Mai Lepak Sini Jadi Pengikut Setia

MENARIK DALAM BLOG NI

Rabu, Oktober 06, 2010

Fakta bukan Auta

Assalammu'alaikum dan salam sejahtera... puas aku dok explore untuk mencari bahan untuk dikongsikan bersama dengan rakan-rakan semua... akhirnya aku tertarik dengan beberapa fakta yang mungkin kita sendiri tidak pernah ketahui.. so post kali ni aku nak kongsi dengan anda semua.

1 ~ Pada tahun 1830, ‘ketchup‘ (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan bukannya perasa tambahan pada makanan.

2 ~ Kebanyakan lipstick yang biasa digunakan sekarang ni mengandungi sisik ikan yang telah diproses.

3 ~ Di Eropah, kebanyakan wanita Eropah tidak memakai seluar dalam sehingga ke tahun 1900 barulah seluar dalam diperkenalkan.

4 ~ Produk pertama menggunakan bar code adalah ‘Wrigley’s gum‘.

5 ~ Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap tahun.

6 ~ Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? Benar!! Coklat mampu merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan jumlah yang banyak mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.

7 ~ Cuba anda tengok zip seluar anda, tertera huruf ‘YKK’. YKK bermaksud Yoshida Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia yang menghasilkan zip yang anda pakai sekarang ni.

8 ~ Nama sebenar rama-rama (butterfly) ialah ‘flutterby‘.

9 ~ Jika nombor 111,111,111 didarab dengan 111,111,111… Anda akan mendapat jawapan 12345678987654321.

10~ Warna biru adalah warna kesukaan 80 peratus rakyat Amerika.

11~ Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepaskan anda dengan serta merta.

12~ Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan ke dalam segelas ‘champagne’ segar, kismis tersebut akan turun ke dasar gelas dan naik semula, dan turun kembali dan seterusnya, seakan dilambung-lambung.

13~ Kerana ketangkasan Bruce Lee, pengarah terpaksa memperlahankan sedikit filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar biasa dari orang lain.

14~ Leonardo da Vinci juga mencipta gunting dan beliau menghabiskan 10 tahun untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Monalisa (10 tahun untuk bahagian bibirnya sahaja)

15~Tiada satu pun jam di kasino-kasino perjudian di Las Vegas. Dengan ketiadaan jam akan melekakan penjudi-penjudi dengan taruhan mereka.

16~ Tanda ‘#’ di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan ‘octothorp‘.

17~ Mosquito repellents atau penghalau nyamuk tidak membunuh. Sensor nyamuk hanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat mengesan di mana mangsa berada.

18~ Mengikut statik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling banyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang berleluasa dan senang dibiakkan untuk makanan.

19~ Pakar dan doktor gigi mengesyorkan berus gigi hendaklah diletakkan sekurang kurangnya 6 kaki jauh dari tandas utk menghalang kuman berterbangan ketika anda menggunakan flush tandas.

20~ Otak akan lebih aktif ketika tidur berbanding ketika anda menonton tv.

21~ Terdapat banyak telefon di Washington D.C mengalahkan bilangan penduduk-penduduknya.

22~ Adalah mustahil jika anda bersin tanpa memejamkan mata.

23~ Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala!!

24~ Jika dikangkangkan kaki dan baring secara telentang, kita tidak akan tenggelam di dalam pasir jerlus









3 ulasan:

  1. hehe..best jugak info kulat ni..kulat ke@masrom?
    Tapi yang terasa nak buat pasal kismis dengan arak..betul ke?xkan nak beli semata2 nak buat uji kaji..heheheh..apa pun menarik..saya baca sampai habis..mekasih berkongsi..!

    BalasPadam
  2. seuatu yang baru...
    baru d baca...
    menarik...

    BalasPadam