Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.
Penyebab
Gastrik
Perut meliputi kantung kosong yang berotot
terletak di bahagian atas di kiri abdomen, betul-betul di bawah rusuk. Orang
dewasa mempunyai perut sepanjang lebih kurang 25 sentimeter dan boleh mengembang
untuk menampung sehingga satu gelen makanan dan minuman.Tisu perut tersusun rapat dan berlipat sesama
sendiri seperti kipas semasa perut kosong. Apabila ada makanan, lipatan ini
terbuka dan mengembang. Dalam perut inilah makanan diproses dan disimpan sebelum
ia dibuang melalui usus. Daripada mulut, makanan perlu melalui saliran makanan
yang panjang dan berotot yang dinamakan sebagai esofagus sebelum sampai ke
perut. Dinding perut pula ada beberapa lapisan otot yang menggodak makanan
sehingga hancur. Kelenjar pada dinding perut, dalam masa yang
sama, merembeskan jus gastrik termasuk enzim dan asid perut bagi membantu
mencernakan makanan. Salah satu asid termasuklah asid hidroklorik yang bersifat
kakis dan boleh melarutkan besi. Bagaimanapun, kehadiran mukus atau cecair
bikarbonat dapat menyeimbangkan paras keasidan dalam perut dan melindungi tisu
perut.
Punca-punca
lain Gastrik:
- Penggunaan kerap ubat penahan sakit bagi melegakan kesakitan tertentu seperti aspirin, ibuprofen dan naproxen
-
Pengambilan alkohol yang berlebihan
-
Pengambilan kokain
-
Merokok
-
Stres
-
Gangguan autoimun
-
Penyakit crohn
-
Radiasi dan kemoterapi
-
Makan atau minum bahan-bahan menghakis seperti racun
-
Pengaliran semula hempedu ke dalam perut
-
Rembesan asid gastrik yang berlebihan
-
Jangkitan kuman/parasit, terutamanya di kalangan mereka yang lemah sistem ketahanan badannya
-
Lain-lain masalah perubatan seperti HIV/AIDS, penyakit buah pinggang.
Gastritis
Terbahagi Kepada Dua:
-
Akut, apabila keradangan berlaku secara mengejut lazimnya disebabkan oleh gabungan klasik mual dan rasa panas membakar atau ketidakselesaan pada bahagian atas abdomen/hulu hati.
-
Kronik, terjadi secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang, cenderung menyebabkan kesakitan dan rasa terlalu kenyang atau hilang selera makan selepas makan sedikit.
Tanda-tanda
penyakit gastrik:
- Kerap sakit kepala di bahagian kanan kepala terutama apabila perut kosong atau lewat makan nasi.
- Sakit kepala ini kadang-kadang diikuti dengan perasaan loya atau mual dan sebu perut dan hilang selera untuk makan. Kadang-kadang simptom ini dialami tanpa sakit kepala.
- Demam yang saya panggil demam gastrik apabila selalu miss makan pagi, tengahari atau malam.
- Muntah kadang-kadang berwarna kuning dan kadang-kadang ada darah dalam muntah atau darah beku bergumpal.
- Sakit perut yang kadang kala teramat sakit.
- Keluar angin dari mulut macam sendawa terutama apabila bahagian tertentu badan digosok atau diurut.
Rawatan alternatif penyakit gastrik:
- Pastikan mulai sekarang, waktu makan adalah mengikut disiplin waktu yang ketat contoh setiap hari makan tengahari pukul 1.00 tgh plus minus 15 minit.
- Pastikan bila makan nasi (tenghari dan malam) selepasnya minum air suam bukan air manis atau air batu. Pastikan juga minum hanya sesudah makan bukan berulamkan minum!!
- Elakkan makanan junk food, jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah dan juga mee segera.
- Elakkan nescafe, kopi, teh, minuman bergas, sunquick dalam botol, orange squash, air limau
- Jikalau peringkat gastrik berat, elakkan segala makanan mengandungi yeast seperti roti, donat, pau, piza dll
- Elakkan makan terlalu kenyang
- Elakkan cuka, makanan yang pedas
- Elakkan atau kurangkan daging dan ayam.
- Elakkan makanan ubi, pulut, keledek, kentang, pisang nangka, pisang tanduk, cempedak / nangka, rebung, dan makanan lain yang menyebabkan kembung perut atau banyak angin dan sendawa.
- Elakkan sama sekali dari mengambil sebarang ubat dari doktor dan klinik bagi rawatan gastrik seperti milk of magnesia dsb kerana ia akan merumitkan lagi gastrik.
- Minum susu segar atau susu tepung full cream (bukan HL atau low fat atau annelene) pada awal pagi (6.30 pagi), 10.00 pagi, 4.00 ptg dan 9.30 malam setiap hari sehingga benar-benar sembuh.
- Kalau sakit perut teramat sangat, muntah atau demam, ambil secekak pucuk jambu batu, rebus dengan 3 sudu ketumbar, rebus dengan 3 gelas air dan masak hingga menjadi 1 gelas. Bahagikan air ini kepada 3 bahagian, minum 1 bahagian air rebusan ini tiga kali setiap 4 jam.
Info yang bagus untuk kita kongsi bersama.
BalasPadamwah menariknya siap ada petua lagi kalau sakit perut....
BalasPadamtanya sama itu perut kenapa x mau makan..hehe jawb perut tanya itu hati laa.... jwb hati x selera nak makan... apa nak buat yer...hehe
adik Nun yg kecik skali selalu kene gastrik...kronik gak la.smpai muntah2..so trimas ye share info ni...tp susah gak nak suruh buat bg merawat gastrik ni..maklumlah budak kecik..tak hingin dia nk telan air rebusan pucuk jambu...silap2 dimuntahkan balik... T_T'
BalasPadaminfo yang baik..saya pun tak tahu..mekasih ye.Pas ni dah insaf..kena makan sarapan..duit banyak apa guna kalau sakit je..betul tak?
BalasPadamanda nak daknakaltomey kembali ke myred eyes?sila bagi komen ye..
BalasPadam@nizam omar dah komen dah.. nampaknye boss kite banyak duit la ye.. sebelum ni tak sarapan dok simpan duit nak gi haji ko
BalasPadambagus gak petua ni, untuk share dgn kgkwn
BalasPadamPerut sihat badan pun jadi sihat. Kena amalkan pemakanan Yang betul Dan mengikut waktu.
BalasPadamPerut sihat badan pun jadi sihat. Kena amalkan pemakanan Yang betul Dan mengikut waktu.
BalasPadam