Kita kerap diserang sakit perut tanpa sebab? Atau kita sering berasa tidak selesa di bahagian perut? Awas! Ia mungkin
pentanda awal kepada penyakit lain yang merbahaya kepada kita .
Seperti mana Sabda Rasulullah s. a. w, ke sayangan kita maksudnya:
“Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok
dari segala pengubatan.” (Riwayat ad-Dailami)
Al-Ma’idah dalam bahasa Arabnya bermaksud perut (ventrikulus) dan dalam
bahasa Inggerisnya disebut stomach. Merupakan salah satu dari organ-organ
pencernaan.
Perut juga merupakan salah satu dari tempat atau sarang penyakit.
6 punca penyebab penyakit dari
perut:-
1. Cara pemakanan seharian yang tidak sistematik.
2. Terlalu berlebihan semasa makan.
3. Tidak berwaspada dengan makanan dan minuman yang dihinggapi serangga.
Sabda Rasululluh s. a. w, maksudnya: “Jika ada seekor lalat jatuh ke
dalam tempat minuman yang akan kamu minum, maka celuplah keseluruhan tubuh lalat
tersebut ke dalam minumanmu tadi kemudian angkatlah (buanglah) lalat tersebut.
Kerana sesungguhnya pada salah satu sayapnya mengandung ubat dan pada sayap yang
lainnya mengandung penyakit.” (Riwayat Abu Hurairah)
4. Tidak cermat semasa meneliti isi kandungannya.
5. Kurang kesedaran dalam menjaga kebersihan diri.
Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya:
“Bersiwaklah (menggosok gigilah) kamu semua, sebab bersiwaak (menggosok
gigi) itu adalah membersihkan mulut dan Allah redha kepadanya. Setiap kali
Jibril datang kepadaku, ia selalu berpesan untuk bersiwak (menggosok
gigi).” (Riwayat Ibnu Majah)
6. Selalu lah membaca Bismillah memasa minum dan makan apa apa .
Oleh itu jagalah cara pemakanan kita, dapatlah kita menghindari dari segala
penyakit yang berbentuk kronik ataupun sebaliknya.
Amalan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s. a. w iaitu berpuasa merupakan
sebaik-baik pencegahan dan pengubatan.
Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: “Berpuasalah kamu, nescaya kamu
menjadi sihat.” (Riwayat Abu Hurairah)
info yg bagus.. pasni kene jaga perut la pulak.. selain utk elak penyakit, leh men10 perut kempis. huhuh
BalasPadam