Mai Lepak Sini Jadi Pengikut Setia

MENARIK DALAM BLOG NI

Rabu, Oktober 06, 2010

Aricco rangkul emas kedua Malaysia

                                     ATLET Malaysia, Aricco Jumith (kanan) dan Naharudin Mahayudin
                                                  yang masing-masing memperoleh pingat perak dan emas dalam acara 
                                                  angkat berat kategori snatch clean & jerk 62kg di Stadium Jawahar 
                                                  Nehru, hari ini. - Foto Osman Adnan


          Peserta angkat berat Malaysia mempamerkan kehandalan lagi pada hari kedua Sukan Komanwel 2010 dengan memenangi satu lagi pingat emas dan satu perak. Pengangkat berat Aricco Jumith berusia 20 tahun menambah kutipan pingat emas negara menerusi acara clean and jerk 156kg bagi jumlah keseluruhan 276kg dalam kategori 62kg lelaki. 

         Rakannya Naharudin Mahayudin meraih perak dalam acara sama, dengan 275 kg, terlepas emas dengan hanya satu kilogram. Peserta Sri Lanka Anton Sudesh Peiris Kurukulasooriyage memenangi gangsa dengan jumlah 152kg. Semalam Amirul Ibrahim Hamizan merangkul emas pertama buat Malaysia dengan menang dalam pertandingan 56kg lelaki. 

       Tahniah kepada Aricco yang telah berjaya menambah pingat untuk negara.





2 ulasan: