Mai Lepak Sini Jadi Pengikut Setia

MENARIK DALAM BLOG NI

Isnin, Oktober 04, 2010

Pramugari menari ala Lady Gaga dalam pesawat





MANILA - Beberapa pramugari dalam sebuah pesawat penerbangan Cebu Pacific Airlines menari ala penyanyi terkenal, Lady Gaga semasa membuat demonstrasi memakai jaket keselamatan, lapor sebuah akhbar semalam.

Pramugari-pramugari itu yang memakai baju T ketat menari mengikut irama muzik Just Dance dengan wajah yang tersenyum. Gerakan lincah dan lembut pramugari itu menyebabkan ramai penumpang melihat demonstrasi keselamatan tersebut.

Pramugari-pramugari itu turut menari mengikut irama lagu California Gurls yang dipopularkan juga oleh Katy Perry. Kedua-dua muzik itu mempunyai suara latar yang memberitahu penumpang apa yang perlu dilakukan oleh penumpang semasa pesawat membuat pendaratan cemas.

Naib Presiden Pemasaran Cebu Pacific Airlines, Candice Iyog memberitahu stesen televisyen GMANewsTV: "Cebu Pacific selalu dikenali sebagai sebuah pesawat yang menyeronokkan. Kami mahu memberitahu mesej kepada pelanggan kami bahawa demonstrasi keselamatan bukannya membosankan."











1 ulasan:

  1. Jangan pramugara TUDM menari mcm 2 dah la.......
    Tapi kalu try pun ok kot...hehehehehe

    BalasPadam