ATLET Malaysia, Aricco Jumith (kanan) dan Naharudin Mahayudin
yang masing-masing
memperoleh pingat perak dan emas dalam acara
angkat berat kategori snatch clean
& jerk 62kg di Stadium Jawahar
Nehru, hari ini. - Foto Osman Adnan
Peserta angkat berat Malaysia mempamerkan kehandalan lagi pada hari kedua Sukan Komanwel 2010 dengan memenangi satu lagi pingat emas dan satu perak. Pengangkat berat Aricco Jumith berusia 20 tahun menambah kutipan pingat emas negara menerusi acara clean and jerk 156kg bagi jumlah keseluruhan 276kg dalam kategori 62kg lelaki.
Rakannya Naharudin
Mahayudin meraih perak dalam acara sama, dengan 275 kg, terlepas emas dengan
hanya satu kilogram. Peserta Sri Lanka Anton Sudesh Peiris
Kurukulasooriyage memenangi gangsa dengan jumlah 152kg. Semalam Amirul
Ibrahim Hamizan merangkul emas pertama buat Malaysia dengan menang dalam
pertandingan 56kg lelaki.
Tahniah kepada Aricco yang telah berjaya menambah pingat untuk negara.
Malaysia boleh!..dapat capai target lah ye..
BalasPadamBoleh..Boleh..Boleh.. yeahhh
BalasPadam