Mai Lepak Sini Jadi Pengikut Setia

MENARIK DALAM BLOG NI

Rabu, Mac 02, 2011

PELBAGAI KEGUNAAN CUKA




   
Cuka Buatan Jalen

CUKA sering digunakan sebagai  penambah rasa masam dalam masakan dan menghilangkan bau hamis. Selain itu juga ia boleh digunakan sebagai pembersih atau pencuci yang berkesan untuk menghapuskan bakteria berikutan paras asid yang terkandung di dalamnya.  Membersih menggunakan cuka adalah kaedah bijak untuk mengelak penggunaan bahan kimia selain ia mesra alam dan menjimatkan. Terdapat beberapa kegunaan cuka sebagai bahan pencuci yang hendak dikongsikan bersama dengan para pembaca: 

1. Buat sendiri bahan pencuci dengan mencampurkan 1/4 cawan soda bikarbonat, 1 sudu cecair pencuci dan cuka. Bersihkan permukaan dapur menggunakan bahan tersebut. 
  
2. Bersih dan harumkan tong sampah dengan campuran 1/2 cawan soda bikarbonat dan cuka. Biarkan selama lima minit dan curahkan air panas. 

3. Bersihkan ketuhar gelombang dengan campuran 1/2 cawan cuka dan 1/2 cawan air. Didihkan campuran tersebut dalam ketuhar gelombang, memudahkan kekotoran yang melekat tanggal dan menghilangkan bau. 

4.  Hilangkan kesan kopi pada cawan. Caranya gosok garam atau soda bikarbonat bersama cuka pada cawan tersebut dan bilas bersih. Hilangkan kesan hitam pada teko aluminium dengan didihkan campuran 1 cawan cuka dan 1 cawan air panas. Gunakan semburan cuka untuk elak semut di kawasan luar rumah terutama berhampiran jajaran pintu dan tingkap.

5. Hilangkan bau akibat makanan lama dalam peti sejuk. Mula-mula bersihkan bahagian yang berkenaan dengan sabun dan air. Sembur di bahagian permulaan dengan cuka dan lap dengan kain. Isi soda bikarbonat dalam bekas dan letak di dalam peti sejuk. Biarkan beberapa hari.   

6. Harumkan tandas anda dengan memasukkan tiga cawan cuka ke dalam mangkuk tandas kira-kira setengah jam, kemudian pam tandas. 

7. Untuk menjadikan mangkuk tandas bersinar, tuangkan secawan atau lebih cuka yang dicampur air, biarkan beberapa jam atau semalaman, bersihkan menggunakan berus tandas dan bilas.
  
8. Tanda pada permaidani boleh dihilangkan dengan campiran dua sudu cuka dan 1/4 cawan garam atau soda bikarbonat. Gosok bahan tersebut pada kesan kotoran dan keringkan.


2 ulasan:

  1. oh..menariknya tips ni..

    tkperlu susah2 beli pencuci tandas...guna cuka je.. :)

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    BLOG REVIEW_2

    BalasPadam
  2. MACAM-MACAM FUNGSI CUKA SEBENARNYA..

    BalasPadam