke atas menghidap darah tinggi. Saya berpendapat angka ini telah meningkat dan melebihi 50 peratus rakyat Malaysia menghidapnya. Dahulu penghidapnya berusia 30 tahun ke atas, kini ia tidak mengira peringkat umur. Mereka yang berada di bawah umur tersebut juga berisiko. Malah kanak-kanak turut terdedah kepada penyakit ini kerana faktor pemakanan dan obesiti, ujarnya. Tambah Azhari, ada pesakit hanya mengetahui mereka mempunyai darah tinggi setelah mereka diserang strok.
  Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, risiko komplikasi darah tinggi boleh dielakkan jika seseorang berdisiplin dengan mengambil makanan berkhasiat. Kawalan diet terutama pengambilan garam selain rejim senaman bagi mengekalkan berat badan ideal juga perlu bagi penghidap darah tinggi,”katanya. Berbicara mengenai rawatan darah tinggi melalui medium perubatan alternatif, pengamal perubatan alternatif, Nik Omar Nik Daud berkata, penyakit itu memerlukan rawatan secara holistik selain mengurangkan pengambilan ubat-ubatan yang bersumberkan dadah.

  Dari sudut homeopati, keadaan pesakit darah tinggi termasuk simptom yang mereka alami akan dinilai terlebih dahulu. Selepas didiagnosis, mereka akan diberikan ubat-ubatan yang bersumberkan alam semula jadi seperti garam galian, katanya. Ujarnya lagi, garam galian berbeza daripada garam yang terdapat dalam makanan yang menjadi punca darah tinggi.Katanya, garam galian lebih selamat dan bersumberkan sulfur, magnesium dan kapur. Ia selamat dan boleh membantu mengurangkan tekanan darah seseorang, katanya.
AKUPUNTUR
  Tambah beliau, kebiasaannya pesakit darah tinggi memerlukan masa selama tiga bulan untuk pulih sepenuhnya. Namun, mereka juga mesti mengambil makanan yang sihat dan banyak bersenam, katanya.Ujar Nik Omar lagi, rawatan akupuntur dan bekam turut membantu memulihkan tekanan darah tinggi. Rawatan akupuntur memberi tumpuan pada bahagian kaki dan tangan yang merupakan kawasan berkaitan saluran darah. Ini untuk memastikan pengaliran darah sempurna dan stabil selain mengaktifkan sel-sel darah yang terjejas,” katanya.
  Bagi rawatan bekam pula, Nik Omar berpendapat amalan itu mempunyai manfaat yang cukup banyak kerana dapat mengeluarkan toksik daripada darah. Ia juga dapat membuang darah kotor dalam badan. Jika diamalkan mengikut nasihat pengamal perubatan tradisional terlatih, tekanan darah tinggi boleh menjadi normal semula. Bagi pakar pemakanan, Dr. Fatimah Arshad menjelaskan, penghidap darah tinggi perlu mengurangkan pengambilan garam dalam makanan. Kurangkan makanan berlemak dan banyak makan sayur-sayuran serta buah-buahan segar. Jangan makan buah betik yang dibuat rojak. Kicap mengandungi garam yang tinggi. Kurangkan penggunaan belacan untuk masakan, begitu juga ikan dan telur masin. Makanan segera pula harus dielakkan,” katanya.




   

Isnin, Oktober 18, 2010

RESTORAN KREATIF TAPI PALING PELIK DI DUNIA

RESTORAN PENJARA DI JEPUN

[restoran-unik6.jpg]
RESTORAN POKOK DI NEW ZEALAND

RESTORAN HOSPITAL DI LATVIA

RESTORAN RUMAH HIJAU DI AMSTERDAM

RESTORAN AIS DI DUBAI

RESTORAN TANDAS DI TAIWAN

RESTORAN BAWAH LAUT DI MALDIVES

RESTORAN TERGANTUNG DI BRUSSEL BELGIUM

RESTORAN GELAP DI CHINA







Ahad, Oktober 17, 2010

BARU SAMPAI

Salam untuk semua,,,
    Aku baru je sampai dari kedah,, gi hantar anak balik kampung... Alhamdulillah semuanya berjalan ngan lancar dan selamat,,,tu yang time weekend ni takde post yang nak aku letak lam blog ni.. Ni pun baru je sampai umah terus tangkap latop... sedih gak buka blog tengok kat stats makin menurun plak pengunjung yang datang menjenguk blog aku ni,, tapi takleh nak salahkan sesape gak,, salah aku gak pasal kurang post yang menarik lam blog ni... mungkin kesibukan aku juga jadi salah satu faktor kurang nye post2 yang baru..
   Tapi takpe,,  walaubagaimana pun aku akan terus cuba untuk menampilkan post2 yang menarik untuk dikongsi bersama.. Penat pun tak habis lagi ni,, rasa rindu plak kat anak2 yang aku tinggalkan kat kampung,, Semoga anak2 aku tu sihat2 je la kat sane... Dok sementara kat kampung ngan Tok Wan... Abah ngan ibu sibuk sikit ngan kerja.. Pas semua dah ok,, nanti abah ngan ibu ambik korang balik okey!!!(luahan perasaan)..
   Sekarang ni pun tengah ketandusan idea untuk menambah post lam blog ni,, nampak gayanya esok je la aku tambah ape2 yang patut..

Jumaat, Oktober 15, 2010

New Myred Eye Member









Khamis, Oktober 14, 2010

10 LAPANGAN TERBANG PALING SIBUK DI DUNIA

Atlanta International Airport,US
(90 Juta Penumpang dan 978,824 Penerbangan)



Heathrow Airport,London
(67 Juta Penumpang setiap tahun)




Haneda Airport,Tokyo
(67 Juta Penumpang)



Charles de Gaulle Airport,Perancis
(61 Juta Penumpang dengan 559,812 Penerbangan)


Los Angeles International Airport,US
(60 Juta Penumpang)




Dallas International Airport,US
(685,491 Penerbangan dengan 60 Juta Penumpang)




Beijing International Airport, China
(431,670 Penerbangan dengan 56 Juta Penumpang)



Frankfurt Airport,Jerman
(54 Juta Penumpang)



Dubai International Airport,UAE
(260,530 Penerbangan dengan Jumlah Penumpang 37 Juta)