Mai Lepak Sini Jadi Pengikut Setia

MENARIK DALAM BLOG NI

Selasa, Oktober 19, 2010

AWAS!!! BAHAYA PENGHAWA DINGIN KERETA JIKA....

  Ni aku nak kongsi skit info kat kengkawan...  Mungkin kita tidak tahu bahaya jika start je kereta terus hidupkan penghawa dingin... Kalau boleh lepas ni kita praktikkan,, bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta dan jangan sama sekali menghidupkan pendingin hawa. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen - ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). Disamping menyebabkan kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anaemia dan mengurangkan sel darah merah. 

  Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran. Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika diparkir di kawasan bebumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan.. . dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebihan secara tidak sedar. 

  Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini dari berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut. Semoga info ini berguna pada kita semua..



 

2 ulasan:

  1. mekasih bagi info...kalau tak..mesti tak tahu..ingat masuk tak payah buka tingkap..
    lets rise ours hand and make a doa'

    BalasPadam
  2. betul3...ana dah praktik lama dah..harap terhindarlah benda2 bahaya tu..jga anak isteri..amanah Allah"jgn letak diri dlm kebinasaan.."cam mrokok gak..he he

    BalasPadam